Minggu ni mama sibuk mengemas buku-buku dan barang di pejabat mama. Esok, abah akan membantu mama untuk memindahkan barang2 mama ke bilik baru mama di bangunan PERDA. mama bersyukur kerana pengarah kampus memberikan bilik untuk mama meletakkan barang2 mama dan juga mungkin jika mama perlu berada di uitm. Insya-ALLAH mama akan menggunakan software SILVACO yang terdapat di UiTM untuk proses simulasi nanostructure device mama nanti. Moga penyelidikan PhD mama akan berjalan lancar selepas ini. Semalam mama agak stress dan tension dengan bekas pelajar mama. mama ingin memberi peluang padanya untuk membentangkan kertas kerja di konference di UiTM dan juga sebenarnya mama ingin memohon bantuan daripadanya kali ini(mamakan tengah sibuk untuk memulakan pengajian sekarang ni). mama merasakan ini peluang yang bagus untuk pendedahan pada dia kerana dia sedang membuat penyelidikan di peringkat Msc sekarang. Walaubagaimanapun semalam dia menyatakan dia tidak dapat hadir. mama tidak dapat menerima alasan yang diberikan. I was very upset with her. Astagfirullah, ampuni daku, ya ALLAH. Alhamdulillah tadi mama selesai membentangkan. seperti biasa walaupun sudah banyak kali membentang di konference, rama-rama masih berterbangan di dalam perutku...
minggu ini juga di samping sibuk mengemas mama sibuk ingin menyiapkan satu paper berkenaan VCSEL modeling, hasilan kerja kawan mama di Avago, dia memohon pertolongan mama untuk membuatkan paper untuk dia. walaupun VCSEL satu device baru pada mama, tetapi proses modeling itu sama seperti mama buat dulu di Silterra. Insya-ALLAH mama akan cuba siapkan. tadi mama masuk ke blog zlaa ini. Betul susah juga sebenarnya untuk menulis dan mengayatkan dengan ayat sendiri yang bagus. Bila ketandusan idea rasa macam nak ceduk saja ayat orang, ini yang bahaya!!! 23 dec nanti mama akan menerima anugerah penulisan sempena hari kualiti UiTMPP. terkejut juga mama hari tu bila lihat nama terpilih. Sebenarnya mama hanya target paling teruk 1 penulisan/year. Alhamdulillah selalunya mama berhasil menulis lebih dari satu. Alhamdulillah peluang ke silterra tempoh hari menyebabkan jalinan kerja mama dengan rakan di sana masih berterusan. doakan mama dapat siapkan paper VCSEl ini Insya-ALLAH.
mama ingin berkongsi gambar hadiah yang muhammad beri pada mama untuk birthday mama tempoh hari. Bunga kertas. Comel, simple dan kreatif work dari hero sulung mama ini. Di ambilnya cawan putih polisterene dan di gunting kecil-kecilan dan inilah hasilnya...
7 comments:
alhan,
tak terlambat, selamat ulangtahun kelahiran yg ke 32. Semoga sentiasa di dalam keberkatan Allah. TAhniah dah melepasi "rama-rama" di dalam perut itu. Akak masih belum lagi, esok pula, kerana memberi laluan kepada peserta luar yang sudah menempah tiket pulang keesokan hari.
Selamat berjuang utk mendapat phD. Semoga dipermudahkan Allah sepanjang proses penggalian ilmu Allah ini.
Kreatif juga Muhammad. Seronok mendapat penghargaan dari anak-anak!
oh ya, tahniah di atas anugerah penulisan, semoga terus aktif utk menghasilkan penulisan seterusnya.
Tahniah Alhan atas Anugerah penulisan, semoga terus aktif, tumpang berbangga sbb ada wakil dari FKE...
Happy belated Birthday, kalau tak salah tarikh tu adalah tarikh due sy sepatutnya melahirkan Arwah Nur Aina...tapi Allah lebih sayangkannya....
Selamat berjuang utk PhD, semoga Allah permudahan laluan kita yer....baru tadi jumpa Supervisor..biasanya lps sy jumpa Supervisor akan ada 2 perasaan...1)relese, sbb bila jumpa Dr, masalah yg sy fikir lama terungkai...ada saja idea2 yg ditaburkan...ye lah...kita buat research mana ada skema jawapan..kena kaji byk faktor..dan dia kaya dgn idea..perasaan kedua..stress...bila di tabur idea..means kena laksanakan segera..almost every day dia akan sapa sy melalui YM bertanyakan progress...berjaya tak lakukan idea2 yg dia bagi tu...alahai...
Semoga Allah kurniakan kejayaan untuk kita...Ameen
moga-moga adik berdua berjaya mengharung cabaran ini. Noni, si'dia' sudah menunggu di Syurga..insyaAllah... inilah hadiah bagi orang-orang yg bersabar.
tahniah kak alhan dpt anugerah penulisan.
kreatifnya hadiah muhammad utk mamanya. sweet. romantik nampak hero sulung tu...
k.ilah,
thanks for the wish and doa.Saya ingin sekali hampir pada ALLAH di dalam perjalanan PhD saya, Insya-ALLAH.
noni,
Bersyukur noni dapat penyelia yang amat baik. Moga noni terus cemerlang di dalam penyelidikan yg dijalankan. Nuraina di syurga menanti mamanya, Insya-ALLAH. Moga noni dan suami akan dikurniakan lagi anugerah anak selepas ini,Insya-ALLAH.
ina,
memang seronok terima hadiah dari anak. tu yg sayang nak buang. ada nostalgic value.Dia memang kreatif macam abahnya. Ada sekali tu akak bawa dia ke pusat islam mendengar tazkirah , kelihatan dia sibuk melukis sambil mendengar. Dia memang suka melukis. semalam akak basuh beg dia jumpa banyak juga hasilan lukisan dia yang kreatif dan menarik. kebanyakannya keretalah. terima kasih pada pak ngah kerana melayan minat muhammad pd kereta tempoh hari. muhammad bagitahu akak "tengok pak ngah, dia layan ego muhammad"
Amboih, layan 'ego' tu... hehehe. mmg pak ngah dia layan pun, naik keta bwk laju2, potong keta lain, naik seram mak ngah. tp bila over sgt, ina bisingla.
Post a Comment