Thursday, June 12, 2008

abang yong bertanyakan soalan yang sukar

mak ngah, nanti yek mama jwp tagging mak ngah tu.
Rasanye dah 5 weekend kami tak ada di penang. Besok ke pendang resort, family day fakulti mama. Minggu depan punye weekend pula mama outstation ke Pulau Jerjak. ada meeting. Adusss penatnye mama. semalam mandi di bilik air, nampak sarang labah2 dah. Hmmm tak pe, kesibukan membuatkan kita produktif, Insya-ALLAH. Moga setiap apa yg kita buat diterima ALLAH sebagai ibadat kpdNYA. Next week mama ada anjurkan satu program di UiTM, namanya: Ceramah Motivasi: PhD Kecil tapi Signifikan. Mama jemput Prof kamil dari UiTM johor, penulis best seller book, Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman. Bacalah buku ni. Alhamdulillah Mama sempat membaca buku ni sebelum pergi haji hr tu, menitis airmata membacanya. Moga usaha kecil dari mama ni memberi manfaat kepada yg hadir mendengarnya.
Abang yong la ni nampak makin matang. suka bertanyakan pd mama soalan2 yg sukar. Semalam dia tanya mama, nabi yg mana yg tiada dosa langsung? then dia tanya,kat kedua2 belah kiri n kanan kita ada malaikatkan mama, yg mencatitkan amalan baik n buruk kita? dan kita manusia biasa ni mama, memang ada dosakan? adakah dosa tu akan dipadamkan jika yg di belah kanan tu lagi banyak dari belah kiri ? dan kemudian dia tanya lagi, hati kita susah nak jagakan mama( ni yg mama paling terkejut). Hmm betul abang yong. mama pun bagilah cadangan pd dia, jika dok diam, ingatlah pd ALLAH. istigfar selalu.
tadi lps ambil luqman dr tadika, dia ajak mama singgah kedai. dia nak membeli lg. mama risau dgn luqman ni, suka makan coklat. rasanya hari2 dia makan coklat. mama memang bg duit sikit pd luqman. mama ckp pd dia belilah roti telur makcik jat jual tu, sihat. dia mesti suka nak beli lolipop juga. jika mama tak bagi duit, mama risau takut luqman minta pd kwn dia. Tiap pagi sebelum luqman turun ke tadika dia, mama doakan pd dia, antara doa mama :) : "Ya ALLAH moga luqman sayang gigi dan badan dia, moga luqman tak akan beli coklat tiap2 hari" . Luqman mesti sengeh bila sampai part doa ni. Tiap ptg mesti adik muaz pengreport luqman beli coklat juga. adik tu suka report. dia pun suka makan juga coklat abg dia belikan, hehe...

5 comments:

Amalina said...

Salam,
No prob mak long. game suka2 aje.

Semoga ceramah motivasi kak alhan berjln lancar. Nnt boleh ina baca pulak buku tu.

Abg Yong, mak ngah nk kena ulangkaji byk lg ilmu nih seblm jumpa abg yong. Soalan2 abg yong makin canggih. Nnt mak ngah kena smash dgn soalan2 abg yong, tak terjawab pulak. hehehe.

Hahahah, terbayang muka luqman sengih bila didoakan jaga badan dan gigi. Amiin. Comei adik yg berdua nih.

Salam peluk cium untuk 3 hero, n cubit2 sikit.

Muhammad Safwan said...

teringin ar nak travel jauh2..setakat ni dlm malaysia la.insyaAllah ujung tahun ni nak pi panjat gunung kat sumatera lak.. doakan kami ye kak :)

radzi said...

ingat soalan mohamad masa mak ngah dia nak kawin.. kenapa mak ngah kawin?? then dia jawap sendiri.. sbb nak dapat baby...!!at the age of.. hmm..can't remember.. mak ngah, bila hang kawin?..mak lang cima

Amalina said...

a ahla, ingat dia tanya soklan tu. mak ngah kawin 5thn setengah yg lalu, dia 4-5 thn kot.

alhan said...

tula mencabar soalan2 dia la ni.akak pun kena byk ilmu.
okes, slamat mendaki. nikmatilah dan perhatikanlah kecantikan ciptaan ALLAH di kala mendaki nanti. Bacalah "rabbana ma khalaqta ha zabatila subhanaka faqina azabannar" lebih kurang maknanya: Ya Tuhan kami, tiadalah apa yg ENGKAU jadikan ini sia sia, Maha suci ENGKAU jauhilah kami dari azab api neraka.