Wednesday, June 18, 2008

Travelog Haji dan PhD


Alhamdulillah mama bersyukur pd ALLAH mengizinkan program ceramah motivasi phd berjalan dengan lancar. ALLAH sgt menyayangi kita, mohonlah selalu padaNYA. mama akan cuba setiap hari memperbaiki diri mama ni. Mama ingin hampir sekali denganNYA. Bila mama teringat balik, sejak mama bercadang ingin menyambung PhD ni, mama teringin sangat mendengar pengalaman dari orang yg sudah berjaya memperolehi PhD dan menceritakan pengalamannya dan dihubungkaitkan dengan hubungan dengan ALLAH. Air mata mama mengalir mengingati 21 Mei lalu, terasa doa mama dimakbulkan apabila penceramah yg diundang tersebut adalah prof muhd kamil, dimulakan ceramahnya dengan doa yg sungguh syahdu. dan mama berniat mama akan cuba bawa prof ke UiTM Pulau Pinang untuk berkongsi pengalaman dengan rakan2 mama di sini pula. Alhamdulillah ALLAH makbulkan juga hasrat ini. ALLAH MAHA PENYAYANG.
Prof kamil ni mama kenali melaui buku sebelum mama ke haji tempoh hari. mama sempat membaca buku pengalaman haji beliau. Alhamdulillah mama berkesempatan berjumpa dgn prof kali ni. Selasa pagi mama dgn rakan ,untie ifa menjemput prof di airport alor setar. Seronoknya sepanjang perjalanan kami mendengar cerita dan nasihat dari prof. Semalam ptg sempat mama mengikuti ceramah haji prof in live. Memang syahdu.Rindunya mama pada tanah suci Mekah...
Pagi tadi mama suspen n nervous memikirkan bagaimana perjalanan program. sampai pukul 745, mama lihat di depan dewan kerusi2 berselerak, belum disusun. Alhamdulillah ada makcik cleaner di situ yang sungguh baik hati, memanggilkan kawan2nya membantu mama menyusun kerusi. Alhamdulillah program berjalan lancar. 4 jam prof bercakap, mama tidak terasa masa berlalu. kesian prof, kekeringan tekaknya. esok prof meeting di shah alam. isnin prof ada program untuk pelajar seluruh johor. Alhamdulillah mama mendapat komentar positif dari rakan2 sebaik program berakhir. Terima kasih mama rakamkan pd rakan2 mama yang telah membantu mama, ifa, k.irni, k.rin, k.lila. habis jualan buku travelog haji dan PhD kecil tapi signifikan yang kami jual. Terima kasih prof yg begitu pemurah memberi diskaun yang banyak.
Terima kasih semua....

9 comments:

Unknown said...

alhan,
terima kasih kerana menjemput prof. ke sini. Banyak manfaat yg diperolehi.InsyaAllah.

Liza said...

salam,

tentu uitm penang lebih hebat sekarang..kalau dulu hanya menumpang di sebuah sekolah di permatang pasir.

second batch 1996/dee

wamalina said...

Assalamualaikum..

Hi Alhan!! Apa khabar?? Na nie.. lamanya x jumpa Alhan.. Comeynya 3 hero Alhan. Oh ya, Prof MKI ni sgt baik dgn adik ipar & adik Na. Jumpa kat KLIA last year.. adik Na & husb tengah buat PhD kat NZ, ni blog diaorg http:www.khairul-adibah.net. Bila Alhan nak fly?

alhan said...

k.ila,
Alhamdulillah. Insya-ALLAH moga perjalanan menuntut ilmu kita juga akan dipermudahkan.
ijot,
jemputlah melawat uitm penang la ni.
na,
sy tak fly memana. mmg dpt scholarship oversea. hubby keberatan nak resign n kerja di oversea. so sy akan sambung di msia sj, Insya-ALLAH. doakan yek kat memana pun sy akan berjaya dlm PhD nanti

Ahmad Rashidy said...

salam kak alhan ,

sharela sket apa content seminar tu? bolela jadikan panduan.

-ina n shidy-

alhan said...

okes, nanti akak emailkan presentation slide prof kamil. nak cerita tak pandai sgt. antara intipatinya, kita kena bersihkan hati kita. berdoa, bgn di 1/3 mlm bermohonlah pd ALLAH. kita dah berada di dlm akademik ni, kena target 4 PhD. Bila dah dpt nanti, kita kena membantu org lain mencapainya jg. nasihat dari akak, moga PhD, menuntut ilmu ini satu jihad yg mendekatkan kita pdNYA.

~albazrah~ said...

Congrats kak alhan... atas kejayaan program bersama Prof Kamil tu. Didoakan kak alhan lancar dan berjaya untuk phd.

alhan said...

Alhamdulillah dan terima kasih azma di atas doa yg dipanjatkan.
azma mcm mana? bila start belajar? dah start ngajar ke? kejap sgt azma di penang. tak sempat nak sembang2 dulu

ZZ said...

Salam kak Alhan..alamk jeles lak dpt dengar Prof Kamil p penang..saya follow blog dia jer selalu..bila lak ada kesempatan nk dgr face to face....Kak Alhan camne skrg?sihat?