Sunday, June 1, 2008

Luqman bersunat

luqman ceria nak pergi bersunat
Isnin 26 may 2008 luqman bersunat. Pagi tu awal luqman bangun dan bersiap. Appointment bersunat pukul 8 pg. Bersemangat luqman nak sunat. dia nak no 1. waktu tu ada beberapa budak lelaki lain nak bersunat jg.

Luqman menunggu doktor datang

Pukul 815 doktor sampai, luqman terus minum ubat tahan sakit dan masuk ke bilik doktor bersama abah. mama n muaz kat luar suspen betul, menunggu dan berdoa. Tidak kedengaran langsung suara luqman. tak lama lps tu luqman pun keluar dgn abah sambil berkata "tak sakit langsung".
Luqman ceria selepas bersunat

Abah cerita luqman mmg cool, dia tengok apa doktor buat pd kemaluannya. abah pun suspen jg bila darah keluar byk. luqman still cool. luqman sunat menggunakan kaedah smart clamp. alat tu masih ada di kemaluan slps bersunat.
Abah tengah bagi luqman makan ubat
kat rumah tok luqman tak mahu pakai apa. pakai baju di atas saja. orang buatkan kelambu nonen pun dia tak mahu duduk bawah tu. dia nak terdedah sj. macam muhammad dulu jg.
Sabtu 31 mei kami bawa jumpa doktor utk bukakan alat clamp tu. Kali ni luqman nangis sikit. dia sakit katanya. lepas buka, tinggallah corong. kata pakcik tu corong tu akan tanggal sendiri. so balik dari klinik tu , abah pun memikirkan idea untuk bagi corong tu tanggal segera. abah suruh luqman berendam dalam air sejuk sambil goyang2kan corong tu. luqman takut.

Lepas berendam sampai kecut kaki pun corong tu masih belum tertanggal. akhirnya luqman berehat dulu. tgh dia berehat, abah baling satu bantal baby kecil kat corong tu. hampir tertanggal. tengah mama suapkan nasi pd luqman, mama sentuh sikit sj, terus corong tu tertanggal terus. senang sikit nak cuci dan sapukan ubat bila corong dah tertanggal.
petang tu kami bawa luqman ke Giant dgn berkain pelikat, belikan ais krim utk dia sebagai 'complement'.
Sekarang luqman masih kat alor setar. tak baik betul2 lagi. masih tak boleh pakai seluar lagi.

3 comments:

Unknown said...

makndak kol umah,tok asyik kata luqman tengah main komputer,aktif saja,tak duduk diam luqman ni:)

Amalina said...

waaa, machonye luqman. mak ngah pun kagm, siap boleh tgk apa doc buat kat nonen dia.

Amalina said...

aaaa, dah tag kak alhan. cara nak buat, kak alhan tiru je entri ina tarikh 29 may.