Sunday, June 14, 2009

cuti sekolah

3 hero di kenduri tok teh, sg buluh, 7 jun 2009

Jun berlalu begitu pastas. cuti persekolah sudah berakhir. Kesian juga mama pada 3 hero tidak berkesempatan membawa mereka berjalan2. Nanti ya, biar mama dapat bernafas sikit dari phd mama ni. Awal jun muhammad ke KL seminggu. Kemudian mama dan yang lain menuruti ke KL untuk kenduri mak lang zawani, anak tok teh di sg buloh. Byk betul kenduri kahwin cuti sekolah baru2 ni. maafkan mama di atas jemputan rakan2 mama yg tidak dapat mama penuhi.

Team pulau pinang(kuning) dan Team kedah(biru)

Hujung minggu semalam pula kami ke alor setar. Luqman ada perlawanan bolasepak persahabatan diantara pasukan PASTI negeri pulau pinang vs kedah. Alhamdulillah team luqman memenangi perlawanan 2-1. Kelihatan ibubapa diluar padang yang sgt teruja melihat anak2 kecil ini bermain. kedengaran jeritan ibubapa dan couch memberi arahan pada anak2 ini. Insya-ALLAH 20 jun ini luqman bersama team pulau pinangnya akan turut serta didalam perlawanan bolasepak keseluruhan di selangor. Kelakar juga bila memikirkannya. namun bagus juga aktiviti sukan yang dianjurkan PASTI ini.
Baby anas dipangkuan tok
Kesempatan di alor setar kami penuhi juga dengan menziarahi cahayamata pertama pak njang faiz, muhammad anas. 3 hero teruja melihat baby....mama risau dibuatnya. 3 hero mama mana boleh duduk diam. habis anggota badan baby disemaki, kaki tangan kepala licinnya......"kami ada body(sambil menunjukkan muscle di lengan kurusnya), anas x dak body", kata adik muaz :). "Kami nak tengok mata anas. awat dia tak buka mata". "baby ni umur dia 0 tahun ka mak njang" tanya luqman. Begitulah 3 hero mama yang asyik bercakap tak kira di mana.

mama bawa 3 hero menikmati lunch buffet di hotel uitm, 10 jun 2009

Tuesday, May 26, 2009

baitul muslim

ALhamdulillah minggu ini mama terasa "release" sebab 3 hero dah selesai ujian pertengahan tahun mereka. Hehe...macam mama yang nak sit examnya. Penat betui minggu lepas, siangnya mama belajar malamnya mama mengajar. Memang sepanjang mama belajar phd ni, hanya siang sj masa mama peruntukan untuk phd mama. malamnya masa mama bersama 3 hero. Hmm benarlah kebuntuan dan kepenatan ibubapa masakini dengan anak2.mama ingat mama sj yg merasakan kepenatan ini. Hari ini mama membaca artikel dari ustaz hasrizal, benar yg dinyatakannya, itulah dilema yg mama rasa tentang silibus disekolah masa kini. menitis airmata mama membacanya. maafkan mama.... muhammad, luqman dan muaz.

Alhamdulillah hujung minggu semalam kami berkesempatan menghadiri kuliah maghrib(Baitul muslim, cabaran ibubapa masa kini) oleh ustaz hasrizal jamil( ustaz cinta) yg memiliki blog saifulislam.com di surau Al Mutaqqin, bertam. Ini pertama kali mama mendengar live kuliah dari ustaz ini . sebelum ini mama suka ikuti penulisannya di blog, majalah dan bukunya. Sememangnya ustaz hasrizal kaya dengan pengalaman berharga. antara yang mama ingat dari ceramahnya, katanya sebelum tidur, bacakanlah atau ceritakanlah apa2 sahaja cerita pada anak2. Dengan bercerita anak tidur dlm keadaan tenang, tidak depressed. Pagi esoknya, Insya-ALLAH anak2 akan mudah bangun. Berkongsilah atau ambil tahu kesukaan anak2 seperti tanyalah pada anak2 : Apa khabar wonderpet hari ni? lampu power rangers kelip2 warna apa? Banyak lagi penceritaan pengalaman dari beliau, cerita pengalaman dan pelajaran berharga berhadapan dengan 2 org anak datin yang telah di dramakan( cinta sempurna, akan disiarkan pd bulan ramadan nanti). Benarlah kata rasulullah SAW:

“Tiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya-kejadian yang suci dan ibu bapanya lah yang menjadikan Yahudi atau menjadikannya Kristian ataupun menjadikannya Majusi”

ALLAH SWT berfirman ‘Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu” (At Tahrim : 6)

Moga kita semua dapat memelihara diri dan keluarga kita dari azab api neraka.
selesai ceramah, 3 hero dibelanjakan ais krim. bulatnya luqman sebulat ais krim didepannya..

Thursday, May 21, 2009

masbuq

Sekarang ni mama tengah melatih muaz dan luqman bersolat 5 kali sehari. Tiap kali masuk waktu solat mama masih perlu mengingatkan dan mengajak mereka untuk bersolat bersama2 abah, mama atau abang muhammad. Luqman agak pantas responsenya apabila di suruh berbanding muaz yang selalu ek ok ek ok(macam liat ja). Muhammad pula suka benor menjadi tukang report ketidaksempurnaan solat adik2nya. Ada2 saja reportnya, adiknya solat bercakaplah, adiknya solat tak cukup rakaat la, adiknya solat lajulah etc etc.
Semalam semasa solat isya, mama ajak luqman dan muaz solat sekali. Luqman kata nak jadi imam, mama biarkan luqman di sejadah hadapan menjadi imam. mama dibelakang mengikut(niat tak ikutla imam kecik tu:)). muaz yang ek ok ek ok tu datang kemudian, kelihatan muaz terus laju rakaat pertamanya dan kemudian terus berada bersama2 mama n luqman di rakaat kedua. dan akhirnya muaz selesai solat bersama2 kami. Imam Luqman terus mereport mengatakan muaz solat tak cukup rakaat. muaz menjawab cukup. Pagi tadi pula,luqman solat berimamkan muhammad. Ketika dia masuk berimam, muhammad sudah masuk ke rakaat kedua, luqman terus meniru seperti apa yang muaz lakukan malam tadi dan akhirnya dia selesai 2 rakaat bersama2 imam muhammad. Adusss kedua hero mama ni, lersalah konsep masbuq rupanya. BTW, Buku karangan ustaz zaharuddin, Formula solat sempurna amat bagus untuk panduan kita.

Monday, May 11, 2009

sakit mata

Luqman sakit mata. Ceritanya, mulanya sepupu luqman, aliah dan nurul di jangkiti sakit mata, kemudian mereka dijaga oleh tok. kemudian tok dan wan pula dijangkiti sakit mata dan akhirnya luqman yang dijaga tok sepeninggalan mama menunaikan umrah jua dijangkiti sakit mata. Virus infection kata doktor. Sekarang mama dan abah jenuh menjaga 3 hero. Setiap sentuhan jenuh suruh depa basuh tangan. Satu lagi depa suka bergomol. Jenuh mama "increase"kan volume menghalang mereka dari gomolan. sudah seminggu luqman tidak ke sekolah. Minggu ini pun nampak gayanya ponteng lagi.
Sakit demam dari ALLAH. ALLAH yang mendatangkan penyakit dan padaNYA jua kita memohon kesembuhan. Moga luqman segera sembuh. Dalam kesakitan mata pun, luqman aktif. Sabtu semalam kami menghadiri Hari Keluarga JIM di mengkuang dam. Luqman, muhammad dan abah menjuarai acara walkathon yang diadakan. Ada satu acara tu, acara membawa bola di celah kaki, comel je mama lihat luqman melompat2 mengepit bola. Lepas dari tu kelihatan peserta2 seterusnya mengikuti teknik luqman membawa bola. hehe...
Sedikit perkongsian dari tazkirah Dr Danial Zainal Abidin, pendakwah dan pakar motivasi terkenal semasa hari keluarga tersebut, Dr Danial menyatakan keperluan kita menyertai atau terlibat dengan kerja dakwah. Satu kerja yang sangat mulia. tugas amar makruf nahi munkar ini sangat mulia. Dalam apa jua posisi kita, ambillah peluang untuk terlibat dalam tugas mulia ini. Satu lagi mama tersentuh apabila Dr Danial menceritakan perihal Rasulullah SAW, umur 40 tahun dilantik sbg rasul, 13 tahun berada di mekah, kemudian baginda SAW berhijrah ke madinah, maknanya ketika itu umur baginda SAW 53. 2 tahun kemudian perang pertama di dalam Islam berlaku, ketika itu pastinya umur baginda SAW 55 tahun. Lihatlah betapa mulia dan bersemangatnya Rasul SAW kita berkorban utk Islam. Ketika usia lanjutnya, 55 tahun baginda SAW terjun ke medan peperangan. Kita di sini Dr Danial kata, umur 55 nak pencen dah, nak rehat rehat dan rehat. huhu... nampaknya kena berfikirlah apa plan selepas pencen, moga kita aktif mencurahkan bakti untuk Islam.

Tuesday, May 5, 2009

doalah secara spesifiknya

Didalam apa jua yang kita lakukan, senantiasalah berdoa. Di dalam berdoa pula, nyatakanlah secara spesifik kepada ALLAH apa yang ingin kita pohoni. Semalam mama sudah seperti ingin memarahi muhammad. Isnin petang, dia secara sengaja memonteng kelas tutionnya. Semalam pula, setelah ditunggu beberapa ketika, van tidak datang. Kemudian sekitar 530 ayah(suami kpd pengasuh) menawarkan ingin menghantarkan muhammad ke kelas tution. Namun muhammad memberikan alasan sudah terlewat. kelas tambahannya bermula 515 sehingga 645. Mama bergegas pulang dari Usm sekitar 515, ketika solat asar mama memanjatkan doa agar ALLAH memudahkan perjalanan pulang mama, jambatan tidak jam. ALhamdulillah sekitar 545 mama sudah tiba di rumah pengasuh. mama "berleter" pada muhammad. Janganlah hanya lewat sekitar 15 minit sudah tidak mahu ke tution. Kita kalau ikhlas cintakan ilmu, macam mana pun kita akan berusaha mencarinya. lewat 15 minit, kalau tak dapat 100% apa yang guru sampaikan, 50% pun sudah amat bermakna ilmu itu. kita cintakan ilmu, ilmu pun suka pada kita, disitulah keberkatannya. kemudian mama tanya apa doa muhammad di mekah tempoh hari. Dia menyatakan dia mendoakan untuk mendapat tempat 1 di dalam kelas di setiap ujian yang ditempuhinya. mama menambah mohon juga pada ALLAH minta dijauhi dari perasaan malas belajar, mohon agar diberi perasaan cinta pada ilmu, diberi rasa hormat pada guru. Dan mama kata berdoalah secara spesifiknya. akhirnya setelah mendengar lecture mama, muhammad bersedia untuk ke kelas tution walaupun lewat dengan syarat mama menurutinya ke kelas dan memberitahu guru akan sebab kelewatannya, 615 baru tiba. 645 setelah tamat tution, muhammad tersenyum memberitahu mama, betullah mama, walaupun hanya 1/2 jam belajar, muhammad dapat siapkan kerja tution juga macam orang lain, muhammad dapat 100% jugakan. Insya-ALLAH. Alhamdulillah ujian baru2 ini, muhammad mendapat tempat 1. ALLAH makbuli permintaannya. ALLAH Maha Mendengar.

Sunday, April 26, 2009

Aku sahut panggilanMU

Alhamdulillah semalam mama selamat tiba di pulau pinang. Mama terus ke stadium kepala batas menyaksikan luqman bermain bola peringkat negeri. Alhamdulillah walaupun kali ini pasukan luqman tidak berjaya ke peringkat akhir, namun luqman terpilih sebagai penjaring terbanyak. Insya-ALLAH luqman akan mewakili PASTI diperingkat negeri pulau pinang untuk perlawanan peringkat seterusnya. Katanya bulan mei atau jun nanti ada pertandingannya di Selangor. Luqman comel sudah gelap sekarang dek berpanasan main bola. pagi tadi mama sapukan lotion untuk gebukan semula hero mama tu, hehe...
mama ingin berkongsi cerita pengalaman umrah mama...
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Mama amat bersyukur di atas jemputan yang sangat istimewa dari ALLAH kali ini. ALLAH MAHA MENDENGAR, ALLAH MAHA PENYAYANG., ALLAH MAHA BERKUASA atas segala2nya. Rintihan kerinduan yang mama panjatkan di penghujung malam akhirnya ALLAH makbulkan. Mama sangat sangat sangat bersyukur di atas jemputan ini. Terima kasih, Ya ALLAH. Aku sahut panggilan-MU YA ALLAH...
'Labbaika Allahu malabbaik, labbaika la syarikala kala baik, Innal hamda walni'mata laka walmulk la syarikalakalak'
Aku sahut panggilanMu ya Allah!Aku sahut panggilanMu, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah Aku sahut panggilanMu!Segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu ya Allah!Tiada sekutu bagiMu.

15 APril 2009 -mama beserta, muhammad, tok ayah dan opah menaiki penerbangan pakistan Airlines(PIA) menuju ke madinah dan mekah. Kami transit di islamabad untuk seketika dan kemudian menuju ke Jeddah. Alhamdulillah penerbangan ok, walaupun di awal perancangan apabila tok ayah menyatakan kami akan menaiki PIA, hati mama dan opah gundah juga, banyak cerita tak sedap didengari. Doa mama agar kami selamat tiba di 2 kota suci itu. Kami tiba di jeddah sekitar jam 12 malam. Kemudian kami menaiki coaster menuju ke madinah. Alhamdulillah sekitar 7 pagi kami tiba di kota suci madinah. Masuk sahaja ke bandar madinah, mata liar mencari kubah masjid nabawi. tidak sabar rasanya hati ingin menziarahi makam kekasih ALLAH , muhammad SAW dan sahabat2 baginda di situ. Tidak sabar ingin sujud di raudhah. Hati mama selalu sayu bila mengingatkan akan jemputan ALLAH ini. Alhamdulillah. Kami menginap di Riyadh Muhajirin hotel. hotel ini berada dekat dengan perkuburan Baqi. Di sinilah jasad isteri2 rasululullah SAW di semadikan, kecuali siti khadijah dan ramai lagi sahabat baginda SAW. Setelah mengangkat barang dan memasuki bilik hotel, kami berehat seketika sebelum bersiap meuju ke masjid untuk solat zohor. Cuaca agak terik. Melalui dataran masjid, mata seperti tidak boleh dibuka. pantulan cahaya dari marmar putih menyebabkan mata tidak dapat dibuka. Inilah ujian kami menuju ke masjid. Kami tidak pula membawa kacamata hitam. Jadi bersabarlah untuk seketika sebelum dapat memasuki masjid.

Bandar madinah, kelihatan kubah masjid nabawi


Nabi bersabda," Sembahyang di masjidku ini lebih utama daripada sembahyang seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram".

Hari pertama selepas solat zohor di masjid, mama dan opah cuba untuk memasuki raudhah, ramai betul jemaah. Opah takut melihatkan orang yang ramai, opah ajak mama balik dahulu. Bagi jemaah wanita, untuk memasuki raudhah ada waktu tertentu. kebiasaannya slps zohor, selepas subuh dan selepas isya. untuk ke raudhah jemaah wanita dikumpulkan mengikut group negara, indonesia+malaysia, pakistan+india, turki, etc etc. mama perhatikan dari masa pergi haji dahlu pun ,group indonesia+msia selalunya mendapat giliran terakhir memasuki raudhah. ini mungkin kerana tahap kesabaran kita lebih tinggi, Alhamdulillah. Memang untuk memasuki raudhah menuntut kesabaran yang sangat tinggi. purata menunggu lebih kurang 1- 2 jam atau lebih. Balik ke hotel kami diberitakan bahawa keesokkannya kami perlu berangkat ke mekah kerana masalah penginapan. Akhirnya malam itu juga selepas isya, mama menuju semula ke masjid bersama beberapa rakan untuk menuju ke raudah. opah keletihan, opah tidak ikut serta. Di dalam hati teringat akan hadis dari rasul SAW riwayat imam bukhari " Adalah diantara rumahku dan mimbarku terdapat satu taman daripada taman-taman syurga" . Alhamdulillah hampir 1 jam menunggu mama dan rakan berjaya memasuki raudhah. Alhamdulillah mama dapat solat 2 rakaat di raudah dan berdoa. kemudian sebelum melintas keluar dari kawasan itu ALLAH rezekikan lagi satu ruang untuk mama solat. mama terus sujud lagi solat dan berdoa lagi. ALhamdulillah terima kasih ALLAH di atas kesempatan ini. Sayu meninggalkan raudhah. Alhamdulillah muhammad dan tok ayahnya jua berkesempatan beberapa kali solat di raudhah. Jemaah lelaki raudah terbuka 24 jam untuk mereka. Tepat jam 12 malam kami tiba di hotel. jam 3 pagi sudah bangun untuk ke masjid. subuh jam 439 am.


16April - pagi mama dan muhammad mengikuti rombongan menziarahi tempat2 bersejarah di madinah. Alhamdulillah muhammad nampak bersemangat membaca buku sejarah madinah yang mama bawakan(karangan Abdul basit rasanya). Destinasi pertama masjid Quba, masjid yang dibina atas dasar taqwa seperti di sebut di dalam ayat 108-109 surah AtTaubah. Muhammad bertanyakan mama, muhammad dapat 2 umrah dahkan mama sebab solat 2x(tahiyattulmasjid dan dhuha) di masjid Quba. Tersenyum mama. kita serahkan pada ALLAH.


Muhammad di depan masjid Quba

Sabda Nabi : Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)

Di depan perkuburan syuhada dekat jabal uhud

Kemudian kami ke ladang kurma,melawat jabal uhud, jabal rhumah dan perkuburan para tentera islam yang syahid, saidina hamzah RA, masjid qiblatain dan beberapa tempat lagi. Mama tenang melihat muhammad kusyuk membaca buku sejarah madinah sambil bertanyakan mama dan mutawwif akan cerita2 di sebalik tempat2 yang di ziarahi. Moga muhammad dapat menghayati pengorbanan Rasul SAW tercinta dan sahabat2 baginda untuk Islam. Besar sungguh nikmat Islam ini. Alhamdulillah. Kami bergegas ke masjid untuk solat jumaat selesai ziarah. Alhamdulillah mama dan opah dapat memasuki masjid. sementara menunggu azan untuk solat jumaat, mama membaca AlQuran. kemudian ada sister(dari egypt) di sebelah mama mohon izin inginkan air zam2 dari botol mama. mama izinkan. kemudian dia mengucapkan syukran pada mama. dan sister tersebut berkata lebih kurang bunyinya" Iqra jamil" . mama rasa dia memuji bacaan mama. mama menjawab di dalam bahasa Inggeris, waaupun bacaan mama cantik, namun mama sedih kerana mama tidak dapat memahami sepenuhnya ayat2 Al-Quran ini. Mama bertambah terharu apabila sister tersebut terus menadah tangan di depan mama mendoakan untuk mama. Mama harap doanya agar satu hari nanti mama dapat memahami ayat ALLAH sepenuhnya. Seterusnya sister tersebut membantu mama translatekan satu persatu ayat dari AL-Qurannya. Ketika khutbah pun sister ini membantu mama memahamkan khutbah yg disampaikan di dalam bahasa arab. Alhamdulillah di atas kesempatan mengenali sister ini buat seketika. Selepas solat jumaat kami berangkat ke mekah. Muhammad teruja memakai ihram buat pertama kali. Kami singgah di masjid bir ali untuk solat sunat ihram dan berniat umrah di situ. Tepat jam 9 malam kami tiba di kota suci mekah. Alhamdulillah hotel kami, Safoa Taamyiz tidak jauh dari masjidilharam. Selepas mengangkat barang kami bergegas ke masjid untuk menyempurnakan umrah. mama risau melihatkan muhammad yang kejap2 mengaru kepala. takut tertanggal rambut kena dam. muhammad ketika itu tengah menghidapi campak. banyak campak tgh keluar. badannya tidak selasa dan terasa gatal. Muhammad tanyakan pada mama kenapa orang menangis melihatkan kaabah. Memang begitu muhammad, kita bila memahami akan hakikat hamba yang merasa hina dan banyaknya dosa akan pasti mengalirkan airmata tatkala melihatkan kaabah. Hati jua sayu mengenangkan jemputan ini.


Muhammad menatap kaabah

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
“pada ka’abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat ka’abah”

muhammad selesai umrah, berjalan turun menuruni bukit marwah

muhammad tengah berdoa di depan kaabah

Di rumah sepupu abah, haji shafie

Kedatangan mama kali ini, mama berhajat untuk memperbanyakkan tawaf sunat di samping mama mengerjakan umrah. mama dambakan redha ALLAH. Ibadat ini sungguh istimewa. Hanya dapat dilakukan di mekah. Alhamdulillah walaupun cuaca terik di mekah(katanya 45 C), mama dapat menyempurnakan tawaf sunat. Kebiasaannya setiap hari sebelum zohor mama cuba ke masjid awal, terus melakukan tawaf sunat, kemudian balik makan t/hari , selepas asar mama tawaf sunat lagi, dan selepas isya jika sempat lagi dan sebelum subuh. Tiap kali ke masjid pasti di hati memanjatkan doa pada ALLAH agar diberi kesihatan badan, fikiran, kekuatan kaki untuk beribadat padanya. Tatkala bertawaf di tengah matahari terik, doa dipanjatkan agar panas ini tidak menjadi penghalang untuk mama mencari redha ALLAH ini. Memang peluh mengalir membasahi leher dan badan. Moga peluh2 ini nanti menjadi saksi akan apa yg mama lakukan hanya kerana MU , Ya ALLAH. Begitulah rutin mama setiap hari sepanjang di mekah. Alhamdulillah tok ayah dan opah jua sihat di mekah dan madinah dan dapat memperbanyakkan ibadat di masjid nabawi dan masjidil haram. Alhamdulillah mama berkesempatan memasuki hijir ismail untuk solat sunat dan berdoa di situ dengan tenangnya. Mama jua berkesempatan mendekati dan menyentuh hajarulaswad. Namun mama rasa kesempatan itu banyak pengajaran yang ingin ALLAH sampaikan pada mama. Hari tu selepas tawaf sunat selepas solat asar mama ingin sekali menghampiri hajarulaswad. mama membiarkan diri ditolak sehingga hampir ke batu syurga itu. Hati berasa takut dan gentar. ketika ditolak tersebut diperlihatkan ALLAH pada mama, seorang hambaNYA terjatuh dan dipijak. ketika itu hati mama rasa nak keluar dari tolakan itu. Ngeri melihatnya. Namun mama sudah tidak boleh keluar lagi. di depan mama ketika itu 2 orang perempuan tertarik tudung kepalanya sehingga menampakkan keseluruhan kepalanya/auratnya. mama rasa sedih lagi. Di dalam hati mama berkata, Jika rasulullah SAW melihat umatnya ketika ini, pasti baginda SAW sedih....Sesungguhnya pengalaman ini banyak memberi pengajaran pada mama. Berdosakah mama membiarkan diri di dalam bahaya sebentar tadi....Moga ALLAH mengampuni mama. mama dambakan redhaNYA dalam apa jua yg mama lakukan.

di depan jabal thur

muhammad melepaskan gian naik unta di jabal rahmah, Arafah

Hari ketiga di mekah kami menziarahi tempat bersejarah di mekah. Kami melawat arafah, muzdalifah, mina, jabal nur(terdapatnya gua hira), jabal thur(tempat persembunyian rasulullah saw semasa penghijrahan ke madinah), dan akhirnya kami ke masjid Jiranah untuk solat sunat ihram, berniat di situ dan kemudian balik menyempurnakan umrah. Rata2 jemaah menyatakan penat dan begitu terasa pedih dan sakitnya kaki ketika saie. ada yg mengatakan terasa jauhnya saie 7x dari bukit safa ke bukit marwah. Ya mama mengakuinya. Muhammad kata, "Rasa macam nak reput kaki saie". Cepat2 mama memarahinya, mulut kena di jaga di tanah suci. Mencabar juga ingin memahamkan muhammad akan ibadat umrah ini. banyak nak kena diceritakan padanya. apa pengajaran apa hikmah di sebalik perintah ALLAH ini. Justeru itu mama doakan dan menyeru pada semua jika sudah mencukupi syarat 5 wajib(Islam, baligh, berakal,merdeka, berkuasa/mampu) haji dan umrah itu, bersegeralah menyahut panggilan ALLAH ini. Ibadah ini begitu menuntut tuntutan fizikal dan rohani kita. Mama rasa kebanyakan kita syarat ke5 itu yang menangguhkan kita. Fahamilah makna mampu itu. Bersegeralah tatkala tuntutan fizikal masih sihat, bersegeralah menimba ilmu tentang ibadah ini agar kita melakukannya dengan ilmu, memahami hakikat ibadahnya, memahami pengajarannya. Ibadat haji dan umrah ini sungguh istimewa.

surah ali-'Imran ayat 97, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dan umrah dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.
Banyak ganjarannya dari ibadat ini...

Rasulullah SAW dengan sabdanya: "Tidak ada ganjaran bagi ibadat haji yang mabrur kecuali syurga".

Ada hadits shahih yang diriwayatkan oleh Tirmidzi yang berbunyi :

"Barang siapa yang akhirat menjadi harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup didalam hatinya serta mempersatukan (mempermudah –pentj.) urusannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan patuh dan hina. Tetapi siapa yang dunia menjadi harapannya, Allah akan menjadikan kefakiran berada didepan matanya serta mencerai beraikan urusannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali sekadar apa yang telah ditetapkan baginya".



hari terakhir kami di mekah, ramai sungguh jemaah tengah tawaf

23 April- Kami melakukan tawaf wada dan meninggalkan mekah Al Mukarramah ketika matahari terik di atas kepala. Sayu melakukan tawaf wada 7 pusingan, mata seakan tidak mahu lepas dari melihat kaabah. Airmata kesyukuran, kesedihan memang tidak dapat tertahan lagi. mama katakan pada muhammad di kesempatan tawaf wada ini, mohonlah pada ALLAH, ampunkan segala dosa, makbulkan segala doa, jemput lagi ke sini, Mohon jika ini jemputan terakhir, mohon dianugerahi syurga.

24 April - Kami berada di Karachi. Transit hampir satu hari. Suspen mama ketika tiba di airport hotel. Di pakistan kena berhati2 kerana ramai orang suka minta tips, hatta pekerja hotel. Mama tanyakan di mana dining hall pun kena bagi tips. last2 mama tutup pintu bilik hotel duduk diam2. Lepas zohor, mama, opah dan tok ayah berjalan2 ke bandar karachi. Kami di bawa melawat hill park, father of pakistan, Big Mosque dan tempat shopping. Akhir sekali di bawa ke Best beriyani in karachi. HMMM mest sedap sangat beriyaninya.

ramainya jemaah berjalan pulang dari masjidil haram

Kami di Hill park, karachi

25 April-Tiba di Malaysia, Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Sunday, April 19, 2009

Luqman lawan bola

Hari sabtu kelmarin, 18 April, Luqman mewakili tadika dia (PASTI Permatang Pasir) dalam pertandingan bola sepak. Beberapa minggu kebelakangan memang dia dok pi training petang-petang kat sebuah padang kecil di kawasan kampung berhampiran. Minggu lepas dia kena demam campak, dan mama dia pula pi umrah, so dia dok la dengan tok kesayangan dia. Petang rabu tu, coach luqman mai cari dia di rumah, kebetulan abg amir baru balik kerja. Coach dia punya risau sebab luqman tak datang training. Tak sangka pulak abg amir, dia pakai jersi no 10, kira macam ayam tambatan jugakla dan sebagai kapten pasukan. Nak tergelak pun ada bila fikirkan apa kriteria yang melayakkan dia jadi kapten. Dia dan dua orang lagi kawan dia jadi striker untuk pasukan mereka.

di depan pintu gol lawan

Pada game yang pertama, pasukan mereka agak kurang menyerlah, team mereka cuma seri 1 sama, luqman pun seperti baru bangun tidur, banyak terpinga2. In fact dia selalu terpinga2 bila dijatuhkan oleh pihak lawan. rasanya sebab, selalunya kalau dia di tolak orang, dia akan marah orang tu. Tapi masa main bola tak sempat nak buat semua tu, so dia hanya sempat tengok orang tu ja. Jenuh abg amir jerit kat dia suruh pi kejar bola balik. perlawanan seterusnya baru dia nampak menyerlah, ada kawan dia yang seorang lagi, bernama amir, merupakan penyerang terbaik mereka, luqman kira yang kedua, dan luqman perjaring kedua terbanyak untuk pasukan mereka. Mereka menang kesemua perlawanan yang lain dan jadi juara untuk kawasan permatang pauh.

gambar bersama jurulatih dan guru-guru

sungguh bergaya luqman setiap kali berjaya menjaringkan gol, dia mesti lari ke tengah padang sambil mendepakan tangan, ala-ala macam footballer selalu buat tu. tinggal dia tak serkup baju atas kepala ja. abg amir senantiasa kena jerit kat dia macam beri arahan supaya dia tak selalu terpinga-pinga. Tapi kredit kena bagi kat coach dia yang berjaya melatih pasukan luqman hingga berjaya jadi juara kawasan. Rupanya sekolah dia dah empat tahun jadi juara dibawah bimbingan coach ni. AlhamduliLlah kejayaan pasukan luqman ni mungkin juga berkat doa mama dia di BaituLlah, yang mengikuti perlawanan bola melalui sms dan telepon. Terutamanya ketika perlawanan final, mereka seri 0 - 0 dan sepakan penalti menentukan menang kalah. luqman mengambil sepakan yang kedua, sepakan dia berjaya ditampan oleh penjaga gol namun, bola tu terlepas dan melantun-lantun masuk gol, biasanya bola akan melantun keluar selepas di tampan oleh golly. InsyaAllah minggu depan pasukan dia akan lawan di peringkat negeri pulau pinang.