Wednesday, December 31, 2008

cuti-cuti malaysia

Alhamdulillah semalam kami selamat tiba di pulau pinang setelah seminggu bercuti-cuti malaysia.

pagi 24 dis- mama ke fakulti mendaftar sebagai pelajar. separuh hari juga proses mendaftar, kemudian mama berjalan2 di fakulti dan melihat cubicle mama sambil berkenalan dengan rakan2 seperjuangan, ramai dari timur tengah. Mama melihat makmal di bawah, tempat mama melakukan simulasi dan "characterization" semasa penyelidikan MSc dahulu. Memang meninggalkan banyak kenangan. kenangan malam2 mama datang bertemankan abah dan muhammad menyiapkan simulasi, tesis dan memprint. mama akan kembali bekerja di sini di samping fabrikasinya di lab NOR( nano-optoelectronics Research lab). Penyelia mama tiada hari itu. Doakan mama, mama sekarang sama seperti 3 hero dan abah juga, kita pelajar dan moga ALLAH memberkati jalan ini..

Petang 24 dis - kami bertolak ke Gombak. kami di gombak sehingga 28 dis. Kesempatan menziarahi opah dan tok ayah, kami penuhi dengan jalan2 di kotaraya Kuala Lumpur.

25 Dis - paginya tok ayah membawa kami ke kolam renang di selayang. Muhammad suka sangat datang ke sini. Alhamdulillah muhammad sudah pandai berenang, luqman pun nampak sudah ada peningkatan dalam pembelajaran renangnya, cuma adik yang masih2 lagi takut untuk belajar. Petangnya abah mengajak ke Aquaria di KLCC.

3 hero teruja kerana dapat menaiki LRT. Kami ke sana bersama mak lang dan syaza. mama rasa underwaterworld di langkawi lagi menarik dari aquaria ini.

tak besar sangat aquaria ini, nak cerita pun tak dak modal. Rasanya tidak berbaloi untuk harganya.
26 Dis - Alhamdulillah hasrat mama ingin memiliki tafsir Fil-Zhilalil Quran dari Sayyid Qutb dapat mama sempurnakan. Moga mama mendapat manfaat daripadanya. Terima kasih opah kerana menemankan mama ke pustaka mukmin di jalan TAR. Ramai sungguh manusia di sekitar jalan TAR. Jalan TAR memang syurga buat wanita, syurga kain.

27 Dis - pak lang membawa kami ke TESCO di ampang. Katanya terdapat tempat mainan menarik untuk kanak2. Mama mengambil peluang ke Popular berdekatan tempat mainan itu. Hasrat di hati ingin membelikan buku2 aktiviti latihan tahun 4 untuk muhammad. Setelah penat bermain, pak lang membawa kami ke Restoran nasi ayam selebriti Linda On. Sedap nasi ayam dan lauk pauknya.
28 Dis - Kami jalan2 ke Bukit Tinggi. Mama katakan pada muhammad kita akan ke Perancis!!. Sampai saja di sana, kami terus ke taman Jepun di tempat yang paling tinggi. Cantik juga taman jepun dan botanical garden di situ.

mama dan 3 hero di japanese garden

mama sememangnya suka melihat pemandangan semulajadi. Kemudian kami turun ke Colmar. Kita dah sampai di perancis yang panas! Hmm memang cuaca agak panas di sini. kami jalan2 di 'bandar colmar', kemudian melihat2 swan di tasik dan 3 hero bermain sekejap di taman. Kemudian kami turun ke rabbit park. muhammad dan muaz teruja ingin memegang rabbit. namun 3 hero kecewa tidak berpeluang menaiki donkey, ...Bukit tinggi, cantik juga pemandangannya, cuma mungkin kanak2 tidak terhibur sangat kerana cuaca yang panas menyebabkan mereka keletihan dan tiada aktiviti yang menarik sangat untuk kanak2 di sana.

perancis yang panas

29 dis - Kami bertolak ke Swiss Garden Damai Laut. ini kali ketiga kami ke sini. mama dan abah sememangnya suka tempat ini. Walaupun jauh di satu telok di lumut tetapi tempatnya cantik, menenangkan dan 3 hero pun memang suka. swimming poolnya memang cantik. landscapenya , pemandangan hutan, golf resort dan pemandangan pulau pangkor dari situ sangat cantik. abah mengambil package percutian kali ini( harganya Rm1000++) untuk 3 hari 2 malam kami di situ.

pemandangan dari bilik hotel kami

panaromic view di swiss garden resort

sunset taken dari swiss garden

hari kedua kami dibawa ke pusat penetasan penyu. Seronok melihat anak2 penyu berenang sungguh laju, manakala ibu dan bapa penyu perlahan sahaja renangnya. cantik penyu2 di situ.

Adik kata penyu ni macam topi askar(apabila penyu menyembunyikan kepalanya). Kemudian kami ke telok senangin untuk mandi laut. Selepas zohor kami ke pulau pangkor menaiki bot dari swiss garden hotel. Seronok menaiki bot terbuka ini, dapat menikmati pemandangan laut dan luar dengan jelas.
jeti untuk ke pulau pangkor dari swiss garden

inilah bot yang kami naiki ke pulau pangkaor

Setibanya di pangkor, abah menyewa kereta (Rm60) untuk kami jalan2 di pulau ini, melawat kota belanda, batu bersurat, pantai pasir bogak, telok nipah, telok dalam dan pelbagai pantai lagi.

kota belanda

3 hero panjat batu bersurat ni

Cantik sungguh pantai2 di pulau pangkor ini. Air lautnya jernih. Hero2 geram untuk mandi laut di sini pula. Pulau pangkor kecil sahaja, mama rasa tak sampai beberapa jam sudah dapat pusing satu pulau. Cantik pesisir pantainya jika dibandingkan pantai di lumut. mama ingin lagi ke pantai pasir bogak untuk mandi. airnya cantik, pasirnya halus dan putih.

pantai pasir bogak

Teluk dalam

Hari ke tiga, 3 hero mandi lagi di swimming pool hotel. adik berkali2 mengajak kami tinggal lagi di situ. tak payah balik lagi katanya. Alhamdulillah percutian di lumut dan pangkor menyeronokkan 3 hero.

adik yang tak puas2 mandi kolam

Selepas ini, Insya-ALLAH percutian di langkawi pula ya abah, kita ke underwaterworld dan cable car...
mama ingin mengakhiri entri kali ini dengan mengajak kita semua mendoakan saudara2 kita di bumi palestin. Sungguh zalim rejim zionis yahudi ini kepada umat islam palestin. antara pautan cerita tentang palestin boleh di dapati dari sini:

Sunday, December 21, 2008

kematian itu pasti


pagi ini membaca catatan dari kawan abah, saudara ariff budiman tentang hari-hari terakhir beliau bersama isterinya(kakak aisyah) , air mata mama mengalir membasahi pipi. Tinggi sungguh kasih sayang abg ariff pada isterinya. Moga dia diberi ketabahan dan kekuatan bagi meneruskan kehidupan di dunia ini bersama anak2nya. yang pasti kakak aisyah meninggalkan dunia ini untuk ke tempat yang lebih baik...
mama mengikuti blog ini setelah mengetahui ceritanya dari abah tentang kakak aisyah ini yang di uji dengan sakit dari buatan orang. Tabah sungguh kakak aisyah mengharungi ujian ini. Dalam tempoh sebulan dari ujian ini kakak aisyah pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya. Al-fatihah buat kakak aisyah, moga dia ditempatkan di syurga yang paling istimewa.


Firman Allah S.W.T.:

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. - Aali ‘Imraan (3) : 185

Dari Ibnu ‘Umar dia berkata: Aku bersama Rasulullah s.a.w., lalu seorang lelaki Ansar datang kepada baginda kemudian mengucapkan salam kepada Nabi s.a.w.
lalu dia bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah di antara kaum mukminin yang paling utama?

Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya di antara mereka.

Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?

Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian di antara mereka, dan yang paling bagus persiapannya setelah kematian. Mereka itu orang-orang yang cerdik. – Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah, no: 4249.

Monday, December 15, 2008

kenangan haji 1428H-part3

kenangan haji 1428H-part2

kenangan haji 1428H-part1

masjid ubudiah dan adik busuk

Tadi mama bawa abah pergi mengurut dekat pak roi permatang pasir. Alhamdulillah abah kata rasa lega banyak lepas mengurut. Abah diserang gastrik dan sakit belakang badan sejak jumaat semalam. Ditambah pula sabtu abah membantu mama pindah barang ke bilik baru mama di tingkat 2 menaiki tangga yang agak curam. Sakit abah bertambah sakit .Kesian abah dan terima kasih. Selepas penat mengangkut barang,mama belanja abah di nash donut. mama seperti biasa rasa teringin nak makan donut tetapi selalunya hanya 1 donut sahaja berjaya di makan. Adik muaz(lidah melayu tulen abah kata) kurang berminat dengan makanan barat tidak seperti abangnya muhammad. Jika ada muhammad pastinya sudah licin. Luqman, bagilah apa jenis makanan dia akan makan.

pilihan donut dari mama mesti ada coklat2an

Semalam kami ke Kuala kangsar. Abah ingin memenuhi jemputan kahwin rakan sepejabatnya. Dalam abah kesakitan kami ke sana juga. Sampai di kuala kangsar sudah pukul 315 petang. Segan pula kami dibuatnya kerana majlis sudah berakhir. Di Utara kebiasaannya kenduri akan berakhir sekitar 6 petang. Di sini agak awal majlis kendurinya berakhir. Walaubagaimanapun kami tetap di layan dengan makanan kenduri yang enak dan dihadiahkan labu sayong. Selepas itu kami menuju masjid ubudiah untuk solat. Cantik masjid ini. Kawasan dalam masjid kecil sahaja. melihat tiang besar dalam masjid mama teringatkan masjidil haram dan masjid nabawi. Moga mama dan abah masih berkesempatan ke mekah dan madinah lagi untuk haji dan umrah, Insya-ALLAH. Bulan lepas mama ke tabung haji untuk mengupdate buku akaun mama. Setelah berbual dengan pegawai TH itu mama mengajak abah mendaftar haji. Insya-ALLAH gilirannya pada tahun 2021. mama berkira-kira mama akan berusia 45 tahun dan abah 47 tahun ketika itu. Ya ALLAH, kami sentiasa rindukan mekah dan madinah yang barakah. Ibadat haji sungguh istimewa. berada di depan kaabah, berada di raudah, berada di padang arafah sungguh istimewa. Berada di padang arafah menginsafkan diri akan perhimpunan di masyhar, bagaimanakah keadaan diri ini ketika itu dan memandang langit ketika berdoa di arafah terasa ALLAH hampir.

masjid ubudiah, Kuala Kangsar

abah tengah solat, adik muaz golek2

adik muaz busuk bersama mama

Sudah 2 minggu mama agak kesunyian. Muhammad berada di gombak sejak 2 dec, luqman pula di alor setar sejak aidil adha. Tinggallah adik muaz manja boy bersama mama dan abah. Mama suka sangat mencium kepala adik. bau wangi baby atau bau kanak2nya masih kekal. Selalunya selepas mama mencium pasti mama akan berkata" hmmm busuknye adik" . dan selalunya adik muaz akan melenting marahkan mama " adik tak mau kawan dengan mama sebab mama kata adik busuk" .Pagi tadi adik kata dia nak telefon 999 suruh mai tangkap mama sebab kata dia busuk, hehe... Tak bolehlah adik, mama memang suka cakap busuk juga.

Friday, December 12, 2008

penulisan dan hadiah

Minggu ni mama sibuk mengemas buku-buku dan barang di pejabat mama. Esok, abah akan membantu mama untuk memindahkan barang2 mama ke bilik baru mama di bangunan PERDA. mama bersyukur kerana pengarah kampus memberikan bilik untuk mama meletakkan barang2 mama dan juga mungkin jika mama perlu berada di uitm. Insya-ALLAH mama akan menggunakan software SILVACO yang terdapat di UiTM untuk proses simulasi nanostructure device mama nanti. Moga penyelidikan PhD mama akan berjalan lancar selepas ini. Semalam mama agak stress dan tension dengan bekas pelajar mama. mama ingin memberi peluang padanya untuk membentangkan kertas kerja di konference di UiTM dan juga sebenarnya mama ingin memohon bantuan daripadanya kali ini(mamakan tengah sibuk untuk memulakan pengajian sekarang ni). mama merasakan ini peluang yang bagus untuk pendedahan pada dia kerana dia sedang membuat penyelidikan di peringkat Msc sekarang. Walaubagaimanapun semalam dia menyatakan dia tidak dapat hadir. mama tidak dapat menerima alasan yang diberikan. I was very upset with her. Astagfirullah, ampuni daku, ya ALLAH. Alhamdulillah tadi mama selesai membentangkan. seperti biasa walaupun sudah banyak kali membentang di konference, rama-rama masih berterbangan di dalam perutku...

minggu ini juga di samping sibuk mengemas mama sibuk ingin menyiapkan satu paper berkenaan VCSEL modeling, hasilan kerja kawan mama di Avago, dia memohon pertolongan mama untuk membuatkan paper untuk dia. walaupun VCSEL satu device baru pada mama, tetapi proses modeling itu sama seperti mama buat dulu di Silterra. Insya-ALLAH mama akan cuba siapkan. tadi mama masuk ke blog zlaa ini. Betul susah juga sebenarnya untuk menulis dan mengayatkan dengan ayat sendiri yang bagus. Bila ketandusan idea rasa macam nak ceduk saja ayat orang, ini yang bahaya!!! 23 dec nanti mama akan menerima anugerah penulisan sempena hari kualiti UiTMPP. terkejut juga mama hari tu bila lihat nama terpilih. Sebenarnya mama hanya target paling teruk 1 penulisan/year. Alhamdulillah selalunya mama berhasil menulis lebih dari satu. Alhamdulillah peluang ke silterra tempoh hari menyebabkan jalinan kerja mama dengan rakan di sana masih berterusan. doakan mama dapat siapkan paper VCSEl ini Insya-ALLAH.

mama ingin berkongsi gambar hadiah yang muhammad beri pada mama untuk birthday mama tempoh hari. Bunga kertas. Comel, simple dan kreatif work dari hero sulung mama ini. Di ambilnya cawan putih polisterene dan di gunting kecil-kecilan dan inilah hasilnya...


Thursday, December 4, 2008

air dan api

hari ini mama cuti mengemas buku-buku dan barang di pejabat mama. sebenarnya mama sudah mula menghabiskan baki cuti mama tahun ini. Insya-ALLAH sebelum krismas nanti mama akan mendaftar sebagai pelajar pasca-siswazah di USM. Takut....teringat kata-kata prof muhd kamil, takut adalah lumrah ketika hendak memulakan pengajian diperingkat PhD. Mama ingin memohon maaf pada semua di atas segala dosa2 mama pada kalian(suami kesayanganku, 3 heroku, mak abah, mama abah, kakak adik2,adik2 iparku, guru2ku, saudaramaraku, rakan2ku, yg mengenali diriku). Dosa hati, dosa percakapan, dosa perbuatan, maafkan mama....Doakan moga perjalanan PhD mama diberkati dan dimudahkan ALLAH. Moga perjalanan ni membawa mama hampir padaNYA. menjadikan mama, hambaNYA yang makin tunduk padaNYA.
Selasa semalam mama ke Gombak menghantar muhammad. Muhammad ingin berhari raya di gombak. Dia teruja ingin melihat korban di taman selaseh. Rindu pula mama pada muhammad. Ada dia di sisi pastinya ada saja sembangannya dan loyar buruknya. teringat bualan mama dengan muhammad di pejabat mama jumaat lepas. Muhammad bertanya kenapa abah kurang sikit sabarnya dengan karenah anak2. Pagi jumaat tu kami makan pagi di hotel UiTM, muhammad dan luqman berlari masuk ke cafe dan terus membuka tutupan bekas makanan. Luqman telah menjatuhkan salah satu tutupan tersebut lalu abah memarahinya. mama menjawab, kebanyakan lelaki memang tahap kesabaran mereka kurang sedikit berbanding perempuan. Cantik dah ALLAH letak jodoh mama dengan abah seumpama air dan api( kata orang tua). Muhammad sudah dapat menangkap maksud tersirat itu lalu di jawabnya muhammad nak air dengan air boleh dak? muhammad rasa muhammad air,sejuk hehe...Tapi kalau ALLAH bagi isteri api pada muhammad...Hmmmm tak maulah nanti jadi "Seperti di bawah ketiak isteri"(sitcom/drama di ASTRO lakonan zizan dan rakan). Aduss tak habis2 berloyar buruk hero sulung mama ini. Pagi selasa semalam muhammad mengadu gatal kepala, mama terus melihat rambutnya. Terkejut mama kerana menjumpai telur kutu. Sepanjang perjalanan ke gombak menaiki bas, mama membelek dan mencari kutu di kepala muhammad. sebaik tiba di gombak kami ke farmasi mencari ubat kutu. Muhammad siap berpesan kepada mama ( mama jangan habaq tau kata muhammad ada kutu, dosa besar memalukan anak). Masuk saja ke farmasi kakak di farmasi bertanya, nak beli ubat ini untuk siapa, hmmm mama terpaksa menjawab untuk anak akak ni. la macam mana boleh ada kutu ni dik? dapat dari kem hafazan kak. kem membawa malang katanya, hehe... sabar jelah. Alhamdulillah menjelang malam rasanya sudah habis kutu2 yang mama cari mengunakan sikat kutu. Itulah muhammad sayang sangat dengan rambut temenggung jugahnya itu. disuruh gunting pendek seperti askar tak mahu. Nasib baik luqman dan muaz amat meminati rambut ala askar. Jimat duit abah tak perlu gunting selalu.

Thursday, November 27, 2008

jalan-jalan cari makan

hujung minggu yang lalu, mak ngah ina+afiqah dan maklang sekeluarga berkunjung ke rumah mama. Sabtu petang mereka tiba di pulau pinang. Mama masakkan spaghetti carbonara dan castard with fruit cocktail. malamnya abah bawa mak lang menikmati char keow teow permatang pauh yang sedap itu. Pagi sabtu kami ke chowrasta market, mak ngah dan mak lang nak shopping jeruk asam. kemudian kami menuju ke rumah nenek tam. nenek tam ini hatinya sungguh baik. suka menolong orang. Jika kami ke rumah nenek, mesti nenek akan minta kami tunggu untuk makan tengahari. Akan diusahakannya memasak apa yang ada. mama perasan walaupun hanya gulai, ayam goreng atau ikan goreng mesti tetamu yang menikmati masakan nenek akan menambah makan. terasa keberkatannya. Moga ALLAH merahmati hidup nenek.
Selepas zohor kami bertolak menuju ke tanjung bunga dan batu feringhi. kami singgah solat di masjid terapung dekat perkampungan tsunami. Cantik masjid ini dan kami berehat ditepi masjid menikmati pemandangan indah dan angin yang mendayu. kami kemudian menuju ke balik pulau membawa makngah menikmati laksa penang yang dikatakan paling best, Laksa Janggus. Kami singgah di empangan untuk mengambil gambar. perjalanan ke balik pulau merentasi teluk bahang sangat cantik pemandangannya walaupun jalan agak liku2. Alhamdulillah sampai juga kami di laksa janggus dekat pukul 430 ptg. mama pun pertama kali ke sini. Hmmm sedap sangat menikmati laksa+rojak+ais kacang+goreng pisang rangup. memang sedap sgt22222. Setelah selesai kami ke masjid di perkampungan terdekat disitu untuk solat asar. kemudian mak lang mengajak ke padang kota untuk menikmati pasemboq pula. memang betul2 jalan2 cari makan ke pulau pinang. Semoga mak ngah, afiqah, mak lang, pak lang dan syaza terhibur berjalan2 ke pulau pinang. Awal pagi isnin selepas subuh mama berangkat ke Bayview Beach resort, batu feringhi pulau pinang sekali lagi untuk memberikan ceramah tentang " An introduction to research and The importance of doing research" kepada pensyarah2 politeknik bersama rakan2 mama, PM peridah. Dr farid dan en Yusli. tak sempat mama menghantar pulang mak ngah dan mak lang sekeluarga. jemput mai penang lagi ye

gelak tawa afiqah

di tepi masjid terapung

on the way ke balik pulau

empangan di teluk bahang

ni dia laksa janggus

self service di laksa janggus

mak ngah membawa ais kacang

mak lang membawa laksa

kem hafazan

Petikan dari mutiara hikmah:

Minyak wangi tidak semerbak wangiannya sehinggalah dituangkan, dan kayu wangi tidak mengeluarkan bau sehinggalah dibakar. Demikian juga keadaannya dengan rintangan yang kamu hadapi. Terkandung padanya nikmat dan kepuasan

mutiara kata di atas dapat mama simpulkan apa yang muhammad perolehi dari kem hafazan yang berakhir semalam. Alhamdulillah muhammad sempat menghafaz 3 surah(Al-Insan, Al-Buruj dan Al-Fajr) daripada 9 surah yang diberikan. Walaupun banyak kenangan pahit dan ujian di sepanjang 10 hari berada di sana, mama merasakan banyak manfaatnya yg muhammad perolehi dari kem ini, Insya-ALLAH. Segala tok ketampi, denda berdiri, teriakan ustaz2, kembara qurani merentasi parit selut, bendang, diserang lintah, diketik nyamuk, kasut hilang, moga semuanya ini bakal mendewasakan muhammad kepada cabaran dan ujian di dalam hidup muhammad nanti. hari terakhir, sempat lagi muhammad bawa balik tanda, dahi jendol. terstunt di besi katil rasanya. tersenyum saja dia bila mama tanya kenapa dahi tu. Semalam nampak muhammad 'lain' lah sikit. Sampai rumah terus dimasukkan baju kotor dan mandi dan solat. semasa mencari pakaian, mama suruh dia ambil T-shirt dan seluar tract bottomnya. kemudian di ambilnya boxer(seluar dalam). mama kata tak payahlah pakai seluar dalam. nak tidur dah. Di jawabnya pada mama: malu itu sebahagian dari iman...hehe...terkena mama. lepas tu dia keluar teman adik2 main di luar. sbl maghrib dia masuk. kemudian dia minta utk menjadi imam solat dengan mama, luqman dan muaz ( muaz ni dia jadi makmum pun mesti nak baca fatihah kuat). Tgh solat, muhammad baca surah pjg sikit, dia dah tak tahan, dia pusing2 badannya 360 darjah. sabar jelah. Moga muhammad terus beristiqamah dengan solat di awal waktu dan rajin mengaji Al-Quran.

Dihari pendaftaran, 18 nov 2008

muhammad makan berjemaah bersama rakan (makan di dalam talam)

Bersama ustazah nuraini yang mengajar muhammad (lihat dahi jendol muhammad)

bersama rakan2 selepas bergraduasi

Thursday, November 20, 2008

Alhamdulillah

Alhamdulillah petang semalam mama, abah, luqman dan muaz berkesempatan menziarahi muhammad di kem hafazan Al-Quran. ketika sampai muhammad tengah beriadah di padang. Dari jauh mama perhatikan, muhammad nampak ceria beriadah. lega hati mama. kemudian mama lihat muhammad memandang jauh ke jalan raya( agaknya meninjau2 dan menanti kedatangan mama ). Apabila ternampak saja mama, terus muhammad berlari mendapatkan ustaz untuk meminta izin berjumpa dengan mama. Hati mama terasa sejuk melihat muhammad dan rakan2 di kem ini. Biah/suasana yang sungguh baik. Moga muhammad dan rakan2 menjadi anak2 soleh yang sangat2 mencintai Al-Quran, Solat dan sentiasa di jalan yang diredhai ALLAH.
Muhammad kelihatan senang mendapat kawan. kedengaran rakan2 memanggil nama muhammad. Alhamdulillah muhammad dapat menyesuaikan diri hidup berdikari di kem. Lepas beriadah semalam, dia terus mohon untuk mandi dahulu sebelum berjumpa mama dan abah. Kata muhammad,bangun dikejut ustaz sekitar 445 pagi. malam sekitar 1030 mereka sudah masuk tidur. mama tanya malam2 muhammad boleh tidur tak. Dia tunduk sekejap(seakan menahan tangisnya), dia kata dia teringat mama. Alhamdulillah muhammad dah berjaya menghafaz 3 surah katanya. Luqman pun nampak teruja untuk berkem bersama abangnya. sempat lagi dia dengan suara kuatnya bertanya ustaz fahmi yang lalu, orang yang baca Iqra boleh dak nak masuk kem?(mama katakan pada luqman bila dia sudah pandai membaca al-Quran baru boleh masuk kem ini).
“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya” . Hadith Riwayat Muslim

Monday, November 17, 2008

muhamamd bersiap ke kem


ambil gambar sendiri

Petang nanti mama akan menghantar muhammad ke kem hafazan Al-Quran di sekolah Tahfiz Islah(STAIL) yang akan berlansung dari 18 nov-27 nov ini. Alhamdulillah muhammad nampak bersemangat nak ke kem tersebut. Semalam mama berkata pada muhammad, balik kem nanti mama ingin melihat muhammad jadi lainlah. Solat tidak perlu disuruh, rajin membaca Al-Quran dan mama menambah, moga muhammad cintakan solat dan al-Quran dan hilang kecintaan pada TV(muhammad amat meminati TV, cerita melayu romantis, cerita lawak, cerita hantu, kartun dan sebagainya). Muhammad tersenyum di jawabnya, balik nanti mama tengoklah muhammad mesti lain, serban sentiasa di kepala :). adusss hero sulung mama ni tak habis2 dengan loyar buruknya. lepas tu diperlinya mama(mama di sek asrama dulu duduk di katil atas dan mama ceritakan mama suka memandang langit, malam2 mama lihat bintang, kdg2 mama menangis teringatkan tok..), muhammad tak mahu duduk di atas katil tingkat atas(jika katil 2 tingkat),sat gi tengok langit, nampak hantu terbang!!! sabar jelah.

semalam semasa membeli makanan di cafe uitm, muhammad bertanyakan status pelajar yang sedang mengulangkaji pelajaran(lelaki dan perempuan) tengah duduk hampir, "depa tu dah kahwin ka mama?". Tak pasti, belum kot, muhammad nanti jangan jadi begitu. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. di jawabnya muhammad, perempuan yang gatal untuk lelaki gatal(terkejut mama dengan jawapannya), muhammad tak maulah isteri gatal, tak larat nak mengaru nanti, hehe....hmmm sabar jelah.

malam tadi mama sibuk menyiapkan pakaian dan barang untuk muhammad bawa ke kem. Sambil bersiap mama memesan pada muhammad, ni baju sukan, ni baju biasa, ni baju solat,baju tidur, seluar dalam ada 9 helai saja. Dimintanya mama bekalkan jam loceng takut bangun lewatkatanya.ada lagi ka jam loceng? zaman sekarang orang pakai alarm di handphone. Setelah siap mama letakkan beg dan timba+perkakasan mandi di tepi sudut bilik. Pagi tadi mama lihat di atas beg pakaiannya, muhammad letakkan bantal tidur dan bantal peluknya yg besar tu. aduiii di rumah bolehlah nak peluk2 bantal besar tu muhammad, di asrama tak payahlah mama kata. Begitulah persiapan pertama kali muhammad nak tinggal asrama. Mama doakan moga muhammad mendapat manfaat dari kem ini, moga muhammad dapat menguasai bahasa syurga, memahami Al-Quran dan dapat membaca dan menghafaz Al-Quran dengan baiknya.
di bawah gambar2 semasa sukaneka muaz dan majlis ihtifal luqman minggu lepas..

luqman semangat di tepi padang mengajar muaz untuk menang sukaneka

disebabkan semangat sangat, luqman dijemput untuk turut bersukaneka

luqman tengah menerima hadiah kerana mendapat tempat kedua didalam peperiksaan