Wednesday, March 11, 2009

tahniah muhammad

Alhamdulillah semalam muhammad mewakili sekolahnya memasuki pertandingan menghafaz surah-surah Al-Quran(dari juz 30) di Sek Ren Keb Tanah Liat. Muhammad mendapat tempat ketiga. Mama doakan Insya-ALLAH satu hari nanti ,muhammad , luqman dan muaz akan dapat memahami bahasa Al-Quran. Lebih bermakna jika dapat menghafaz dan memahami setiap ayat yang dibaca. Teringat mama cerita seorang ustaz tentang sahabat rasulullah SAW, saidina abu bakar r.a, beliau digelar Rojulun Hakiy (orang yang senantiasa menangis) oleh puterinya Saidatina Aisyah r.a. kerana beliau gagal membendung air mata saat mendengarkan ayat-ayat Allah di dalam solat bersama Rasulullah s.a.w. Insya-ALLAH mama doakan kita semua akan dapat memahami dan menghayati ayat2 ALLAH dan moga keimanan kita bertambah.
Dan apabila dibacakan ke atas mereka ( orang-orang beriman) ayat-ayat Allah maka bertambah-tambah lagi keimanan bagi mereka.Firman Allah dalam surah Al Fath:4
mama juga pernah belajar bahasa arab. Disebabkan kurang menggunakannya mama tidak dapat menguasai bahasa ini sepenuhnya. Namun mama bersyukur dengan kesempatan itu, dapat juga mama memahami sedikit ayat2 Al-Quran. Sekarang ini, rakan penyelidikan mama datangnya dari iraq, kadang2 mendengar mereka berbicara , mama cuba ingin menangkap maksudnya, namun mama gagal memahami percakapan mereka yang teramat laju itu :).
akhir kalam, tahniah dari mama untuk muhammad.

9 comments:

Ariff Budiman said...

Tahniah juga dari pakcik Budiman kepada adik Muhammad. Semoga adik berjaya di dunia dan juga akhirat insyaallah. Rajin-rajinlah mengaji dan mengkaji

KSPulau said...

Tahniah... Moga sentiasa dalam rahmat-Nya. Faroerzynicky

Amalina said...

Tahniah dari makngah dan pak ngah utk muhammad, mama n abahnya.

mama syaza said...

kagum2. tahniah jgk dr adik syaza. adik syaza baru dok hafal alif ba ta.. nak jgk jadi cam abg muhamad. aminn

alhan said...

pakcik budiman,
terima kasih atas doa yang dipanjatkan.moga pakcik dan anak2 kesayangan pakcik jua berbahagia dunia akhirat. ya betul, mengaji dan mengkaji. takut saya dengan amanah(anak) ini. zaman sekarang mencabar.
Faroerzynicky,
Terima kasih atas doa yang dipanjatkan. Moga saudara juga dirahmati ALLAH dunia akhirat
mak ngah ina,
Terima kasih mak ngah. moga muhammad terus istiqamah di dalam pengajian dan penghafazan al-quran ini. komputer game dan tv memang kegemarannya. jenuh mama menerangkan(leter sebenarnya, hehe...)baik buruknya game tu. pak ngah, muhammad minat sungguh dengan kereta. tanyalah nama2 kereta pada dia, dia lagi tahu dari mamanya. cakap pasal kereta dia nak pi jepun.
mak lang syima,
amin, moga adik syaza jua mudah menghafal ayat2 quran dan menjadi anak solehah.

Amalina said...

Kak Alhan, mehle collect award. Tapi jgnla risau kalu tak sempat nk buat tagging tu.

alhan said...

award apa mak ngah? tak paham..

Amalina said...

mak long, tgk kt blog nurul.

Hasfazilah said...

tahniah Muhammad