Malam semalam pun, kejiranan kami buat majlis raya, sehari dua ni asyik makan je. tu yang decide pagi ni kena riadah sikit. memang sikit, tak berpeluh pun, perut masih sarat. Aktiviti riadah kami ni diakhiri dengan acara kemuncak... makan! he.. he.. he.. breakfast je. teringat ketika harga beras melambung tinggi beberapa bulan yang lalu, dalam satu khutbah jumaat, khatib telah berkata (atau lebih tepat menyindir jemaah), yg maksudnya lebih kurang... kita umat islam dah dilatih berpuasa, tapi bila harga beras naik, kita menggelabah. kenapa kita tidak berpuasa sahaja... contohnya isnin dan khamis sebagai langkah balas menghadapi kenaikan harga beras. itulah bila agama tidak di hati, sekadar ritual yang tidak dihayati, astaghfiruLlah.
Kat tepi laut ni, kami main baling batu, bagi dia loncat atas air. Abah dapat bagi dia loncat 3 kali, tapi gagal dirakamkan, lepas tu buat tak jadi dah. balingan Muhammad je sempat dirakamkan. sambil jalan2 tu, luqman dan muaz suka berdiri kat gigi air. akhirnya, selipar luqman terkena air laut dan basah, dia pun konon2 nyelah kesal, selipar dia basah. depa ni banyak sungguh benda yg depa nak buat kat pantai ni, cari ketam dalam lubang (tapi takut), 'analisa' cengkerang2 yang bersepah, muhammad siap terfikir nak cari tapak sulaiman tapi mana boleh... benda tu dok dalam laut. secara kebetulan, kami juga jumpa 'patrick' dan 'spongebob' kat tepi pantai.
sebelum acara kemuncak, acara wajib bagi 3 hero...
5 comments:
Waah! Sapa pulak belajar french ni, romantik sungguh. Ingatkan budak2 tu punya bahasa ke.
acara wajib bagi kanak-kanak...hehehe.. anak2 akak pun, mana2 pergi, nampak playground, mesti nak main...
abah dia punye bahasa. bebaru ni abah n muhammad dok cakap bahasa yg tambah fa fa tu. tensen mama pening mendengarnya. aaa acara wajib utk depa akak. kanak2 macam tulah. nway seronok jog di tepi pantai n melayan anak2 main playground ni. Saya tenang melihat kecantikan langit dan bunyi air laut menghempas pantai sambil melihat anak2 berlari.
saja guna bahasa french, baru2 ni dengar lagu french, 'La Mer' lagu lama, sedap...
aik? cm kenal je pantai nih kak alhan...hehehe...
Post a Comment