Thursday, November 27, 2008

jalan-jalan cari makan

hujung minggu yang lalu, mak ngah ina+afiqah dan maklang sekeluarga berkunjung ke rumah mama. Sabtu petang mereka tiba di pulau pinang. Mama masakkan spaghetti carbonara dan castard with fruit cocktail. malamnya abah bawa mak lang menikmati char keow teow permatang pauh yang sedap itu. Pagi sabtu kami ke chowrasta market, mak ngah dan mak lang nak shopping jeruk asam. kemudian kami menuju ke rumah nenek tam. nenek tam ini hatinya sungguh baik. suka menolong orang. Jika kami ke rumah nenek, mesti nenek akan minta kami tunggu untuk makan tengahari. Akan diusahakannya memasak apa yang ada. mama perasan walaupun hanya gulai, ayam goreng atau ikan goreng mesti tetamu yang menikmati masakan nenek akan menambah makan. terasa keberkatannya. Moga ALLAH merahmati hidup nenek.
Selepas zohor kami bertolak menuju ke tanjung bunga dan batu feringhi. kami singgah solat di masjid terapung dekat perkampungan tsunami. Cantik masjid ini dan kami berehat ditepi masjid menikmati pemandangan indah dan angin yang mendayu. kami kemudian menuju ke balik pulau membawa makngah menikmati laksa penang yang dikatakan paling best, Laksa Janggus. Kami singgah di empangan untuk mengambil gambar. perjalanan ke balik pulau merentasi teluk bahang sangat cantik pemandangannya walaupun jalan agak liku2. Alhamdulillah sampai juga kami di laksa janggus dekat pukul 430 ptg. mama pun pertama kali ke sini. Hmmm sedap sangat menikmati laksa+rojak+ais kacang+goreng pisang rangup. memang sedap sgt22222. Setelah selesai kami ke masjid di perkampungan terdekat disitu untuk solat asar. kemudian mak lang mengajak ke padang kota untuk menikmati pasemboq pula. memang betul2 jalan2 cari makan ke pulau pinang. Semoga mak ngah, afiqah, mak lang, pak lang dan syaza terhibur berjalan2 ke pulau pinang. Awal pagi isnin selepas subuh mama berangkat ke Bayview Beach resort, batu feringhi pulau pinang sekali lagi untuk memberikan ceramah tentang " An introduction to research and The importance of doing research" kepada pensyarah2 politeknik bersama rakan2 mama, PM peridah. Dr farid dan en Yusli. tak sempat mama menghantar pulang mak ngah dan mak lang sekeluarga. jemput mai penang lagi ye

gelak tawa afiqah

di tepi masjid terapung

on the way ke balik pulau

empangan di teluk bahang

ni dia laksa janggus

self service di laksa janggus

mak ngah membawa ais kacang

mak lang membawa laksa

kem hafazan

Petikan dari mutiara hikmah:

Minyak wangi tidak semerbak wangiannya sehinggalah dituangkan, dan kayu wangi tidak mengeluarkan bau sehinggalah dibakar. Demikian juga keadaannya dengan rintangan yang kamu hadapi. Terkandung padanya nikmat dan kepuasan

mutiara kata di atas dapat mama simpulkan apa yang muhammad perolehi dari kem hafazan yang berakhir semalam. Alhamdulillah muhammad sempat menghafaz 3 surah(Al-Insan, Al-Buruj dan Al-Fajr) daripada 9 surah yang diberikan. Walaupun banyak kenangan pahit dan ujian di sepanjang 10 hari berada di sana, mama merasakan banyak manfaatnya yg muhammad perolehi dari kem ini, Insya-ALLAH. Segala tok ketampi, denda berdiri, teriakan ustaz2, kembara qurani merentasi parit selut, bendang, diserang lintah, diketik nyamuk, kasut hilang, moga semuanya ini bakal mendewasakan muhammad kepada cabaran dan ujian di dalam hidup muhammad nanti. hari terakhir, sempat lagi muhammad bawa balik tanda, dahi jendol. terstunt di besi katil rasanya. tersenyum saja dia bila mama tanya kenapa dahi tu. Semalam nampak muhammad 'lain' lah sikit. Sampai rumah terus dimasukkan baju kotor dan mandi dan solat. semasa mencari pakaian, mama suruh dia ambil T-shirt dan seluar tract bottomnya. kemudian di ambilnya boxer(seluar dalam). mama kata tak payahlah pakai seluar dalam. nak tidur dah. Di jawabnya pada mama: malu itu sebahagian dari iman...hehe...terkena mama. lepas tu dia keluar teman adik2 main di luar. sbl maghrib dia masuk. kemudian dia minta utk menjadi imam solat dengan mama, luqman dan muaz ( muaz ni dia jadi makmum pun mesti nak baca fatihah kuat). Tgh solat, muhammad baca surah pjg sikit, dia dah tak tahan, dia pusing2 badannya 360 darjah. sabar jelah. Moga muhammad terus beristiqamah dengan solat di awal waktu dan rajin mengaji Al-Quran.

Dihari pendaftaran, 18 nov 2008

muhammad makan berjemaah bersama rakan (makan di dalam talam)

Bersama ustazah nuraini yang mengajar muhammad (lihat dahi jendol muhammad)

bersama rakan2 selepas bergraduasi

Thursday, November 20, 2008

Alhamdulillah

Alhamdulillah petang semalam mama, abah, luqman dan muaz berkesempatan menziarahi muhammad di kem hafazan Al-Quran. ketika sampai muhammad tengah beriadah di padang. Dari jauh mama perhatikan, muhammad nampak ceria beriadah. lega hati mama. kemudian mama lihat muhammad memandang jauh ke jalan raya( agaknya meninjau2 dan menanti kedatangan mama ). Apabila ternampak saja mama, terus muhammad berlari mendapatkan ustaz untuk meminta izin berjumpa dengan mama. Hati mama terasa sejuk melihat muhammad dan rakan2 di kem ini. Biah/suasana yang sungguh baik. Moga muhammad dan rakan2 menjadi anak2 soleh yang sangat2 mencintai Al-Quran, Solat dan sentiasa di jalan yang diredhai ALLAH.
Muhammad kelihatan senang mendapat kawan. kedengaran rakan2 memanggil nama muhammad. Alhamdulillah muhammad dapat menyesuaikan diri hidup berdikari di kem. Lepas beriadah semalam, dia terus mohon untuk mandi dahulu sebelum berjumpa mama dan abah. Kata muhammad,bangun dikejut ustaz sekitar 445 pagi. malam sekitar 1030 mereka sudah masuk tidur. mama tanya malam2 muhammad boleh tidur tak. Dia tunduk sekejap(seakan menahan tangisnya), dia kata dia teringat mama. Alhamdulillah muhammad dah berjaya menghafaz 3 surah katanya. Luqman pun nampak teruja untuk berkem bersama abangnya. sempat lagi dia dengan suara kuatnya bertanya ustaz fahmi yang lalu, orang yang baca Iqra boleh dak nak masuk kem?(mama katakan pada luqman bila dia sudah pandai membaca al-Quran baru boleh masuk kem ini).
“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya” . Hadith Riwayat Muslim

Monday, November 17, 2008

muhamamd bersiap ke kem


ambil gambar sendiri

Petang nanti mama akan menghantar muhammad ke kem hafazan Al-Quran di sekolah Tahfiz Islah(STAIL) yang akan berlansung dari 18 nov-27 nov ini. Alhamdulillah muhammad nampak bersemangat nak ke kem tersebut. Semalam mama berkata pada muhammad, balik kem nanti mama ingin melihat muhammad jadi lainlah. Solat tidak perlu disuruh, rajin membaca Al-Quran dan mama menambah, moga muhammad cintakan solat dan al-Quran dan hilang kecintaan pada TV(muhammad amat meminati TV, cerita melayu romantis, cerita lawak, cerita hantu, kartun dan sebagainya). Muhammad tersenyum di jawabnya, balik nanti mama tengoklah muhammad mesti lain, serban sentiasa di kepala :). adusss hero sulung mama ni tak habis2 dengan loyar buruknya. lepas tu diperlinya mama(mama di sek asrama dulu duduk di katil atas dan mama ceritakan mama suka memandang langit, malam2 mama lihat bintang, kdg2 mama menangis teringatkan tok..), muhammad tak mahu duduk di atas katil tingkat atas(jika katil 2 tingkat),sat gi tengok langit, nampak hantu terbang!!! sabar jelah.

semalam semasa membeli makanan di cafe uitm, muhammad bertanyakan status pelajar yang sedang mengulangkaji pelajaran(lelaki dan perempuan) tengah duduk hampir, "depa tu dah kahwin ka mama?". Tak pasti, belum kot, muhammad nanti jangan jadi begitu. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. di jawabnya muhammad, perempuan yang gatal untuk lelaki gatal(terkejut mama dengan jawapannya), muhammad tak maulah isteri gatal, tak larat nak mengaru nanti, hehe....hmmm sabar jelah.

malam tadi mama sibuk menyiapkan pakaian dan barang untuk muhammad bawa ke kem. Sambil bersiap mama memesan pada muhammad, ni baju sukan, ni baju biasa, ni baju solat,baju tidur, seluar dalam ada 9 helai saja. Dimintanya mama bekalkan jam loceng takut bangun lewatkatanya.ada lagi ka jam loceng? zaman sekarang orang pakai alarm di handphone. Setelah siap mama letakkan beg dan timba+perkakasan mandi di tepi sudut bilik. Pagi tadi mama lihat di atas beg pakaiannya, muhammad letakkan bantal tidur dan bantal peluknya yg besar tu. aduiii di rumah bolehlah nak peluk2 bantal besar tu muhammad, di asrama tak payahlah mama kata. Begitulah persiapan pertama kali muhammad nak tinggal asrama. Mama doakan moga muhammad mendapat manfaat dari kem ini, moga muhammad dapat menguasai bahasa syurga, memahami Al-Quran dan dapat membaca dan menghafaz Al-Quran dengan baiknya.
di bawah gambar2 semasa sukaneka muaz dan majlis ihtifal luqman minggu lepas..

luqman semangat di tepi padang mengajar muaz untuk menang sukaneka

disebabkan semangat sangat, luqman dijemput untuk turut bersukaneka

luqman tengah menerima hadiah kerana mendapat tempat kedua didalam peperiksaan

Thursday, November 13, 2008

kenapa bulan ikut kita...

Semalam muhammad kembali ke penang dihantar oleh mak ndak wani setelah berada di alor setar beberapa hari. muhammad memberitahu guru sekolahnya bahawasanya dia ponteng sekolah kerana:" Saya ke rumah tok saya di alor setar dan ibu saya izinkan saya untuk ponteng sekolah". Sabar jelah hero sulung mama ni. Hari ini hari tekahir persekolahan untuk sesi 2008. Moga ilmu2 yang muhammad pelajari diberkati ALLAH.
Semalam kami ke jaya jusco, muhammadlah antara yang paling sempoi pemakaiannya. memakai baju tidur saja di samping rambutnya yang baru digunting dan kering kelihatan seperti tempurung(macam orang asli penan). Mama kata, mama tak mahu jalan sebelah muhammad. Muhammad menjawab, " muhammad hero terhensem di malaya, petik jari semua datang" . hmmm begitulah hero paling perasan mama seorang ni. Selepas makan malam kami jalan-jalan di JJ. Abah ingin mencari jersi untuk muhammad, hadiah di atas pencapaian dia mendapat tempat ke3 untuk peperiksaan akhir tahun. Di dalam perjalanan pulang di dalam kereta, adik muaz menjenguk ke langit, dia bertanya mama, kenapa bulan tu dia ikut kita mama? hmmm mama tak tahu nak menjawab soalan ini sebenarnya. mama kata adik kena tanya ALLLAH. Terus dia berkata, Tuhan, tuhan kenapa bulan ikut kita pi mana pun?. Subhanallah, malam tadi bulan penuh, bulat dan terang, cantik. Abah cuba menerangkan mengikut ilmu sainsnya. tak pasti adik memahaminya ke tak. Satu hari nanti adik akan memahaminya..

Thursday, November 6, 2008

luqman dan muaz

Luqman demam dari semalam. Hari ini luqman berehat di rumah penjaganya(mak). Pagi tadi bila mama kata hari ni tidak perlu ke tadika. Dia senyum dan berkata yes!! Tadi mama ke tadika luqman. Semalam petang luqman bagitahu mama cikgu minta luqman datang hari sabtu. Ada peperiksaan. Mama pelik. Apa lagi exam luqman nak kena hadapi ni. Rupanya luqman dipilih untuk menghadapi peperiksaan untuk pemilihan pelajar cemerlang 5 tahun PASTI peringkat negeri. Tengoklah besok macam mana kesihatan luqman. Moga luqman segera sembuh. Jika sihat dapatlah luqman menghadapi peperiksaan esok.
tatkala budak lain duduk dengan sopan sementara menunggu peperiksaan bermula, tengoklah luqman duduk macam mana...
Muaz banyak berceloteh sekarang. kadang2 sendirian pun dia bercakap. Semalam abah cerita, semasa membawa luqman berjumpa doktor, muaz masuk sekali dan dia terus naik atas katil dibilik doktor dan dia bercakap sorang2. Doktor menegur muaz " adik bercakap dengan siapa? ". Memang dia begitu. Pagi tadi tengah "melabor" pun dia bercakap "sahaja aku solat subuh kerana ALLAH Taala" dan kemudian menyanyi. terpaksa mama menegurnya. Malam tadi juga begitu, sambil dibukanya buku latihan dan menulis, mulutnya bercakap, mengeja(tapi salah). Muaz keliru dalam bacaan sekarang, di tution Bacalah Anakku dia belajar membaca menggunakan kaedah fonotik, di tadika belajar membaca melalui pengejaan. Tak pelah perlahan2 adik muaz belajar membaca.

Sunday, November 2, 2008

muaz bergraduasi dan muhammad banyak tanya

Hujung minggu semalam mama dan abah menghadiri graduasi muaz yang di adakan di Hotel Summit. Anak mama sudah bergraduasi walaupun umurnya baru 4 tahun, tahniah... Sabtu petang kami ke kuala Juru menikmati nasi Ketam. Lama dah rasanya kami tidak ke situ. Muhammad mulanya kurang berkenan dengan cadangan mama ingin ke sana, namun dialah yang paling banyak meratah ketam. memang sedap.
Semalam semasa adik muaz sedang "melabur", dia bertanyakan pada mama, kenapa bila kita "melabur" kita mesti membuang air kecil dahulu. Adik bukan nak buang air kecil pun, adik nak melabur saja, tapi mesti dia keluar juga. :) mama pun tak tahu nak menerangkan bagaimana, hehe...

Alhamdulillah keputusan peperiksaan muhammad kali ini agak memberansangkan. Kedudukan di kelas belum di beritahu. Tiap hari mesti muhammad bersemangat ingin memberitahu mama markah2 yang diperolehinya. mama ni sukar betul untuk memuji muhammad. nak kena improvelah skill ini. mama paling gembira bila dia mendapat pendidikan Islam dan Bahasa Arab tertinggi. Alhamdulillah kedua subjek ini memang muhammad selalu mendapat markah tertinggi. mama ingin anak mama nanti dapat menguasai bahasa arab dan memahami Al-Quran sebaiknya. Cuti sekolah tak lama lagi mama akan menghantar muhammad ke Kem Hafazan Al-Quran. Muhammad cakap lepas ni panggil dia Muhammad Al Hafiz :). Semalam selepas mama selesai membaca Al-Quran, mama berkata2 nak kena habiskan juz ni, minggu depan nak period dah. Muhammad terdengar terus bertanya: Aik macam mana tahu minggu depan nak period?? adusss nak kena pulalah mama menerangkan bagaimana kitaran haid wanita ini.

Minggu lepas kami ke kenduri kahwin rumah jiran. Tengah menikmati hidangan muhammad melihat ada dua orang budak sekolah sedang menikmati hidangan di penjuru meja. Dia bertanya mama: Depa bayaq dak mama? adusss..nasib baik perlahan yang dicakapkannya. Agaknya Muhammad melihatkan mama dan abah menghulurkan sampul duit pada tuan rumah kenduri, dia menyangkakan kita kena bayar untuk makan kenduri. kenalah mama menerangkan pula bahawa itu sedekah. kenduri kahwin memang diadakan untuk menjamu yang miskin, yang kaya dan orang ramai. tiada bayaran di kenakan. begitulah muhammad hero sulung mama yang kadang-kadang kelihatan seperti orang dewasa...