Minggu ini kita telah memasuki bulan zulkaedah. Di bulan ini, umat-umat islam seluruh dunia yang telah menerima "kad jemputan" istimewa bagi menunaikan ibadah haji pastinya telah bersiap sedia untuk berangkat ke tanah suci mekah dan madinah. Mama doakan moga mereka beroleh haji mabrur, ameen. Dua hari yang lepas mama terserempak rakan mama , k.tengku muhaini dari jabatan matematik. Seronok dia bercerita akan gembiranya hati dia dapat menjadi tetamu ALLAH tahun ini. Katanya di ikutkan gilirannya pada tahun 2015. Dia membuat rayuan berkali2, Alhamdulillah dia dapat kali ini. Mama dulu pun mendaftar dengan tabung haji tahun 2000 dan diberikan giliran pada tahun 2010. Alhamdulillah pada 2007, mama majukan rayuan ingin ke sana bersama2 abah diterima. Di ingati semula, mama memang berniat, sebaik shj kahwin mama ingin mengajak abah mendaftar haji. Niat di hati ,Insya-ALLAH dalam 10 tahun lagi moga mama di jemput. Alhamdulillah ALLAH makbulkan hajat mama itu, memang benar 10 tahun kami berkahwin kami sama2 menjadi tetamuNYA di sana. ALLAH Maha Mendengar...
mama seronok melihat rakan2 dan saudara yang akan berangkat ke tanah suci mekah dan madinah. Melihat mereka pastinya mama akan teringatkan mekah dan madinah. Setiap kali teringat, mama akan membuka album gambar2 di sana tempoh hari. Mama rindu.....rindukan solat dan sujud di dataran depan kaabah(sejuk), rindukan tawaf mengelilingi kaabah dan kemudiannya minum air zam2, rindukan saat2 berdoa di depan multazam dan tempat2 lain yg mustajab, rindukan saie dari safa ke marwah, rindukan padang arafah, rindukan mina, rindukan bertadarrus di masjidil haram dan masjid nabawi, rindu ingin solat di raudhah....paling mama ingati tawaf selamat tinggal, 7x pusingan tidak berhenti2 air mata mengalir, mulut melafazkan syukur padaNYA dan zikir padaNYA. Ketika itu dataran memang agak lengang dari hari2 sebelum itu. Selesai tawaf, kaki memang terasa berat ingin bergerak pergi...mama sangat merindui mekah dan madinah. mama pernah ke UK, San Francisco, Los Angeles, paris, munich, austria yang cantik dan indah tempatnya. Tetapi tiada rasa rindu seperti mana mama rasakan sekarang...Doakan mama akan dijemput lagi ke sana. Mama doakan ALLAh akan menjemput insan2 yang hati mereka sangat ingin ke sana. Moga mereka menjadi tetamuNYA yang sungguh istimewa.

3 comments:
pak ngah n makngah n pakwi & aunty elis p haji thn ni...
ameen (doa kak alhan). ina pun nak psg niat.
rasa2 mcm pernah dengar kak alhan dah pernah pi umrah seblm ni....
tak dapat kami nak ziarah pakwi+untie dan pak ngah+makngah. akak pernah menunaikan umrah keika akak 16 tahun dahulu. kali ke2 tahun lepas ketika menunaikan haji. semasa di mekah tempoh hari berdoa ingin kembali lagi ke sana, Insya-ALLAH. betul ina kena pasang niat dulu dan menabung perlahan2.Alhamdulillah sekarang ni nampak ramai org dah ingin menunaikan haji. jika dulu masing2 kelihatan meletakkan haji slps pencen atau slps anak2 dah besar. mcm2 alasan yg kita berikan(sibuk,tidak cukup ilmu, tak ready,nak beli n renovate rumah dulu etc).sedih bila melihatkan org tua menangis ketika tidak dpt menyempurnakan ibadat haji sendiri disbbkan masalah kesihatan(spt melontar dgn mengupah org buatkan), mereka kebanyakannya orang susah yg menyimpan duit sekian lama utk menunaikan haji. Haji ibadat yg byk memberikan pengajaran di dlm kehidupan kita. sahutlah panggilan ini.
Post a Comment