Monday, October 8, 2012

abang ngah dan abang cik


Abang ngah luqman makin "sihat". Lalu betul abang ngah ni makan. Abang ngah man ni suka makan ayam. Jenuh tiap hari mama pesan, makanlah ikan pula ya abang ngah. Dia angguk dan senyum, petang bila mama tanya makan apa kat sekolah hari ni, mesti tersengih kata nasi ayam kat kantin tu sedap mama. Abah kata abang man tak gumuks, namun tough, betul ke abah, nampak macam nak comel ja. Nasib baiklah abang man ni gila bola. dapat juga lemaknya dibakari walaupun ada juga yang menempel di badannya. abang man ni garang sikit. maryam tak suka kat abang man. namun maryam suka bila abang man dukung dia naik belakang abang man atau bila abang man jadi lembu. Empuk agaknya kuda or lembu ini. Abang man ni rajin walaupun selalu kata mama ni asyik suruh abang man ja. hihi...mama suka suruh abang man sebab abang man rajin sangat. abang man pantas dalam semua hal. makan pantas, mandi pantas, bersiap pantas. bila solat jangan pantas ya abang man, solat baik2 ya nak masuk syurga yang paling bestkan, kena solat paling best untuk ALLAH.
ini dua orang abang yang suka menyakat maryam
abang cik, makin slim ja. abang cik makan sikit. sekarang abang cik tengah sakit mata, matanya berair. abang cik memang ada alahan pada sesetengah makanan kerana sinusnya. tula abang cik, mama selalu pesan, makan ikan dan makanan yang sihat. abang cik kena jauhi telur, susu dan ayam. huhu...sesungguhnya ketiga-tiga makanan itu favorita abang cik. sabar ya abang cik demi kesihatan. antara ketiga hero mama, abang cik pandai melukis. buku sketch mama beli pun nampak di gunakannya sebaiknya. agak mama, tangan abang cik "halus" seperti abah kot, tangan mama hmmm   "keras" kalau pegang pensil atau berus lukisan. walaupun lukisan adik cantik, mama sedih pula sejak dua menjak ni. satu hari ,abang cik tanya mama, mama tengok sat tulisan adik(masih membahasakan dirinya adik). teruk sangat ka mama?...hmmmm ok ja mama tengok, cuma tinggi rendah tu kena di baiki. kenapa abang cik?...Rupa-rupanya abang cik selalu kena marah dan rotan disebabkan tulisannya yang tidak cantik pada pandangan gurunya.  katanya dalam kelas dia, ada 2 orang memang selalu kena rotan, adik dan izrayan.  nasib baik 3 kali ja kelas matematik tu mama dalam seminggu :(. ada tak cikgu puji adik?, ada juga mama bila adik dapat jawab soalan semua betul, tapi cikgu mesti perli tulisan adik juga. ala la kesiannya abang cik. sedih mama. mama hanya mampu bagi semangat agar abang cik dapat perbaiki tulisan abang cik. abang cik doa banyak2 ya moga ALLAH lembutkan hati cikgu matematik adik. Moga dia mengajar dengan penuh kasih sayang. Mama doakan jua tulisan adik akan makin cantik, Insya-ALLAH. bersabarlah ya abang cik.

2 comments:

mama syaza said...

takpa.. mak lang nye tulisan pun buruk jgk dulu.. asal pemeriksa boleh baca sudah... tulis cantik2 pun..nnt menaip guna keyboard jgk..hehe.. melainkan jadi doctor.. tp doctor nye tulisan mmg wellknown tak cantik..takpe..haha..

alhan said...

sebenarnya muaz mewarisi tulisan mama dia. akak dulu pun sampai sekolah menengah kena perli dengan cikgu. kat kisas dulu cikgu akak ni sampai kata, alhan awak ni harapkan muka ja lawa, tulisan, hihi..tak pe akak tak ambil hati. akak pasrah dengan tulisan akak. i'm just happy with my writing. as long as org boleh baca. cuma bila dah ada anak ni, anak dok sedih cerita akak pun kenalah bagi motivasi