hujung minggu yang lalu, mak ngah ina+afiqah dan maklang sekeluarga berkunjung ke rumah mama. Sabtu petang mereka tiba di pulau pinang. Mama masakkan spaghetti carbonara dan castard with fruit cocktail. malamnya abah bawa mak lang menikmati char keow teow permatang pauh yang sedap itu. Pagi sabtu kami ke chowrasta market, mak ngah dan mak lang nak shopping jeruk asam. kemudian kami menuju ke rumah nenek tam. nenek tam ini hatinya sungguh baik. suka menolong orang. Jika kami ke rumah nenek, mesti nenek akan minta kami tunggu untuk makan tengahari. Akan diusahakannya memasak apa yang ada. mama perasan walaupun hanya gulai, ayam goreng atau ikan goreng mesti tetamu yang menikmati masakan nenek akan menambah makan. terasa keberkatannya. Moga ALLAH merahmati hidup nenek.
Selepas zohor kami bertolak menuju ke tanjung bunga dan batu feringhi. kami singgah solat di masjid terapung dekat perkampungan tsunami. Cantik masjid ini dan kami berehat ditepi masjid menikmati pemandangan indah dan angin yang mendayu. kami kemudian menuju ke balik pulau membawa makngah menikmati laksa penang yang dikatakan paling best, Laksa Janggus. Kami singgah di empangan untuk mengambil gambar. perjalanan ke balik pulau merentasi teluk bahang sangat cantik pemandangannya walaupun jalan agak liku2. Alhamdulillah sampai juga kami di laksa janggus dekat pukul 430 ptg. mama pun pertama kali ke sini. Hmmm sedap sangat menikmati laksa+rojak+ais kacang+goreng pisang rangup. memang sedap sgt22222. Setelah selesai kami ke masjid di perkampungan terdekat disitu untuk solat asar. kemudian mak lang mengajak ke padang kota untuk menikmati pasemboq pula. memang betul2 jalan2 cari makan ke pulau pinang. Semoga mak ngah, afiqah, mak lang, pak lang dan syaza terhibur berjalan2 ke pulau pinang. Awal pagi isnin selepas subuh mama berangkat ke Bayview Beach resort, batu feringhi pulau pinang sekali lagi untuk memberikan ceramah tentang " An introduction to research and The importance of doing research" kepada pensyarah2 politeknik bersama rakan2 mama, PM peridah. Dr farid dan en Yusli. tak sempat mama menghantar pulang mak ngah dan mak lang sekeluarga. jemput mai penang lagi ye
gelak tawa afiqah
di tepi masjid terapung
on the way ke balik pulau
empangan di teluk bahang
ni dia laksa janggus
self service di laksa janggus
mak ngah membawa ais kacang
mak lang membawa laksa
3 comments:
the best holiday ever..makan2 makanan.. makan2 angin.. hehe..tgk keletah budak2 layan2 nurul skali.. hehe.. bila lah pulak nak wat camni lg..
okes, nanti mai penang lagi. jom kita kembara ke taman negara pulau pinang. kita jalan2, naik bot nanti, menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH, flora n fauna. tiga heroku pasti suka, hehe...
a ah, mmg best. TQ kak alhan n bro for having us. Satu hari berapa kali kena heavy meal. Tu tk pekena nasi kandar lagi tu, kalu tak terduduk sumer org. Terkonang2 char kuey tiaw penang, sedap betui, dgn udang berketui2. TQ. Alhamdulillah.
Post a Comment