Sunday, June 1, 2008

weekend di bukit merah dan tronoh

minggu lepas cuti sekolah bermula. Awal pagi pukul 3 pg jumaat mama baru sampai dr KL naik bas. mama ke KL menghadiri conference dan berjumpa supervisor mama. Jumaat mama kerja. balik kerja mama pack brg2 nak ke bukit merah dan alor setar. sabtu pagi muhammad dah tak sabar2 nak bertolak ke bukit merah lake town resort(BMLTR). Kami bertolak dah pukul 10. dekat pukul 11 kami sampai di BMLTR. Mak lang shima dah sampai.Syaza seronok dapat jumpa abg2 hero ni. terserlah kekurusan muaz di sebelah syaza. sihat syaza. Kami terus ke hotel check in.
Lepas zohor baru kami keluar ke resort. Kami ke Eco park dulu, melawat mini zoo. Muhammad minta mama belikan sebungkus makanan utk di beri pd haiwan2. Seronok lawat mini zoo ni.
byk haiwan jinak dan yg bestnya dapat beri makan pd haiwan2 ni.
muhammad takut sungguh nak sua tangan bagi rusa makan. takut kena gigit katanya.

Lepas tu kami masuk ke water park. Fuh bestnye main air ni. ni kali ke2 sebenarnya kami ke sini. kali ni mmg mama, mak lang, syaza n hero2 main air sungguh.
muhammad paling berani. rasanya semua slide dia naik. ada satu tu slide berbentuk V dan tinggi dan curam sgt. muhammad 3x naik. mama n mak lang memula tengok je. lps tengok muhammad berani, kami pun nak try jugalah. fuh mmg menluruh jantungkan. kedengaran jeritan mak lang paling kuat, hehe....
cuaca hari tu mendung n ada jg hujan sikit.wpun lama main air, ALhamdulillah tak sunburn sbb cuaca mendung. Habis main air kami makan kat food court kat resort tu sj. mlm tu semua org keletihan dan tidur awal.
Ahad pagi 3 hero bgn awal nak mandi di kolam renang hotel. Lepas breakfast 3 hero mandi di kolam pula. syaza pun join sama. Pukul 930 kami ke jeti utk ke pulau orang utan. Setelah 1/2 jam menunggu kami belum dapat naik bot lagi. akhirnya pukul 1030 kami decide untuk ke ipoh terus. Kesian kat syaza n mak lang n 3 hero x dpt ke pulau org utan. Kami sampai tronoh pukul 1230. rombongan pengantin lelaki(anak atih) dah ready utk ke rumah pengantin prmpn. kami sampai on time. Lepas kenduri kami solat di masjid Uni petronas. cantik masjid ni dan selesa.
pukul 4, mama, abah,luqman n muaz bertolak ke alor setar pula. luqman nak bersunat esok paginya. opah ,tok ayah,muhammad, mak usu n mak lang sekeluarga bertolak ke KL.

2 comments:

Unknown said...

seronoknyaaaaaaaa...

Amalina said...

uuuu.... mmgla seronok msia. sabtu ahad pun boleh cuti sakan. tu gambar kat mini zoo, awaitnya syaza seksi sgt.