Alhamdulillah hujung minggu semalam mama, 3 hero dan abah berkesempatan mengikuti ceramah berkenaan palestin. Sabtu malam, ceramah diberikan oleh PM Dr Roslan dari usm di surau taman ara indah. 3 hero teruja ingin melihat video berkenaan palestin yahudi. Sejak mama melekatkan poster boikot barangan yahudi di peti ais, nampaknya hero2 mama sangat perihatin berkenaan hal ini. Setiap makanan yang mereka ingin jamah mesti bertanyakan, ini yahudi buat ka mama? Semalam semasa memesan makanan di restoran, luqman menegur adik muaz yang memesan MILO. Luqman kata MILO tak boleh. Insya-ALLAH kita akan berjihad memboikot barangan dari yahudi, AS dan kuncu2nya yang zalim itu.
Malam tadi kami sekeluarga menuju pula ke dewan millenium untuk bersama2 mengikuti program HIMMAH anjuran NGO2 islam. Cikgu(Penyelia) mama, PM Dr Md Roslan menjadi pengarah program ini. Mama kagum dengan kerja dakwah cikgu mama ini. Moga ALLAH melimpahi cikgu mama dengan rezeki dan diberikan kesihatan agar dia terus istiqamah melaksanakan kerja mulianya ini. Semalam hati mama amat terkesan mendengar ceramah dan kupasan ayat AL-Quran dari ustaz Mutalib, mudir madrasah AnNahdhoh, kubang semang.Ustaz mengupas ayat 5 dari surah AL-Hasyr. Ustaz menjelaskan kaum yahudi yang zalim ini dapat ditumbangi dengan ekonomi. Ustaz menceritakan Rasulullah SAW ketika mana2 peperangan amat menjaga adab, tidak di zaliminya kanak2, wanita dan orang tua hatta pohon pohonan. walaubagaimanapun peperangan dengan orang yahudi, Rasulullah SAW telah bertindak menebang pohonan kurma(sumber ekonomi) milik orang yahudi ini. ALLAH SWT telah mengizinkannya(menerusi ayat 5, Al-hasyr). Tindakan rasulullah SAW ini telah menyebabkan orang yahudi mempertikaikan kenabian Rasulullah SAW. Ustaz menyatakan , di dalam AL-Quran jelas ALLAH SWT telah memerintahkan kita melawan yahudi yang zalim ini dengan "ekonomi". Marilah kita teruskan jihad ini.
5 comments:
Dr Roslan merupakan rakan saya dalam NGO. Semalam dah plan nak ke dewan Mellinium. Bunyi talipon bos call ada breakdown di BM. Tak dapat hadir. Rasa rugi sebab dik jaja dekat kawan2 kalau hangpa tak p rugi. Last sekali depa yang p saya ketinggalan
insyaAllah Alhan, dgn usaha kita yg x seberapa ini mendapat keberkatan dariNya.
Thanx for this post. Mmg ada dlm quran nyatakan cara perang yahudi dgn ekonomi ye, maknanya betulla usaha boikot brgan depa. Sesetgh org masih ragu2 samada berkesan ke boikot brg yahudi. Kalau di Msia lebih senang nak boikot, walaupun tak byk tapi ada juga alternatif lain. Boleh beli brgnan tempatan. Walaupun sikit2, lama2 jadi bukitla kan.
Bila ustaz menyatakan bahawa di dalam Al-Quran sebenarnya ALLAh telah perintah/"mengajar" bagaimana melawan yahudi yang zalim ini, terkesan di hati, kita sebagai hamba wajib mematuhinya. sekarang ini, Alhamdulillah ke mana2, hati sentiasa terdetik memikirkan pasal benda ini.Tika melihat umat islam berada di McD , hati mama mendoakan agar mereka ingat akan saudara mereka di palestin... marilah kita bersama2 membantu ekonomi orang islam. Jika dahulu selalu mama terfikirkan akan hal kualiti ketika membeli barangan, la ni priority is membantu ekonomi saudara islam.
stuju!!! mari kita boikot!milo yg jd minuman kegemaran pun akan cuba dielakkan. semalam yie ada ceramah kat masjid kat umah kak lang ni, dr apatah dari usm gak, n student phd dari GAZA, nama dia mohd bashir, kenai?best skit dgr ceramah dari org GAZA sniri.
Post a Comment