Luqman demam dari semalam. Hari ini luqman berehat di rumah penjaganya(mak). Pagi tadi bila mama kata hari ni tidak perlu ke tadika. Dia senyum dan berkata yes!! Tadi mama ke tadika luqman. Semalam petang luqman bagitahu mama cikgu minta luqman datang hari sabtu. Ada peperiksaan. Mama pelik. Apa lagi exam luqman nak kena hadapi ni. Rupanya luqman dipilih untuk menghadapi peperiksaan untuk pemilihan pelajar cemerlang 5 tahun PASTI peringkat negeri. Tengoklah besok macam mana kesihatan luqman. Moga luqman segera sembuh. Jika sihat dapatlah luqman menghadapi peperiksaan esok.
tatkala budak lain duduk dengan sopan sementara menunggu peperiksaan bermula, tengoklah luqman duduk macam mana...
Muaz banyak berceloteh sekarang. kadang2 sendirian pun dia bercakap. Semalam abah cerita, semasa membawa luqman berjumpa doktor, muaz masuk sekali dan dia terus naik atas katil dibilik doktor dan dia bercakap sorang2. Doktor menegur muaz " adik bercakap dengan siapa? ". Memang dia begitu. Pagi tadi tengah "melabor" pun dia bercakap "sahaja aku solat subuh kerana ALLAH Taala" dan kemudian menyanyi. terpaksa mama menegurnya. Malam tadi juga begitu, sambil dibukanya buku latihan dan menulis, mulutnya bercakap, mengeja(tapi salah). Muaz keliru dalam bacaan sekarang, di tution Bacalah Anakku dia belajar membaca menggunakan kaedah fonotik, di tadika belajar membaca melalui pengejaan. Tak pelah perlahan2 adik muaz belajar membaca.
5 comments:
ciannye luqman demam...maknjang doakan luqman cepat sembuh ye, moga dapat menduduki peperiksaan esok dan sekaligus berjaya dgn cemerlang, ameen:)
wahh, adik muaz dah bnyk bercakap ye?..bagus la, lps nie leh sembang2 ngn maknjang..leh share cite2 best :)
terima kasih di atas doa mak njang. kami juga mendoakan mak njang sihat dan bersabar byk2. adik muaz mmg banyak cakap. Yang tak tahan tu tengah berak pun dia bercakap.
Waaah, pelajar cemerlang peringkat negeri! Tahniah, wpun belum tau result, tapi dah layak amik xm tu pun mak ngah dah bangga. Semoga mendpt result yg cemerlang.
comeinye mak ngah dok terbayang adik muaz cakap tak berenti...:D. ada saja idea dia nk berckp ye...
biasa lah k alhan.. budak2 otak geliga ni.. badan pun tak dok diam..selaras ngan pergerakan otak yg cergas..
takpa man.. mak lang cover..hehe..
so camne xm? huish.. tapi budak2 skang..tak rasa pressure ke.. kecik2 amik xm byk2..
luqman jenis "take it easy" punye budak. dia kena marah dgn cikgu disebabkan kenakalannya pun balik cerita pada mama dengan senyuman. masa periksa pun dia jenis tak kisah. Jenis yang tak ada perasaan rasanya.tadika baru kot, tak feel the pressure lagi. lain dari muaz, tertinggal buku kena marah dengan cikgu dah menangis.manjalara betul si muaz ni
Post a Comment