Thursday, October 9, 2008

syawal 2008

3 hero mandi kolam sebelum pulang berhari raya

Eid mubarak dan semoga kita beroleh ketaqwaan. Tahun ni raya pertama kami di Gombak beraya bersama opah, tok ayah dan mak usu. Pagi raya bersemangat 3 hero bangun mandi sunat raya. Muhammad seperti biasa paling sibuk nak menyiapkan dirinya dgn baju melayu, tarbusnya dan sampinnya. lengkaplah dia dipagi raya tu, hero paling hensem dan perasan, hehe.... 2 hero lagi simple je.nasib baiklah sorang je hero mama yg suka berhias. luqman sikat rambut pun tak mahu. Kami ke surau taman selaseh utk solat aidilfitri. Mama cerita pada adik muaz sbl tu, solat raya ada 7 takbir rakaat pertamanya. Dia terus kata tak mahu solat, penat katanya, 7 banyak sgt. Namun pagi raya tu mama perhatikan dari atas surau nampak dia duduk bersebelahan abang2 dia bersolat. Lepas dr solat tu memang dia asyik dok angkat takbir 7 kali. sehingga ke hari ni kekdg dia mengangkat tgnnya byk kali brtakbir. nanti abah postkan 2 hero tgh bertakbir di surau tersebut.
3 hero di surau selepas solat raya



raya di alor setar

lama dah rasanye tak pegang baby...



adik muaz dan mak njang kesayangannya


kami beraya di rumah mak tam di lepai, kedah

luqman tengah membakar ayam

tok ayah dan 3 hero sibuk membakar ayam

kami naik feri untuk kerumah nenek tam di pulau pinang

berbalik pada cerita raya, raya kedua kami ke alor setar. Balik alor setar memang jadual ziarah rayanya padat. Namun mama puas hati ketika inilah kita dpt betul2 berziarah jumpa sanak sedara. Raya ke4 kami ke tepeng untuk BBQ raya. kemudian kami kembali ke penang bersama opah, tok ayah, mak usu dan mak lang shima sekeluarga. Tahun ini turun naik kami beraya, KL-AS-KULIM-GURUN-TEPENG-PENANG. fuh memang penat.

Cuti raya memang memenatkan. mama sampai demam. Alhamdulillah dah baik. Semalam mama ziarah sahabat mama, untie sya di hospital. ziarah kali ini memang benar2 menyentuh hati mama. untie sya tabah. mukanya tenang dan sentiasa melemparkan senyuman. untie sya di uji lagi, belum lagi kanser paru2nya dirawat, doktor menjumpai sesuatu yg baru. untie sya kena TB pula. mendengar untie sya bercerita pengalamannya menerima rawatan kansernya di hospital kerajaan amat menyentuh hati. nasihat mama pada mak ndak wani, nanti bila mak ndak merawat pesakit, rawatlah dgn penuh kasih syg. Berilah mereka harapan, yg pastinya ajal maut di tangan ALLAH. kata2 dan sedikit sentuhan atau hanya senyuman sudah cukup utk mengurangkan beban yg pesakit tanggung. mari kita semua mendoakan agar untie sya segera sembuh, Ameen. Untie sya akan menjalani rawatan untuk TB yg katanya akan berlangsung selama 6 bulan, kemudian akan melalui kimoterapi utk rawatan kansernya. Sesungguhnya dari ALLAH kita datang kepadaNYA jua kita akan kembali....

5 comments:

ZZ said...

kak Alhan..kalu jumpa kak sha lagi sampaikan salam saya pada dia..sedih lak dgr cerita dia...semoga dia terus tabah dan bersemangat.

ZZ said...

lupa lak..ni zurita..

alhan said...

okes, Insya-ALLAH nanti akak sampaikan. tulah doakan yek utk k.sya. jumaat bebaru ni dia ada datang masa prog jamuan raya. dia nampak sihat sikit. Katanya batuknya dah kurang slps doktor di Bm specialist tu bagi gas. Alhamdulillah. last akak nampak dia dulu keletihan sbb batuknya yang berulang2.

Amalina said...

kesian dengar cerita kawan kak alhan. harap k sya tu cepat sembuh dari sakitnya, amin.

Unknown said...

iA,pesan mama makndak akan ingat sampai bila2.selain doktor,family n frens support sgt2 penting utk patient.