sabtu dan ahad semalam, 14 dan 15 Jun 2008, kami ke Pendang Lake resort. fakulti mama menganjurkan hari Keluarga. Sabtu pagi mama bangun awal menyediakan kek coklat utk di bawa ke pendang dan menyiapkan beg. abg yong perli, mama ni tau buat kek coklat ja. kek lain tak reti ka? hehe.. tak reti.
Dalam perjalanan, adik muaz dan luqman asyik bertanyakan kita nak ke mana, hotel ka? Tak larat nak menjawabnya selagi tak sampai. Pukul 11 kami sampai di resort tu. Ok juga resort tu, mmg sesuai utk buat aktiviti sukan atau rekreasi. ada tasik di situ. boleh memancing. seronok jg tengok org memancing dan terus bakar ikan kat tepi tasik tu.
Kami check in dan terus berehat. mama paling pening kepala dalam bilik hotel ni. hero2 mama tak boleh duduk diam. asyik nak bergomol je. kejap lompat naik katil, kejap terjun ke bawah. pening kepala dibuatnya.
Pukul 2 baru program in-door games dan our-door games bermula. Luqman dan muhammad tak sabar nak masuk pertandingan. Tak ramai sgt keluarga FKE, ramai yg masih bujang. oleh itu kesemua acara , luqman n muhammad masuk dan jadinya kebanyyakan acara depa menang. pertandingan pertama tiup belon sampai pecah. muhammad dpt juara n luqman no 3 rasanya. sian kat adik muaz. dia tiup tak besar2. last2 dia pi kat abah kata nak belon lain, belon dia byk air, hehe.. dia pi tiup air liur rupanya masuk dlm belon.
banyak juga acara luqman n mudammad masuk, makan buah tembikai, cari gula2 etc. adik muaz slow sikit, dia hanya menang satu acara shj. Hari ahad tu dia tak mahu main dah. Ahad tu hanya sukaneka utk org dewasa. luqman tension. dia dah ready bgn awal pagi ingat nak menyertai pertandingan lg dia kata. ada satu acara tu utk suami isteri, suami kena tutup mata dan mencari isteri. waktu tu abah tak ada, tgh rehat kat bilik. bila pakcik pais ni tanya(pd pasangan suami isteri) siapa volunteer nak masuk acara tu, luqman terus jerit, " luqman nak masuk, nak jadi suami mama!!!" . sabar jelah luqman ni. at last ada satu acara dewasa ni, untie lily ni ajaklah luqman join jg since dia punye beriya nak masuk pertandingan jg.
Luqman dan untie lily
Masa games2 ni, luqman asyik berlawan cakap dengan sorang budak perempuan ni, namanya Yasmin. Mereka berdua sebaya. Ahad tu tiga hero bangun awal, bila kami dah habis breakfast, kami tunggu di dewan tu sementara semua hadir utk program sukaneka pula ahad tu. Ketika nampak mama yasmin datang, luqman tanya "yasmin tak bangun tidoq lagi ka?". Lepas tu kawan2 mama tanya, yasmin tu siapa. Selamba luqman menjawab: yasmin , budak yang suka cakap berlagak tu. walhal dia pun 2x5 je. Masa sesi last bergambar beramai2 tu, luqman dok sebelah yasmin, tetiba dia cubit pipi yasmin, punyelah yasmin tension, terus cubit balik pipi dia. nakal sungguh anak mama sorang ni.
luqman tgh berkonfrantasi dengan yasmin(baju n seluar pink)
sebelum balik, acara penyampaian hadiah. luqman n muhammad byk menang acara. Petang kami balik ke alor setar. weekend depan tok akan ke rusia, kami tak dapat nak hantar tok, jadi kami balik terus ahad semalam jumpa tok dan mengucapkan selamat jalan dan bercuti pd tok.