Friday, April 3, 2009

tentera islam

lama mama tak update blog ini. mama harap blog ni tak matilah dek kesibukan phd mama. mama tengah sibuk menyiapkan beberapa experiment sebelum mama bercuti sebentar 14 april sehingga 26 april nanti. Insya-ALLAH mama akan menunaikan umrah bersama muhammad, tok ayah dan opah. Moga ALLAH memudahkan urusan mama di sini dan pemergian ke mekah dan madinah nanti.
Mama ingin berkongsi cerita pasal adik muaz di entri kali ini. Ada satu malam tu, mama sibuk di depan laptop, luqman dengan bukunya dan muhammad dengan homeworknya. Adik muaz sangat meminati askar. filem askar, majalah perajurit , tempur kepunyaan abahnya memang dia suka. Baru2 ni majalah milenia ada isu pasal palestin, ada banyak gambar askar yahudi, tentera islam palestin ,mangsa perang, kelihatan adik muaz asyik mengusung majalah tu sampai dibawanya ke sekolah. Begitulah adik dengan askarnya. Malam tu, mama tersenyum melihat aksi adik melakonkan wataknya sebagai tentera islam di dalam perang. Mama terkejut tiba2 adik terbaring di sebelah mama, matanya pejam, tetapi mulutnya tersenyum. mama tanya adik kenapa ni? adik menjawab" mujahiden mati syahid ni. Dia senyum sebab dapat masuk syurga"hehe.... saksikan aksi adik yang sempat mama rakamkan..


Wednesday, March 11, 2009

tahniah muhammad

Alhamdulillah semalam muhammad mewakili sekolahnya memasuki pertandingan menghafaz surah-surah Al-Quran(dari juz 30) di Sek Ren Keb Tanah Liat. Muhammad mendapat tempat ketiga. Mama doakan Insya-ALLAH satu hari nanti ,muhammad , luqman dan muaz akan dapat memahami bahasa Al-Quran. Lebih bermakna jika dapat menghafaz dan memahami setiap ayat yang dibaca. Teringat mama cerita seorang ustaz tentang sahabat rasulullah SAW, saidina abu bakar r.a, beliau digelar Rojulun Hakiy (orang yang senantiasa menangis) oleh puterinya Saidatina Aisyah r.a. kerana beliau gagal membendung air mata saat mendengarkan ayat-ayat Allah di dalam solat bersama Rasulullah s.a.w. Insya-ALLAH mama doakan kita semua akan dapat memahami dan menghayati ayat2 ALLAH dan moga keimanan kita bertambah.
Dan apabila dibacakan ke atas mereka ( orang-orang beriman) ayat-ayat Allah maka bertambah-tambah lagi keimanan bagi mereka.Firman Allah dalam surah Al Fath:4
mama juga pernah belajar bahasa arab. Disebabkan kurang menggunakannya mama tidak dapat menguasai bahasa ini sepenuhnya. Namun mama bersyukur dengan kesempatan itu, dapat juga mama memahami sedikit ayat2 Al-Quran. Sekarang ini, rakan penyelidikan mama datangnya dari iraq, kadang2 mendengar mereka berbicara , mama cuba ingin menangkap maksudnya, namun mama gagal memahami percakapan mereka yang teramat laju itu :).
akhir kalam, tahniah dari mama untuk muhammad.

Thursday, March 5, 2009

gelagat 3 hero mama

kecoh sebentar tadi di bilik mama di perda ni. Abah bersama 3 hero datang menziarahi mama. Sebenarnya mama meminta abah datang untuk mengangkut balang ikan peliharaan mama pulang ke rumah. mama sudah mula menghabiskan banyak masa di usm, kasihan pula pada ikan mama di perda ni. 3 hero berebut untuk memberi ikan makan. Moga ikan2 comel itu terhibur di kelilingi 3 hero mama di rumah. Abah pula risau takut hayat ikan2 tu pendek dipelihara 3 hero, hehe..
3 hero memang tak boleh duduk diam. Dua hari lepas mama bawa mereka ke klinik. Hajatnya ingin mengambil ubat untuk adik muaz yang naik macam gatal2 di pinggulnya. Masuk saja ke bilik doktor, luqman pantas menerangkan kepada doktor. "Muaz naik bisol, dia gatai dan garu .tangan dia kotoq". Doktor tersenyum mendengar penjelasan luqman. Selepas selesai urusan muaz, mama meminta doktor memeriksa tekanan darah mama. Ketika itu 3 hero sudah tidak dapat duduk diam. Muhammad dan luqman passing me"massing" kasut seolah sedang bermain bola, adik pula naik di atas katil pesakit. Masya-ALLAH, tolonglah bertenang, doktor nak memeriksa mama ni...Doktor tanya mama, macam mana mama menjaga 3 hero ni, huhu...mencabar doktor.
Malam tadi ketika memandu ke masjid seberang jaya, muhammad bertanya mama. Mama kalau kita bohong sikit pada kawan berdosa tak? Awat? muhammad bohong apa. Kawan tanya, awat mulut hang tu? muhammad jawab: naik bisol, muhammad malu nak habaq kata jerawat. sat gi depa kata muhammad gatai pula. hehe... lawak ja hero sulung mama ni. di atas bibir muhammad naik ruam kelihatan macam jerawat.
Malam tadi mama berkesempatan mendengar Prof Dr Muhd Kamil memberikan ceramah motivasi bertajuk Mengubah Sempadan Iman. Mama tidak bosan mendengar penceritaan dari prof akan pengalaman mengerjakan hajinya yang banyak mengubah aspek kehidupannya sekarang. Benar ibadat haji ibadat yang sungguh istimewa. Terlalu banyak pengajaran disebalik ibadat ini.

Thursday, February 26, 2009

tag menge tag

Mama kena Tag dengan kawan mama..k.ilah...dan juga cikgu noni (panggilan diberi muhammad). Dulu-dulu mak ngah ina juga pernah mengetag mama. maaf mama tak dan nak menjawabnya. Di sini mama jawab serba sedikit. Tak pandai mama bermain game ini.


1. Do you think you're hot?
-- khatulistiwa. tak panas sangat dan tak sejuk gedii

2. Upload your favourite picture of you!
muda2 dulu suka tangkap gambar, tapi tak pandai ambil gambar. Lama dah ngidam nak belajar fotografi, tak tercapai lagi. la ni suka tangkap gambar 3 hero kesayangan.


di ebsee, germany 2007

dikaki jabal nur, mekah

3. Why do you like that picture?
picture 1: mama suka gambar mama berlatarbelakangkan pemandangan semulajadi ciptaan ALLAH, tenang dan mendamaikan. BTW, abah kata mama boleh berlakon iklan ubat gigi, hehe....kalau ambil gambar mesti senyum nampak barisan gigi.
picture 2: this is mama rasanya end of 2007 or early 2008 di kaki bukit jabal nur(di atas puncak inilah terdapatnya gua hira). Tenang mengimbau sejarah kekasih ALLAH, muhammad SAW. satu lagi mama suka picture ni sebab(mengikut kata hero mama, muhammad) rasanya muka mama tak banyak berubah dari zaman muda dahulu. badan ja dah berubah, hehe...

4. When is your last time you ate pizza?
--tak ingat. tak daklah suka sangat makan pizza. Sekarang ni dah boikot pizza hut, kena beli pizza di pasar malam. Lama dah tak nampak makcik dan pakcik yang menjual pizza di pasar malam sungai dua..

5. The last song you listened to..

--tadi masa memandu balik dari usm, mama mendengar alunan bacaan ayat Al-Quran dari imam maher(imam di masjidil haram). rasa nak belajar bahasa arab betul2, Insya-ALLAH. ada sesetengah ayat, imam tu mengulangi 2x dalam nada kesedihan. Alangkah beruntungnya insan yang dapat memahami setiap bait bicara ALLAH. satu lagi setiap kali mendengar kaset ini pastinya ingatan mama kepada pengalaman mengerjakan haji 2007/2008 yang lalu kembali.

6. What are you doing right now beside this?

-- tengah install EndNote Program

7. What name do you prefer besides yours?
-- rasanya mama suka nama panggilan cik al,nama panggilan kanak2 kecil masa mama study di UK dahulu. nama Alhan Farhanah, nenek ali yang berikan. ok dah nama ini walaupun masa sekolah dahulu macam2 panggilan diberikan, alahan...arahan.....ikan pirana......princess alergic....
hehe...ni panggilan dari budak2 lelaki nakal yang tak puas hati kerana daku tidak melayani usikan mereka, hehe....


People I tag :

tak pelah mama tak mengetag sesiapa pun kali ini. okes till we meet again...

Wednesday, February 25, 2009

Hanya kepadaMU kami memohon pertolongan

mama sudah terasa bahang "stress" phD. mama nak lari sekejap dari stress itu dengan menulis di sini. Insya-ALLAH minggu hadapan mama akan masuk makmal untuk ujikaji pertama mama. Moga ALLAH memberkati dan membantu mama. moga phd ini mendekatkan mama kepada ALLAH.
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanyalah untuk mu, ALLAH. Tuhanku yang MAHA Pemurah lagi MAHA Penyayang. Setiap sabtu pagi, mama menghadiri kuliah tafsir AL-Quran dan fekah di madrasah AN Nahdhoh. Ustaz mutalib, mudir di situ memberikan kuliah. Lama sudah impian mama untuk mengikuti kelas tafsir Al-Quran. Alhamdulillah, Allah makbuli doa mama ini. Ya ALLAH izinkan hayatku ini dapat ku khatam kelas tafsir ini. Aku ingin memahami bicara-bicaraMU di dalam Al-Quran.
Dua minggu yang lepas, ustaz mengulas dan menerangkan tentang surah AL-Falaq dan AN Nas. nanti mama cuba sampaikan intipatinya di lain entri.
Sabtu semalam ustaz membaca tafsiran surah AL-Fatihah, umm AL Kitab. Pembuka surah di dalam AL-Quran. Diturunkan di mekah, mengandungi 7 ayat. Di antara intipati dari penerangan ustaz, Sifat Pemurah(ArRahman) ALLAH pada semua makhluk, tetapi sifat pengasih(ArRahim) hanyalah pada umat islam yang beriman dan bertaqwa. Justeru kita sebagai hambanya yang beriman tentulah inginkan kedua2nya sekali, rahmat dan kasih sayang ALLAH. Marilah kita berusaha untuk mendapat kedua2 nikmat ini.
Apabila tiba kepada penerangan ayat ke5(Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau jualah kami memohon pertolongan), hati mama sedih dan tersentuh mendengar kata2 ustaz. Ustaz bertanya: di dalam doa kita selalu, apakah doa yang bersungguh2 kita panjatkan. Kebanyakan dari kita kata ustaz, mohon kebaikan dunia dengan bersungguh2 dan kusyuk, tetapi kebaikan akhirat kurang. Ada tak secara spesifiknya kita dengan penuh linangan air mata memohon pada ALLAH : Ya ALLAH, lepaskanlah daku dari azab kubur, kurniakanlah daku syurgamu yang paling istimewa, matikanlah daku dengan mati syahid/pengakhiran yang baik, tinggikanlah imanku, lalukanlah daku di atas titian siratulmustaqim dengan pantasnya.... Memang kita ada menyebut doa2 ini tetapi ustaz kata selalunya permohonan untuk dunia kita akan lebih bersungguh memohon seperti , memohon perniagaan maju, badan sihat, naik pangkat, rezeki murah, berjaya di dalam kerjaya dan pelajaran etc etc.....
Segala yang baik dari ALLAH, segala kekurangan dari mama...

Tuesday, February 17, 2009

mat salleh permatang ara

Terasa lagi sibuk tika belajar dari bekerja dahulu. Petang sebaik tiba di rumah badan dan fikiran terasa letih sangat. Maafkan mama ya , abah dan tiga hero kesayangan mama jika mama tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab mama sebaiknya.
Malam tadi mama agak "garang" mengajar muhammad matematik. Kesian pula mama bila mengingatinya. Maafkan mama. Minggu ini minggu ujian 1 di sekolahnya. Hujung minggu semalam mama sudah berpesan agar mengulangkaji pelajarannya. Hmmm seperti biasa hero sulung mama ni liat sikit bab study ini. Bab mengadap komputer celik je matanya dan laju saja jari jemarinya. Sekarang ini tiap petang ahad mama membawa muhammad bersama mama mengikuti ceramah haji/umrah. Kebiasaannya dalam 1 jam pertama dia mendengar selebihnya dia tidur di pangkuan mama. Ahad semalam selesai ceramah kami berkunjung ke rumah ayong. Tok menanyakan kepada muhammad: Macam mana ceramah?. Muhammad menjawab: 1 jam dengaq, lepas tu tidoq. Dapat pahala tau tidoq dalam masjid. aduss begitulah hero sulung mama. ada saja jawapan loyar buruknya. Minggu ini juga muhammad sibuk dengan latihan olahraganya. Esok dia akan mewakili sekolahnya di dalam lari pecut dan lompat jauh. Mama doakan muhammad dapat menjawab peperiksaan dengan jayanya dan dapat memenangi olahraga dengan jayanya.
Di bawah mama sertakan foto2 "pelik" hero sulung mama ini. Hero mama ini memang tak boleh nampak kamera. inilah mat salleh permatang ara...

ameen moga hero mama menjadi anak soleh ( nenek ali mendoakan)

mat salleh permatang ara di pantai di terengganu

dia nampak dah kamera dok tala kat dia

seri kembangan

Sunday, February 1, 2009

Jihad

Alhamdulillah hujung minggu semalam mama, 3 hero dan abah berkesempatan mengikuti ceramah berkenaan palestin. Sabtu malam, ceramah diberikan oleh PM Dr Roslan dari usm di surau taman ara indah. 3 hero teruja ingin melihat video berkenaan palestin yahudi. Sejak mama melekatkan poster boikot barangan yahudi di peti ais, nampaknya hero2 mama sangat perihatin berkenaan hal ini. Setiap makanan yang mereka ingin jamah mesti bertanyakan, ini yahudi buat ka mama? Semalam semasa memesan makanan di restoran, luqman menegur adik muaz yang memesan MILO. Luqman kata MILO tak boleh. Insya-ALLAH kita akan berjihad memboikot barangan dari yahudi, AS dan kuncu2nya yang zalim itu.
Malam tadi kami sekeluarga menuju pula ke dewan millenium untuk bersama2 mengikuti program HIMMAH anjuran NGO2 islam. Cikgu(Penyelia) mama, PM Dr Md Roslan menjadi pengarah program ini. Mama kagum dengan kerja dakwah cikgu mama ini. Moga ALLAH melimpahi cikgu mama dengan rezeki dan diberikan kesihatan agar dia terus istiqamah melaksanakan kerja mulianya ini. Semalam hati mama amat terkesan mendengar ceramah dan kupasan ayat AL-Quran dari ustaz Mutalib, mudir madrasah AnNahdhoh, kubang semang.Ustaz mengupas ayat 5 dari surah AL-Hasyr. Ustaz menjelaskan kaum yahudi yang zalim ini dapat ditumbangi dengan ekonomi. Ustaz menceritakan Rasulullah SAW ketika mana2 peperangan amat menjaga adab, tidak di zaliminya kanak2, wanita dan orang tua hatta pohon pohonan. walaubagaimanapun peperangan dengan orang yahudi, Rasulullah SAW telah bertindak menebang pohonan kurma(sumber ekonomi) milik orang yahudi ini. ALLAH SWT telah mengizinkannya(menerusi ayat 5, Al-hasyr). Tindakan rasulullah SAW ini telah menyebabkan orang yahudi mempertikaikan kenabian Rasulullah SAW. Ustaz menyatakan , di dalam AL-Quran jelas ALLAH SWT telah memerintahkan kita melawan yahudi yang zalim ini dengan "ekonomi". Marilah kita teruskan jihad ini.