Jun berlalu begitu pastas. cuti persekolah sudah berakhir. Kesian juga mama pada 3 hero tidak berkesempatan membawa mereka berjalan2. Nanti ya, biar mama dapat bernafas sikit dari phd mama ni. Awal jun muhammad ke KL seminggu. Kemudian mama dan yang lain menuruti ke KL untuk kenduri mak lang zawani, anak tok teh di sg buloh. Byk betul kenduri kahwin cuti sekolah baru2 ni. maafkan mama di atas jemputan rakan2 mama yg tidak dapat mama penuhi.
Team pulau pinang(kuning) dan Team kedah(biru)
Hujung minggu semalam pula kami ke alor setar. Luqman ada perlawanan bolasepak persahabatan diantara pasukan PASTI negeri pulau pinang vs kedah. Alhamdulillah team luqman memenangi perlawanan 2-1. Kelihatan ibubapa diluar padang yang sgt teruja melihat anak2 kecil ini bermain. kedengaran jeritan ibubapa dan couch memberi arahan pada anak2 ini. Insya-ALLAH 20 jun ini luqman bersama team pulau pinangnya akan turut serta didalam perlawanan bolasepak keseluruhan di selangor. Kelakar juga bila memikirkannya. namun bagus juga aktiviti sukan yang dianjurkan PASTI ini.
Baby anas dipangkuan tok
Kesempatan di alor setar kami penuhi juga dengan menziarahi cahayamata pertama pak njang faiz, muhammad anas. 3 hero teruja melihat baby....mama risau dibuatnya. 3 hero mama mana boleh duduk diam. habis anggota badan baby disemaki, kaki tangan kepala licinnya......"kami ada body(sambil menunjukkan muscle di lengan kurusnya), anas x dak body", kata adik muaz :). "Kami nak tengok mata anas. awat dia tak buka mata". "baby ni umur dia 0 tahun ka mak njang" tanya luqman. Begitulah 3 hero mama yang asyik bercakap tak kira di mana.
mama bawa 3 hero menikmati lunch buffet di hotel uitm, 10 jun 2009
1 comment:
seronok bila 3 hero ni ada kat umah tokyah. syaza plg seronok. mula2 ngan abg mohamad.. asik ikut abg mohamad. pehtu ada luqman n muaz. abg muad.. hehe. dgn muaz.. nak main, nak main.. nak ngusik.. nak ngusik.. dok berebut brg ngan abg muaz.. tambah abg muaz yg manjalara.. mcm kene buli pulak ngan syaza..hehe..
tak sabar nak tgk luqman main bola nnt. tatau la sempat ke tak..hehe
Post a Comment