Semalam semasa adik muaz sedang "melabur", dia bertanyakan pada mama, kenapa bila kita "melabur" kita mesti membuang air kecil dahulu. Adik bukan nak buang air kecil pun, adik nak melabur saja, tapi mesti dia keluar juga. :) mama pun tak tahu nak menerangkan bagaimana, hehe...
Alhamdulillah keputusan peperiksaan muhammad kali ini agak memberansangkan. Kedudukan di kelas belum di beritahu. Tiap hari mesti muhammad bersemangat ingin memberitahu mama markah2 yang diperolehinya. mama ni sukar betul untuk memuji muhammad. nak kena improvelah skill ini. mama paling gembira bila dia mendapat pendidikan Islam dan Bahasa Arab tertinggi. Alhamdulillah kedua subjek ini memang muhammad selalu mendapat markah tertinggi. mama ingin anak mama nanti dapat menguasai bahasa arab dan memahami Al-Quran sebaiknya. Cuti sekolah tak lama lagi mama akan menghantar muhammad ke Kem Hafazan Al-Quran. Muhammad cakap lepas ni panggil dia Muhammad Al Hafiz :). Semalam selepas mama selesai membaca Al-Quran, mama berkata2 nak kena habiskan juz ni, minggu depan nak period dah. Muhammad terdengar terus bertanya: Aik macam mana tahu minggu depan nak period?? adusss nak kena pulalah mama menerangkan bagaimana kitaran haid wanita ini.
Minggu lepas kami ke kenduri kahwin rumah jiran. Tengah menikmati hidangan muhammad melihat ada dua orang budak sekolah sedang menikmati hidangan di penjuru meja. Dia bertanya mama: Depa bayaq dak mama? adusss..nasib baik perlahan yang dicakapkannya. Agaknya Muhammad melihatkan mama dan abah menghulurkan sampul duit pada tuan rumah kenduri, dia menyangkakan kita kena bayar untuk makan kenduri. kenalah mama menerangkan pula bahawa itu sedekah. kenduri kahwin memang diadakan untuk menjamu yang miskin, yang kaya dan orang ramai. tiada bayaran di kenakan. begitulah muhammad hero sulung mama yang kadang-kadang kelihatan seperti orang dewasa...
5 comments:
ihihihi.... rajin bertanya hero2 ni. camne kak alhan jawab ek kalu kak alhan tkde jawapan? mencabar rasanya kalu nk berbual dgn hero2, tambah2 abg yong, dgn loyar buruknya. Semoga abg yong jadi Al Hafiz...
kalau tak ada jawapan akak pass pada abah dia untuk menerangkan, hehe...Ameen moga abang yong, luqman dan muaz dapat menguasai bahasa arab dan memahami Al-Quran.
comelnya maknjang tgk gambar adik muaz masa graduasi...segak bergaya di atas pentas :)...nie yg buat maknjang rindu sgt ngn hero bertiga...nanti mama sampaikan salam maknjang pd hero2 ye...
salam,
wah...dah bergraduasi dah. Anak akak nanti 15hb ni akan naik pentas graduasi tadika.
mmg comel budak2 bergraduation, hehe..memang sekarang ni minggu2 sekolah dan tadika bergraduasi k.ilah. luqman minggu hadapan pula. Anak2 seronok kita hadir di majlis ini.
Post a Comment