hujung minggu semalam hujung minggu yang amat memenatkan. kami sekeluarga diserang cirit birit dan muntah2. Sabtu pagi luqman dan muaz muntah2 dan cirit. Mama mula suspek nata de coco yang dihidangkan oleh abah pada mereka. mama sekarang agak takut dengan barangan "made in china". mama tanyakan pada abah nata de coco tu dari mana? abah pula tak perasan. mama tinggalkan 3 hero bersama abah selama 2 malam. Dari rabu hingga khamis mama dan untie irni ke kuantan mengendalikan bengkel pada pensyarah di kolej polytech MARA. seronoknya tiba di KPTM yang tenang dan penuh pohonan rimbun. Terasa bekerja disitu tenang dan tidak terkejar2 seperti di pulau pinang. Mama tiba di rumah sudah pukul 1130 malam menaiki bas tambahan dari KL disebabkan bas ke penang dari kuantan telah habis.
peserta kusyuk mendengar syarahan
mama dan untie irni menginap di rumah pakcik anuar, pencinta bonsai
Sabtu, abah dapat jemputan open house di rumah uncle yusuf di pulau pinang. Mama ajak abah ke queensbay dulu, mama ingin ke kedai buku "BORDERS" untuk menghadiahkan muhammad buku di atas usaha dia mengulangkaji pelajaran sebelum peperiksaan tempoh hari. Kali ini mama ingin rewards usaha muhammad. Muhammad memilih buku "magic" walaupun mama kurang berkenan dengan buku tersebut. muhammad ni memang kurang berminat membaca buku. jika ke kedai buku, yang dicarinya bukan buku, tetapi mainan terutamanya mainan yang perlu di "assemble". nak jadi engineer agaknya anak mama sorang ni. muaz teruja dengan buku yang ada bunyian. luqman tiada perasaan sangat, dia rambang mata melihat banyak buku2 warna warni. untuk luqman dan muaz mama yang pilihkan walaupun mahal mama puas hati. luqman dan muaz enjoy melakukan aktiviti interaktif di dalam buku tersebut, coloring, writing, games, mazes, puzzles, tangrams etc. mama sukakan BORDERS ni sebab banyak pilihan buku untuk kanak2 kecil. abah pening sebab banyak sangat bukunya. sehingga december 2008, pembelian buku di BORDERS menggunakan citibank credit card akan mendapat 15% diskaun. Ini yang menariknya.
buku2 belian mama pada luqman dan muaz
di open house uncle yusuf
Ahad kami mendapat 4 jemputan, kenduri kahwin anak jiran, open house soto untie rin dan kenduri akikah anak kawan abah pada tengaharinya. kelihatan muhammad seperti tidak sihat. Balik dari 3 kenduri tersebut muhammad mula muntah2 dan cirit. luqman dan muaz sudah sihat ketika ini. malamnya jiran kami pakcik non menjemput makan dirumahnya. ketika ini mama dan abah pun sudah merasa lain macam. isnin hari mama mendobi cadar2 selimut dan tilam akibat muntahan anak2 mama. penatnya mama. abah kata dia dah fobia dengan open house. bukan salah makanan yang dihidang, salah kita sebab makan berlebihan, hehe....
3 comments:
halamak.. mcm org jaga badan la plak.. mkn byk je muntah or keluarkan balik.. ce jd mcm mak lang n syaza.. makan byk2 pun rilek jee.. sumer simpan.. tu yg comei..haha..
tp..petua p umah terbuka.. utk thn2 akan datang la sbb raya dah habis utk thn ni..hehe.. minuman dikurangkan.. makan semua makanan yg dihidang.. sbb nak rasa semua.. TETAPI..mkn skit2 je la.. baru bley maintain walaupun dah byk rumah..hehe..
jauhnyee kak alhan kene pi kursus tu.
tuu dia... terlebih makan sampai muntah2. tp skrg ni mmg risau jugak nak mkn mknan dari cina. prof ina baru blk dari beijing, beli souvenir mknan dari cina pun sumer kat lab pakat tak berani nk mkn.
aaa tullah syima, rasa macam jaga badan. mana tak muntahnya akak, masuk bilik air membersihkan muntahan anak2 akak pun....akak dgn abg mirlah yg muntah2 n cirit sbb terlebih mkn. anak2 depa dr hr sabtu bukan sbb open housess tu. lg pun depa x mkn byk. hehe bestnye jd syaza n mak lang maintain cool n comel je.
tula pasal sbb keje kenalah berkorban tenaga n wang ringgit. mahal tau pengorbanan ni(nantilah akan diceritakan kenapa). akak mmg takut dah dgn food dr china. g kedai nak beli fruit cocktail dlm tin pun berhati2.
Post a Comment