Semalam muhammad kembali ke penang dihantar oleh mak ndak wani setelah berada di alor setar beberapa hari. muhammad memberitahu guru sekolahnya bahawasanya dia ponteng sekolah kerana:" Saya ke rumah tok saya di alor setar dan ibu saya izinkan saya untuk ponteng sekolah". Sabar jelah hero sulung mama ni. Hari ini hari tekahir persekolahan untuk sesi 2008. Moga ilmu2 yang muhammad pelajari diberkati ALLAH.
Semalam kami ke jaya jusco, muhammadlah antara yang paling sempoi pemakaiannya. memakai baju tidur saja di samping rambutnya yang baru digunting dan kering kelihatan seperti tempurung(macam orang asli penan). Mama kata, mama tak mahu jalan sebelah muhammad. Muhammad menjawab, " muhammad hero terhensem di malaya, petik jari semua datang" . hmmm begitulah hero paling perasan mama seorang ni. Selepas makan malam kami jalan-jalan di JJ. Abah ingin mencari jersi untuk muhammad, hadiah di atas pencapaian dia mendapat tempat ke3 untuk peperiksaan akhir tahun. Di dalam perjalanan pulang di dalam kereta, adik muaz menjenguk ke langit, dia bertanya mama, kenapa bulan tu dia ikut kita mama? hmmm mama tak tahu nak menjawab soalan ini sebenarnya. mama kata adik kena tanya ALLLAH. Terus dia berkata, Tuhan, tuhan kenapa bulan ikut kita pi mana pun?. Subhanallah, malam tadi bulan penuh, bulat dan terang, cantik. Abah cuba menerangkan mengikut ilmu sainsnya. tak pasti adik memahaminya ke tak. Satu hari nanti adik akan memahaminya..
3 comments:
tahniah muhammad. Alhan, anak akak pun selalu tanya, kenapa bulan tu asyik ikut kita je.. hehehe, rasanya kanak-kanak semua akan bertanya soalan yg sama
terima kasih akak. anak2 saya bersekolah di kampung saja akak. Alhamdulillah walaupun belajar di sekolah yang dhaif(PASTI masa tadika)mereka nampak ok dan cemerlang.Saya suka hantar ke pasti sbb pengisian islamik dia dan silibusnya yang tersusun. teringat tazkirah disampaikan oleh pengetua PASTI luqman bebaru ni tentang tanggungjawab kita pada anak2. Dia kata dia sedih apabila dia mengajar di kelas KAFA di sebelah petang, ada anak2 yang sudah berumur 10/11/12 tahun, tapi masih belum pandai membaca tahiyat, bacaan lain di dalam solat pun masih tak pandai. kebanyakan ibubapa dia kata meletakkan t/jawab itu 100% pada guru n sekolah. Mereka sibuk. sedih dia kata.
alhan, belajar di mana-mana tetap sama, jika ada pengisian fardu ain dan fardu kifayah sekali. Memandangkan farzana sudah di taska yang sama, jadi berterusan di situ. DAn insyaAllah, transit juga akak akan tempatkan di situ kerana akak yakin suasana pembelajaran agama di situ. Kita sama-sama memikul t/jawab utk pastikan anak-anak cemerlang di akhirat juga.
Post a Comment