Sunday, December 21, 2008

kematian itu pasti


pagi ini membaca catatan dari kawan abah, saudara ariff budiman tentang hari-hari terakhir beliau bersama isterinya(kakak aisyah) , air mata mama mengalir membasahi pipi. Tinggi sungguh kasih sayang abg ariff pada isterinya. Moga dia diberi ketabahan dan kekuatan bagi meneruskan kehidupan di dunia ini bersama anak2nya. yang pasti kakak aisyah meninggalkan dunia ini untuk ke tempat yang lebih baik...
mama mengikuti blog ini setelah mengetahui ceritanya dari abah tentang kakak aisyah ini yang di uji dengan sakit dari buatan orang. Tabah sungguh kakak aisyah mengharungi ujian ini. Dalam tempoh sebulan dari ujian ini kakak aisyah pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya. Al-fatihah buat kakak aisyah, moga dia ditempatkan di syurga yang paling istimewa.


Firman Allah S.W.T.:

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. - Aali ‘Imraan (3) : 185

Dari Ibnu ‘Umar dia berkata: Aku bersama Rasulullah s.a.w., lalu seorang lelaki Ansar datang kepada baginda kemudian mengucapkan salam kepada Nabi s.a.w.
lalu dia bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah di antara kaum mukminin yang paling utama?

Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya di antara mereka.

Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?

Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian di antara mereka, dan yang paling bagus persiapannya setelah kematian. Mereka itu orang-orang yang cerdik. – Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah, no: 4249.

2 comments:

Hasfazilah said...

Alhan, sebaknya baca kisah sahabat suami alhan tu. Moga allahyarhamah siti Aisyah tenang diSana. Terlepas sudah azab yang menimpanya di dunia.

alhan said...

aa memang sebak. buat akak siti aisyah tu. kita yg masih diberi nikmat kehidupan ini tak tahu lagi bagaimana...moga nikmat kehidupan yang diberikan ALLAH akan kita penuhi dengan amalan kebaikan