Thursday, June 26, 2008

mama chali chengee

pagi tadi mama ada mesyuarat jabatan. mama keluar awal pagi meninggalkan 3 hero dengan abah. ada beberapa benda mama rancang nak selesaikan hari ni. Semalam mama berjanji pada seorang pelajar mama ini mama akan telefon bapanya. Mama terlupa dalam kesibukan, kerja pejabat dan ptg semalam memberikan ceramah tentang pengalaman mama menjalani latihan industri. Terkejut malam tadi mama bermimpi menelefon bapa pelajar ini, :).Ingatan dari ALLAH tentang janji mama. Terus awal pagi tadi sampai pejabat mama telefon bapa pelajar ini, en razak namanya. En razak begitu mengambil berat akan anaknya. dia bertanyakan mama, adakah anaknya ada apa2 masalah sehingga menyebabkannya tidak dpt mencapai "3 pointer" dalam keputusan peperiksaannya. pelajar ini baru semester lepas mama mengajarnya, itupun makmal, dalam rekod dia tidak pernah ponteng. walaupun mama sbg penasihat akademik, pelajar ini hanya berjumpa mama semasa awal semester untuk urusan pendaftaran subjek. jadi mama tidak dpt nak memastikan apa masalah yg dihadapinya. Semester julai nanti, pelajar ini akan mengikuti kelas mama lagi. akan mama pastikan dia belajar dgn bersunguh2. Harapan bapanya sungguh tinggi.
Tengah bermesyuarat tadi mama keluar pergi ambil luqman di tadika. sampai saja dekat tadika , mama mengintai di tepi tingkap kelas luqman, kawan luqman nampak mama, terus announce" mama luqman dah mai". Seronok mama melihat gelagat kanak2 kecil ini. Keluar dari kelas kelihatan mata luqman mengintai2 ke kiri kanan, hehe.. mencari van cik jatnyalah tu. cik jat belum sampai waktu tu. mama pun cakaplah: " jom kita naik keta cepat, sat g cik jat sampai, abislah gigi luqman". mendengus dia, tension agaknya mama tak mahu menunggu cik jat kesayangannya :). kat tepi kereta, ada kereta mak saiful azli(kwn luqman). luqman panggil chali. luman kata" mama, tu mak chali, chengee mama tau dak. kalau ada sapa2 kacau chali, luqman akan report kat mak dia. cuba mama tengok muka mak dia, chengee". hehe.. memandai je anak mama sorang ni. Betul juga, muka mak saiful kelihatan garang sikit. satu lagi yang membuatkan mama tersengeh, hero2 mama ni pekat sungguh loghat utaranya. hari tu adik muaz minta kole(gayung atau cebuk air) pun mama terkejut, mama tak pernah sebut kole...hehe hero2 mama membesar di kampung permatang ara...

3 comments:

Amalina said...

Laaa... baca tajuk mula2 ingat bahasa hindustan ke, dari cerita hindustan, hehehe. Pekat sungguh loghat depa no.

Missa said...

Cik Al...apakah itu chengee?

alhan said...

chengee tu bahasa utara maknanya garang.tu la anak cik al ni pekat sungguh loghat utaranya. kalah cik al sendiri.