Monday, June 30, 2008

abg yong tumbuh jerawat

weekend semalam kami balik ke alor setar. menjenguk pak usu. kesian dia tinggal seorang sejak tok n wan ke rusia untuk konvokesyen mak ndak wani. Dalam perjalanan ke alor setar mama tegurlah abg yong:

mama: awat ada jerawat kat hidung tu? macam clown jadinya. ha tula abg yong mengatal ke?ke bergaduh dgn budak pompuan
abg yong: mana ada. tapikan mama, kat kelas tu cikgu letak muhammad sebelah anis wahida.
mama: amir(kwn muhammad) macam mana?
abg yong: dia lagilah mama, dok tengah, kiri kanan budak perempuan.
abah: mesti jerawat amir lg banyak!!
mama: :)
abg yong: tu kat muka abah awat ada jerawat jg ?
abah: mestilah abah tidur sebelah mama.

hehe... hairan abg yong apa kaitan jerawat dgn perempuan. lepas pd tu dia dok memerhatikan jerawat mini kat atas hidung dia tu kat cermin. abg yong ni conscious sikit ttg penampilan diri dia esp rambutnya. mesti ada style. dia nak rambut mcm abah dia, boleh sikat ke belakang. dia mmg tak mahu di gunting mcm botak. dia kata malu dan satu lg dia kata kalau botak peluh busuk. memandai je dia. berbeza dgn adik2 dia, luqman lagilah malas terus nak sikat rambut. muaz suka rambut botak sbb berangan nak jadi askar.
semlm mama berkesempatan mengurut badan dgn tok long ni. mama mmg suka mengurut dgn tok long ni. mak bidan profesional. abg yong pun kalut nak mengurut sama. Dia tunjuklah kat betis dia lebam. dia kata darah tak jalan elok. dia nak kena mengurut juga. sabar jelah hero sulung mama ni. ada sj justificationnya.

3 comments:

Amalina said...

Wah, sat dah nak masuk alam remaja anak menakan mak ngah sorang ni. dah tumbuh jerawat tu... bagusla rajin jg penampilan diri, make a good 1st impression.

alhan said...

aaa cepat sungguh ms berlalu. dah besar hero2 ni. satu lg yg tak tahan dgn abg yong ni dia mandi lama. boleh geng dgn mak usu aini dan pak usu fahmi dia. perempuan mandi lama ok jg. lelaki mandi lama ni mama tak paham...

eni afifi said...

ahah..! at least ada jugak persamaan mak cu ngn hero pertama ni. mandi lama pun mandi lama laa... hahaha!