Petikan dari mutiara hikmah:
Minyak wangi tidak semerbak wangiannya sehinggalah dituangkan, dan kayu wangi tidak mengeluarkan bau sehinggalah dibakar. Demikian juga keadaannya dengan rintangan yang kamu hadapi. Terkandung padanya nikmat dan kepuasan
mutiara kata di atas dapat mama simpulkan apa yang muhammad perolehi dari kem hafazan yang berakhir semalam. Alhamdulillah muhammad sempat menghafaz 3 surah(Al-Insan, Al-Buruj dan Al-Fajr) daripada 9 surah yang diberikan. Walaupun banyak kenangan pahit dan ujian di sepanjang 10 hari berada di sana, mama merasakan banyak manfaatnya yg muhammad perolehi dari kem ini, Insya-ALLAH. Segala tok ketampi, denda berdiri, teriakan ustaz2, kembara qurani merentasi parit selut, bendang, diserang lintah, diketik nyamuk, kasut hilang, moga semuanya ini bakal mendewasakan muhammad kepada cabaran dan ujian di dalam hidup muhammad nanti. hari terakhir, sempat lagi muhammad bawa balik tanda, dahi jendol. terstunt di besi katil rasanya. tersenyum saja dia bila mama tanya kenapa dahi tu. Semalam nampak muhammad 'lain' lah sikit. Sampai rumah terus dimasukkan baju kotor dan mandi dan solat. semasa mencari pakaian, mama suruh dia ambil T-shirt dan seluar tract bottomnya. kemudian di ambilnya boxer(seluar dalam). mama kata tak payahlah pakai seluar dalam. nak tidur dah. Di jawabnya pada mama: malu itu sebahagian dari iman...hehe...terkena mama. lepas tu dia keluar teman adik2 main di luar. sbl maghrib dia masuk. kemudian dia minta utk menjadi imam solat dengan mama, luqman dan muaz ( muaz ni dia jadi makmum pun mesti nak baca fatihah kuat). Tgh solat, muhammad baca surah pjg sikit, dia dah tak tahan, dia pusing2 badannya 360 darjah. sabar jelah. Moga muhammad terus beristiqamah dengan solat di awal waktu dan rajin mengaji Al-Quran.
Dihari pendaftaran, 18 nov 2008
muhammad makan berjemaah bersama rakan (makan di dalam talam)
Bersama ustazah nuraini yang mengajar muhammad (lihat dahi jendol muhammad)
bersama rakan2 selepas bergraduasi
3 comments:
wajah-wajah anak-anak yang membawa ketenangan serta sejuk mata memandang. Mudah-mudahan Muhammad istiqamah dengan apa yg telah dilalui di kem tersebut. Itu cabaran yg sebenarnya.
benar akak, sejuk mata memandang anak2 kecil ini. Amen di atas doa akak. betul cabaran sebenarnya selepas berakhirnya kem ini.
sejuk hati tengok the new Muhamammad..moga Muhammad dpt jd contoh ikutan yang baik pada adik-adik dia dan cucu-cucu tok yang lain
Post a Comment