hari ini mama cuti mengemas buku-buku dan barang di pejabat mama. sebenarnya mama sudah mula menghabiskan baki cuti mama tahun ini. Insya-ALLAH sebelum krismas nanti mama akan mendaftar sebagai pelajar pasca-siswazah di USM. Takut....teringat kata-kata prof muhd kamil, takut adalah lumrah ketika hendak memulakan pengajian diperingkat PhD. Mama ingin memohon maaf pada semua di atas segala dosa2 mama pada kalian(suami kesayanganku, 3 heroku, mak abah, mama abah, kakak adik2,adik2 iparku, guru2ku, saudaramaraku, rakan2ku, yg mengenali diriku). Dosa hati, dosa percakapan, dosa perbuatan, maafkan mama....Doakan moga perjalanan PhD mama diberkati dan dimudahkan ALLAH. Moga perjalanan ni membawa mama hampir padaNYA. menjadikan mama, hambaNYA yang makin tunduk padaNYA.
Selasa semalam mama ke Gombak menghantar muhammad. Muhammad ingin berhari raya di gombak. Dia teruja ingin melihat korban di taman selaseh. Rindu pula mama pada muhammad. Ada dia di sisi pastinya ada saja sembangannya dan loyar buruknya. teringat bualan mama dengan muhammad di pejabat mama jumaat lepas. Muhammad bertanya kenapa abah kurang sikit sabarnya dengan karenah anak2. Pagi jumaat tu kami makan pagi di hotel UiTM, muhammad dan luqman berlari masuk ke cafe dan terus membuka tutupan bekas makanan. Luqman telah menjatuhkan salah satu tutupan tersebut lalu abah memarahinya. mama menjawab, kebanyakan lelaki memang tahap kesabaran mereka kurang sedikit berbanding perempuan. Cantik dah ALLAH letak jodoh mama dengan abah seumpama air dan api( kata orang tua). Muhammad sudah dapat menangkap maksud tersirat itu lalu di jawabnya muhammad nak air dengan air boleh dak? muhammad rasa muhammad air,sejuk hehe...Tapi kalau ALLAH bagi isteri api pada muhammad...Hmmmm tak maulah nanti jadi "Seperti di bawah ketiak isteri"(sitcom/drama di ASTRO lakonan zizan dan rakan). Aduss tak habis2 berloyar buruk hero sulung mama ini. Pagi selasa semalam muhammad mengadu gatal kepala, mama terus melihat rambutnya. Terkejut mama kerana menjumpai telur kutu. Sepanjang perjalanan ke gombak menaiki bas, mama membelek dan mencari kutu di kepala muhammad. sebaik tiba di gombak kami ke farmasi mencari ubat kutu. Muhammad siap berpesan kepada mama ( mama jangan habaq tau kata muhammad ada kutu, dosa besar memalukan anak). Masuk saja ke farmasi kakak di farmasi bertanya, nak beli ubat ini untuk siapa, hmmm mama terpaksa menjawab untuk anak akak ni. la macam mana boleh ada kutu ni dik? dapat dari kem hafazan kak. kem membawa malang katanya, hehe... sabar jelah. Alhamdulillah menjelang malam rasanya sudah habis kutu2 yang mama cari mengunakan sikat kutu. Itulah muhammad sayang sangat dengan rambut temenggung jugahnya itu. disuruh gunting pendek seperti askar tak mahu. Nasib baik luqman dan muaz amat meminati rambut ala askar. Jimat duit abah tak perlu gunting selalu.
5 comments:
muhammad skrg dah botak.. hehe... macam biasa, bising dia bila tokyah nya cukur rambut dia botak. "laa...pendeknya..tokyah kata panjang. ni nak sikat pun tak boleh.." tp pastu, perasan dia dia dok macam tu jugak. sat2 dok suruh makcu kata, "makcu, cakap muhammad hensem cepat!" adoi la abg yong.. haha.. la ni umah sunyi, cousin2 muhammad suma takdak dah. afiqah dah blk jepun semlm, shaza blk raya kelantan. makcu pun bosan. huhu...
Selamat Hari Raya Eiduladha buat Kak Alhan, Abg Mir, Muaz, Luqman. n tak lupa jugak, Happy Belated Birthday Kak Alhan. semoga sentiasa dalam keberkatan dan kasih sayang Allah..
akak dah lihat rupa baru muhammad dihp abahnya. hehe bulat je. memang macam bujal. tak habih2 dengan perasan hensemnya tu. selamat hari raya aidiladha kepada mak ucu, opah dan tok ayah dan semua. thank you for the wish and ameen for the doa. Dah tua akak, 32 dah. muhammad hari tu kata dia nak bagi hadiah birthday istimewa pada mama: anak soleh(dia ingin menjadi) dia kata buat bekalan mama ke akhirat nanti. moga benarlah hadiah yang muhammad nak beri ini. ameen.
dah botak!!..ahaks.. takpe.. tatap ensem.
ya.. hepi belated beday to k alhan. may Allah bless u with the best.
syaza sibuk persiapan nak kenduri kat kelate.dok perabih 'bunga telur' yg diisi gula2.satu..satu habis.. ada yg tak sempat kenduri..hehe..(mak lang shima)
ops, happy belated birthday kak alhan. takpe, k alhan tk npk tua pun. bagus betul hadiah muhammad nk bg, mak ngah tgk dia pun makin matang. tak berlengah2.
Tq mak lang n mak ngah for the wish, teringat muhammad komen bila lihat muka akak masa zaman muda dulu, dia kata rupa tak berubah tapi badan tu hehe...bagi slim sket dia kata baru sama macam dulu. sabar jelah. kalau nak dengar puji-pujian berbaiklah dengan adik muaz, hehe...dengan muhammad jgn harap.
Post a Comment