kecoh sebentar tadi di bilik mama di perda ni. Abah bersama 3 hero datang menziarahi mama. Sebenarnya mama meminta abah datang untuk mengangkut balang ikan peliharaan mama pulang ke rumah. mama sudah mula menghabiskan banyak masa di usm, kasihan pula pada ikan mama di perda ni. 3 hero berebut untuk memberi ikan makan. Moga ikan2 comel itu terhibur di kelilingi 3 hero mama di rumah. Abah pula risau takut hayat ikan2 tu pendek dipelihara 3 hero, hehe..
3 hero memang tak boleh duduk diam. Dua hari lepas mama bawa mereka ke klinik. Hajatnya ingin mengambil ubat untuk adik muaz yang naik macam gatal2 di pinggulnya. Masuk saja ke bilik doktor, luqman pantas menerangkan kepada doktor. "Muaz naik bisol, dia gatai dan garu .tangan dia kotoq". Doktor tersenyum mendengar penjelasan luqman. Selepas selesai urusan muaz, mama meminta doktor memeriksa tekanan darah mama. Ketika itu 3 hero sudah tidak dapat duduk diam. Muhammad dan luqman passing me"massing" kasut seolah sedang bermain bola, adik pula naik di atas katil pesakit. Masya-ALLAH, tolonglah bertenang, doktor nak memeriksa mama ni...Doktor tanya mama, macam mana mama menjaga 3 hero ni, huhu...mencabar doktor.
Malam tadi ketika memandu ke masjid seberang jaya, muhammad bertanya mama. Mama kalau kita bohong sikit pada kawan berdosa tak? Awat? muhammad bohong apa. Kawan tanya, awat mulut hang tu? muhammad jawab: naik bisol, muhammad malu nak habaq kata jerawat. sat gi depa kata muhammad gatai pula. hehe... lawak ja hero sulung mama ni. di atas bibir muhammad naik ruam kelihatan macam jerawat.
Malam tadi mama berkesempatan mendengar Prof Dr Muhd Kamil memberikan ceramah motivasi bertajuk Mengubah Sempadan Iman. Mama tidak bosan mendengar penceritaan dari prof akan pengalaman mengerjakan hajinya yang banyak mengubah aspek kehidupannya sekarang. Benar ibadat haji ibadat yang sungguh istimewa. Terlalu banyak pengajaran disebalik ibadat ini.
2 comments:
Salam,
Saya baru terbaca blog ni, sambil2 cari blog ttg Haji/Umrah. Blog yg menarik. Selamat berkenalan. Cuma nak tanya : m/mana boleh ambil gambar dlm Masjid Nabawi? Bukankah kamera tak dibenarkan dibawa masuk?
salam ziarah KSPulau,
suami saya yang ambilkan gambar2 di dalam masjid nabawi. Dia selalu cuba membawa masuk telefon atau kamera kecil. Ada ketika berjaya ada ketika tidak. Di kala kerinduan akan tanah suci, gambar2 inilah menjadi tatapan kami.
Post a Comment