Friday, May 23, 2008

Jangkahayat mainan 3 heroku...

Sabtu 17 May, pi jogging kat Mengkuang Dam, opah call bagitau sepupu tokyah kahwin hari tu. On the way balik jogging, dapat tau kak Mardiah (isteri abg Li - sepupu opah?) dah bersalin, so kami janji nak ziarah hari ahad. Tengaharinya kami pun bergegas balik ke Changkat Jering, pi kenduri sepupu tokyah - Pak Long Ka'ie, anak arwah tok cik Win; saja tulis ni supaya abg amir tak lupa nasab adik-beradik :). Sepupu tokyah ni muda sikit je dari tokyah, kematian isteri lama dah. Mulanya ingatkan nak pi beli buku cerita kat Muhammad di Queensbay Mall, lama dah dia dok minta. So terpaksa la tangguh keesokkan harinya. Balik dari Changkat Jering petang, singgah Sunway Carnival (shopping complex lagi...) kak alhan nak beli CD, anak2 dah lapar, semua mengamuk sebab mama tak mau makan kat Sunway Carnival. Abg amir pun dah letih tak tau nak makan mana lagi, singgah je la KFC - patutnya kena boikot KFC ni, company US tapi abg amir pun kerja company US gak???
Hari ahad pagi, kak alhan pi ofis, kami tunggu kat rumah. Tak sabar nak pi Queensbay Mall, pi makan kat sana then pi kedai buku. Dalam dok lepak kat rumah, tiba-tiba abg Li call, ajak lunch kat rumah dia. Abg amir dah lupa, semalam punya janji nak ziarah abg Li. Mujur abg Li call peringat. Kami bawa hamper sikit untuk baby, lama dah tak jengok abg Li. Abg Li ni memang friendly betul orang dia, macam tok tam. Lepas lunch, kami pun bertolak ke Queensbay, janji punya lama kat Muhammad. Abg amir tak suka nak janji apa2 pada anak2, takut tak tertunai, kesian kat depa. Memang lama sungguh muhammad nak beli buku cerita, dari sebelum kami pi kelantan lagi.
Sampai kat Queensbay,adik Muaz asyik suruh abg amir dukung dia, alasan biasa dia, 'tak larat'. Masuk dalam kedai buku, dalam dok cari2 buku, adik Muaz complain sakit perut. Bengang jugak la abg amir, Queensbay tu punya la besar, jenuh nak cari tandas. Nak tak nak, kena bawa juga dia - no way nak suruh dia tahan kat dalam kedai tu. Buatnya dia lepas jugak, hai... Mujur tandas tak jauh dari kedai buku. Selesai hajat dia, adik Muaz siap menari2 (actually gedik2 je) kat dalam tandas.
Lama jugaklah kami dok dalam kedai buku, nak pilih buku yang sesuai, tapi muhammad tak berkenan buku cerita yg ada, last-last angkut 'activity book' katun transformers. Luqman satu buku, adik satu buku. Lepas tu depa minta satu buku yg ada assembly kit kereta lumba, mahal jugak, rm25, OKlah sekali-sekala. Balik rumah abg amir jugak yg kena pasang kereta mainan tu, rupanya kompleks juga nak pasang, siap ada motor berbateri kena pasang - yg nak bagi kereta berjalan.
yang lawaknya, hari ahad kereta mainan tu berwajah kereta lah. hari isnin (esoknya), jadi alat 'gunting rambut', tak ada lagi rupa kereta lumba. Kreatif jugak depa ni, agaknya masa dok main tu, kereta tu pecah, tinggal motor dia je. So depa ambik motor tu buat main-main gunting rambut, dok gosok kat rambut depa sebab motor tu bila on, bunyi macam trimmer rambut. Sudahnya, rambut Muhammad, Luqman dan adik Muaz terpintal2. Malamnya, depa 'gunting' rambut abg amir, syok jugak, rasa sedap je depa dok main2 'alat gunting' tu kat kepala.
Biasanya macam tu lah mainan depa, jangkahayatnya cuma satu hari. esoknya mesti hancur mainan tu... semalam, akhirnya 'alat gunting rambut' tu, yg asalnya kereta mainan, hancur berkecai terus. tak taulah boleh assemble balik atau tak.... innaliLlah

6 comments:

Unknown said...

kereta jadi gunting rambut?aduhduh.kreatif sungguh hero 3 orang ni!

Amalina said...

Hihihi... perangai hat ni mmg beza dgn abahnya. Abahnya punya mainan, dari kecik sampai tua dok elok lagi. Tapi abahnya pun suka mainan pasang2. Benda haluih2 nak pasang tu, huh tabah!

alhan said...

betui2. hat ni mmg depa berbeza dgn abah depa. tiga2 org sama. jenis sehari je elok. lps tu dah x dak rupa dah.mainan pasang2, abg yong nampak berminat. yg dua org tu tak pandai lagi

Amalina said...

kak n bro, ina nak tag u all. buleh ya?

alhan said...

akak x paham sgt ttg tagging ni ina. jika akak terima apa akak nak kena bagitahu?
please tell me, hehe...

Amalina said...

kak alhan buat je mcm yg ina buat nanti. ala cerita 7 facts je pasal diri sendiri. just anything. nnt ina post entri tag tu, kak alhan tgkla. tak terpos2 lagi.