Monday, November 17, 2008

muhamamd bersiap ke kem


ambil gambar sendiri

Petang nanti mama akan menghantar muhammad ke kem hafazan Al-Quran di sekolah Tahfiz Islah(STAIL) yang akan berlansung dari 18 nov-27 nov ini. Alhamdulillah muhammad nampak bersemangat nak ke kem tersebut. Semalam mama berkata pada muhammad, balik kem nanti mama ingin melihat muhammad jadi lainlah. Solat tidak perlu disuruh, rajin membaca Al-Quran dan mama menambah, moga muhammad cintakan solat dan al-Quran dan hilang kecintaan pada TV(muhammad amat meminati TV, cerita melayu romantis, cerita lawak, cerita hantu, kartun dan sebagainya). Muhammad tersenyum di jawabnya, balik nanti mama tengoklah muhammad mesti lain, serban sentiasa di kepala :). adusss hero sulung mama ni tak habis2 dengan loyar buruknya. lepas tu diperlinya mama(mama di sek asrama dulu duduk di katil atas dan mama ceritakan mama suka memandang langit, malam2 mama lihat bintang, kdg2 mama menangis teringatkan tok..), muhammad tak mahu duduk di atas katil tingkat atas(jika katil 2 tingkat),sat gi tengok langit, nampak hantu terbang!!! sabar jelah.

semalam semasa membeli makanan di cafe uitm, muhammad bertanyakan status pelajar yang sedang mengulangkaji pelajaran(lelaki dan perempuan) tengah duduk hampir, "depa tu dah kahwin ka mama?". Tak pasti, belum kot, muhammad nanti jangan jadi begitu. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. di jawabnya muhammad, perempuan yang gatal untuk lelaki gatal(terkejut mama dengan jawapannya), muhammad tak maulah isteri gatal, tak larat nak mengaru nanti, hehe....hmmm sabar jelah.

malam tadi mama sibuk menyiapkan pakaian dan barang untuk muhammad bawa ke kem. Sambil bersiap mama memesan pada muhammad, ni baju sukan, ni baju biasa, ni baju solat,baju tidur, seluar dalam ada 9 helai saja. Dimintanya mama bekalkan jam loceng takut bangun lewatkatanya.ada lagi ka jam loceng? zaman sekarang orang pakai alarm di handphone. Setelah siap mama letakkan beg dan timba+perkakasan mandi di tepi sudut bilik. Pagi tadi mama lihat di atas beg pakaiannya, muhammad letakkan bantal tidur dan bantal peluknya yg besar tu. aduiii di rumah bolehlah nak peluk2 bantal besar tu muhammad, di asrama tak payahlah mama kata. Begitulah persiapan pertama kali muhammad nak tinggal asrama. Mama doakan moga muhammad mendapat manfaat dari kem ini, moga muhammad dapat menguasai bahasa syurga, memahami Al-Quran dan dapat membaca dan menghafaz Al-Quran dengan baiknya.
di bawah gambar2 semasa sukaneka muaz dan majlis ihtifal luqman minggu lepas..

luqman semangat di tepi padang mengajar muaz untuk menang sukaneka

disebabkan semangat sangat, luqman dijemput untuk turut bersukaneka

luqman tengah menerima hadiah kerana mendapat tempat kedua didalam peperiksaan

2 comments:

Hasfazilah said...

Alhamdulillah, sejuk perut ibu mengandungkan Muhammad kerana patuh menurut perintah Allah dengan sendirinya. Moga Muhammad menjadi insan yang terpuji (sesuai dengan maknanya) di sisi Allah.

alhan said...

ameen. Terima kasih akak kerana mendoakan. Saya takut dengan amanah yang ALLAH berikan ini. takut tak terlaksana mendidik amanah(anak) ini sebaiknya. Doalah yg selalu dipanjatkan.