Thursday, November 20, 2008

Alhamdulillah

Alhamdulillah petang semalam mama, abah, luqman dan muaz berkesempatan menziarahi muhammad di kem hafazan Al-Quran. ketika sampai muhammad tengah beriadah di padang. Dari jauh mama perhatikan, muhammad nampak ceria beriadah. lega hati mama. kemudian mama lihat muhammad memandang jauh ke jalan raya( agaknya meninjau2 dan menanti kedatangan mama ). Apabila ternampak saja mama, terus muhammad berlari mendapatkan ustaz untuk meminta izin berjumpa dengan mama. Hati mama terasa sejuk melihat muhammad dan rakan2 di kem ini. Biah/suasana yang sungguh baik. Moga muhammad dan rakan2 menjadi anak2 soleh yang sangat2 mencintai Al-Quran, Solat dan sentiasa di jalan yang diredhai ALLAH.
Muhammad kelihatan senang mendapat kawan. kedengaran rakan2 memanggil nama muhammad. Alhamdulillah muhammad dapat menyesuaikan diri hidup berdikari di kem. Lepas beriadah semalam, dia terus mohon untuk mandi dahulu sebelum berjumpa mama dan abah. Kata muhammad,bangun dikejut ustaz sekitar 445 pagi. malam sekitar 1030 mereka sudah masuk tidur. mama tanya malam2 muhammad boleh tidur tak. Dia tunduk sekejap(seakan menahan tangisnya), dia kata dia teringat mama. Alhamdulillah muhammad dah berjaya menghafaz 3 surah katanya. Luqman pun nampak teruja untuk berkem bersama abangnya. sempat lagi dia dengan suara kuatnya bertanya ustaz fahmi yang lalu, orang yang baca Iqra boleh dak nak masuk kem?(mama katakan pada luqman bila dia sudah pandai membaca al-Quran baru boleh masuk kem ini).
“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya” . Hadith Riwayat Muslim

3 comments:

mama syaza said...

terharu plak muhamad teringat kat mama dia masa nak tido...
nnt msk asrama sek men lama2dah bley overcome ingat2 family ni..hehe.. ye ke???
anyway, mak lang doakan yg terbaik..

Amalina said...

ha ahla.... terharu mak ngah, leleh air mata baca muhammad teringat mama dia. semoga muhammad dpt manfaat yg byk dari kem ni.

alhan said...

tulah dengan abahnya nampak dia kawal sedihnya(control macho). Bila akak datang seorang melawatnya menangis dia. katanya teringat rumah dan menceritakan cabaran2 di kem tersebut. anak dengan ibu memang begitu rasanya.