Sunday, April 19, 2009

Luqman lawan bola

Hari sabtu kelmarin, 18 April, Luqman mewakili tadika dia (PASTI Permatang Pasir) dalam pertandingan bola sepak. Beberapa minggu kebelakangan memang dia dok pi training petang-petang kat sebuah padang kecil di kawasan kampung berhampiran. Minggu lepas dia kena demam campak, dan mama dia pula pi umrah, so dia dok la dengan tok kesayangan dia. Petang rabu tu, coach luqman mai cari dia di rumah, kebetulan abg amir baru balik kerja. Coach dia punya risau sebab luqman tak datang training. Tak sangka pulak abg amir, dia pakai jersi no 10, kira macam ayam tambatan jugakla dan sebagai kapten pasukan. Nak tergelak pun ada bila fikirkan apa kriteria yang melayakkan dia jadi kapten. Dia dan dua orang lagi kawan dia jadi striker untuk pasukan mereka.

di depan pintu gol lawan

Pada game yang pertama, pasukan mereka agak kurang menyerlah, team mereka cuma seri 1 sama, luqman pun seperti baru bangun tidur, banyak terpinga2. In fact dia selalu terpinga2 bila dijatuhkan oleh pihak lawan. rasanya sebab, selalunya kalau dia di tolak orang, dia akan marah orang tu. Tapi masa main bola tak sempat nak buat semua tu, so dia hanya sempat tengok orang tu ja. Jenuh abg amir jerit kat dia suruh pi kejar bola balik. perlawanan seterusnya baru dia nampak menyerlah, ada kawan dia yang seorang lagi, bernama amir, merupakan penyerang terbaik mereka, luqman kira yang kedua, dan luqman perjaring kedua terbanyak untuk pasukan mereka. Mereka menang kesemua perlawanan yang lain dan jadi juara untuk kawasan permatang pauh.

gambar bersama jurulatih dan guru-guru

sungguh bergaya luqman setiap kali berjaya menjaringkan gol, dia mesti lari ke tengah padang sambil mendepakan tangan, ala-ala macam footballer selalu buat tu. tinggal dia tak serkup baju atas kepala ja. abg amir senantiasa kena jerit kat dia macam beri arahan supaya dia tak selalu terpinga-pinga. Tapi kredit kena bagi kat coach dia yang berjaya melatih pasukan luqman hingga berjaya jadi juara kawasan. Rupanya sekolah dia dah empat tahun jadi juara dibawah bimbingan coach ni. AlhamduliLlah kejayaan pasukan luqman ni mungkin juga berkat doa mama dia di BaituLlah, yang mengikuti perlawanan bola melalui sms dan telepon. Terutamanya ketika perlawanan final, mereka seri 0 - 0 dan sepakan penalti menentukan menang kalah. luqman mengambil sepakan yang kedua, sepakan dia berjaya ditampan oleh penjaga gol namun, bola tu terlepas dan melantun-lantun masuk gol, biasanya bola akan melantun keluar selepas di tampan oleh golly. InsyaAllah minggu depan pasukan dia akan lawan di peringkat negeri pulau pinang.

6 comments:

mama syaza said...

fuiyoo.. kagumnye maklang dgn abg man ni.. tp part kelakar bila dia nak akan terpinga2 bila jatuh. lawak plak.
credit jgk utk abahnye, jadi pompom la pulak or coach tak bergaji.
bola melantun tp masuk gol balik??!! ni mmg berkat doa mama dia ni..
anyway, good luck man!!

Unknown said...

alhamdulillah:)..tahniah luqman and the team dr mak njang ngn pak njang..dasyat jugak luqman main bola ye..xsia-sia selalu practice kat umah tuk bila blk kedah kan..berkat usaha sepasukan dan doa dr mama jugak tue di baitullah:)..
erm, mak njang rs mak njang dpt bayangkan jelingan luqman kat org yg tolak luqman..mesti muka luqman serius je masa tue..
apa2 pun, all the best tau for the state level..mak njang ngn pak njang doakan yg terbaik utk luqman and the team:)..ameen..

Amalina said...

itula, mak ngah ina pun kagum, dah baca citer luqman ni pagi tadi, tapi kagum sgt tatau n komen camne, ehehehe. Luqman cool. Diam2 ubi berisi. Mak ngah pun terbayang wajah luqman terpinga2 dgn mata bulat terbeliak dia, hehehe. Go luqman! muahs, congratulation kiss from mak ngah. semoga berjaya di nxt level. Bravo to abah, coach tk bertauliah, hehehe. Teringat kita main bola dgn abah kat laman kawasan rumah masa kecik2 :D. Oh ya, Afiqah kene demam campak start hari ni, jangkit dgn 3 hero kut.

abu muhammad said...

kesian Afiqah, get well soon insyaAllah. abg amir pun risau gak masa luqman main bola hari tu, campak dia tak hilang lagi. takut jangkit kat kawan2 dia pulak, nau'zubiLlah.

alhan said...

aik macam mana boleh jangkit sampai ke jepun tu? ALhamdulillah 3hero dah baik. tinggal parut sket. suspen sbl g umrah, 3 skali gus kena. Alhamdulillah la i 3 dah baik. luqman dah gelap dek main bola. Alhamdulillah semlm luqman lawan bola peringkat state wpun x dpt sampai ke final, luqman dapat piala penjaring terbanyak, hehe...Insya-ALLAH lepas ni dia wakil utk state pula. lawan di selangor katanya,Insya-ALLAH.

radzi said...

main kat selangor.. cayalah.. penyokong luqman ramai dah kat sini..hehe.. (maklang sima)