Monday, June 30, 2008

abg yong tumbuh jerawat

weekend semalam kami balik ke alor setar. menjenguk pak usu. kesian dia tinggal seorang sejak tok n wan ke rusia untuk konvokesyen mak ndak wani. Dalam perjalanan ke alor setar mama tegurlah abg yong:

mama: awat ada jerawat kat hidung tu? macam clown jadinya. ha tula abg yong mengatal ke?ke bergaduh dgn budak pompuan
abg yong: mana ada. tapikan mama, kat kelas tu cikgu letak muhammad sebelah anis wahida.
mama: amir(kwn muhammad) macam mana?
abg yong: dia lagilah mama, dok tengah, kiri kanan budak perempuan.
abah: mesti jerawat amir lg banyak!!
mama: :)
abg yong: tu kat muka abah awat ada jerawat jg ?
abah: mestilah abah tidur sebelah mama.

hehe... hairan abg yong apa kaitan jerawat dgn perempuan. lepas pd tu dia dok memerhatikan jerawat mini kat atas hidung dia tu kat cermin. abg yong ni conscious sikit ttg penampilan diri dia esp rambutnya. mesti ada style. dia nak rambut mcm abah dia, boleh sikat ke belakang. dia mmg tak mahu di gunting mcm botak. dia kata malu dan satu lg dia kata kalau botak peluh busuk. memandai je dia. berbeza dgn adik2 dia, luqman lagilah malas terus nak sikat rambut. muaz suka rambut botak sbb berangan nak jadi askar.
semlm mama berkesempatan mengurut badan dgn tok long ni. mama mmg suka mengurut dgn tok long ni. mak bidan profesional. abg yong pun kalut nak mengurut sama. Dia tunjuklah kat betis dia lebam. dia kata darah tak jalan elok. dia nak kena mengurut juga. sabar jelah hero sulung mama ni. ada sj justificationnya.

Thursday, June 26, 2008

mama chali chengee

pagi tadi mama ada mesyuarat jabatan. mama keluar awal pagi meninggalkan 3 hero dengan abah. ada beberapa benda mama rancang nak selesaikan hari ni. Semalam mama berjanji pada seorang pelajar mama ini mama akan telefon bapanya. Mama terlupa dalam kesibukan, kerja pejabat dan ptg semalam memberikan ceramah tentang pengalaman mama menjalani latihan industri. Terkejut malam tadi mama bermimpi menelefon bapa pelajar ini, :).Ingatan dari ALLAH tentang janji mama. Terus awal pagi tadi sampai pejabat mama telefon bapa pelajar ini, en razak namanya. En razak begitu mengambil berat akan anaknya. dia bertanyakan mama, adakah anaknya ada apa2 masalah sehingga menyebabkannya tidak dpt mencapai "3 pointer" dalam keputusan peperiksaannya. pelajar ini baru semester lepas mama mengajarnya, itupun makmal, dalam rekod dia tidak pernah ponteng. walaupun mama sbg penasihat akademik, pelajar ini hanya berjumpa mama semasa awal semester untuk urusan pendaftaran subjek. jadi mama tidak dpt nak memastikan apa masalah yg dihadapinya. Semester julai nanti, pelajar ini akan mengikuti kelas mama lagi. akan mama pastikan dia belajar dgn bersunguh2. Harapan bapanya sungguh tinggi.
Tengah bermesyuarat tadi mama keluar pergi ambil luqman di tadika. sampai saja dekat tadika , mama mengintai di tepi tingkap kelas luqman, kawan luqman nampak mama, terus announce" mama luqman dah mai". Seronok mama melihat gelagat kanak2 kecil ini. Keluar dari kelas kelihatan mata luqman mengintai2 ke kiri kanan, hehe.. mencari van cik jatnyalah tu. cik jat belum sampai waktu tu. mama pun cakaplah: " jom kita naik keta cepat, sat g cik jat sampai, abislah gigi luqman". mendengus dia, tension agaknya mama tak mahu menunggu cik jat kesayangannya :). kat tepi kereta, ada kereta mak saiful azli(kwn luqman). luqman panggil chali. luman kata" mama, tu mak chali, chengee mama tau dak. kalau ada sapa2 kacau chali, luqman akan report kat mak dia. cuba mama tengok muka mak dia, chengee". hehe.. memandai je anak mama sorang ni. Betul juga, muka mak saiful kelihatan garang sikit. satu lagi yang membuatkan mama tersengeh, hero2 mama ni pekat sungguh loghat utaranya. hari tu adik muaz minta kole(gayung atau cebuk air) pun mama terkejut, mama tak pernah sebut kole...hehe hero2 mama membesar di kampung permatang ara...

Monday, June 23, 2008

56 or 58?

pagi tadi taklimat opsyen pencen 58. Mama dah tick 56 tahun, kemudian ada beberapa rakan mama bercerita ttg implikasinya. goyah jg mulanya tu. mama tanya abah, ok ke jika mama pilih 56, abah ckp abah 55 dah nak pencen, hehe...Insya-ALLAH moga pilihan 56 tahun ni adalah yg terbaik. Segan mama nak disclose, mama ada satu impian, Insya-ALLAH mama teringin nak buka nursery/child care/tadika. mama teringin nak belajar ttg early childhood education. mama suka pd kanak2. teringin mama bersama2 dlm dunia anak2 kecil ini. tadi adik muaz tanya mama, mama nak jadi apa, adik nak jd askar dia kata. mama cakaplah mama nak jadi cikgu adik. adik pesan pada mama, mama jgn garang2 tau, :). dekat tadika adik, cikgu dia pernah cakap mama boleh bebila free jika nak dtg volunteer mengajar or membantu cikgu tadika adik. Insya-ALLAH mama akan cuba cari satu peluang nanti.

Thursday, June 19, 2008

Tak boleh kawan


Satu hari mama balik kerja, nak singgah di kedai runcit beli pisang. Mama teringin nak masak goreng pisang. Dalam kereta ada 2 hero, muaz dan luqman. dah bersiap sedia nak turun , hmmm mesti nak beli beli coklatlah ni. Ada kereta wira macam en bakri, pensyarah uitm kat depan:

mama: kat mana nak parking ni, ha tu kereta kawan mama rasanye( en bakri ada kat dalam kereta).

luqman: mana boleh kawan dengan orang lelaki, orang perempuan kena kawan dengan orang perempuan saja

mama: dengan abah, mama boleh kawan dak?

luqman: bolehlah. dia suami mama. ok

mama: dengan luqman?

luqman: tak boleh. kena jadi suami dulu.

muaz: adik nak kawan juga dengan mama.

Dalam satu insiden lain, tgh nak cross jalan dari rumah babysitter nak masuk taman rumah kitaorang:

luqman: mama itu van cik jat( makcik bawa van yg dia paling suka sbb ada buat jualan coklat dlm van dia)

mama: cik jat! cik jat! cik jat! luqman nak coklat batang kayu ( lolipop, adik panggil coklat btg kayu)

luqman (sengeh) : mana dia nak dengaq, kereta cermin tebai kat depan. tingkap pun tak buka

mama: La sian kat luqman, camna nak beli coklat, hehe... sj syok mama ngusik dia.

Wednesday, June 18, 2008

Travelog Haji dan PhD


Alhamdulillah mama bersyukur pd ALLAH mengizinkan program ceramah motivasi phd berjalan dengan lancar. ALLAH sgt menyayangi kita, mohonlah selalu padaNYA. mama akan cuba setiap hari memperbaiki diri mama ni. Mama ingin hampir sekali denganNYA. Bila mama teringat balik, sejak mama bercadang ingin menyambung PhD ni, mama teringin sangat mendengar pengalaman dari orang yg sudah berjaya memperolehi PhD dan menceritakan pengalamannya dan dihubungkaitkan dengan hubungan dengan ALLAH. Air mata mama mengalir mengingati 21 Mei lalu, terasa doa mama dimakbulkan apabila penceramah yg diundang tersebut adalah prof muhd kamil, dimulakan ceramahnya dengan doa yg sungguh syahdu. dan mama berniat mama akan cuba bawa prof ke UiTM Pulau Pinang untuk berkongsi pengalaman dengan rakan2 mama di sini pula. Alhamdulillah ALLAH makbulkan juga hasrat ini. ALLAH MAHA PENYAYANG.
Prof kamil ni mama kenali melaui buku sebelum mama ke haji tempoh hari. mama sempat membaca buku pengalaman haji beliau. Alhamdulillah mama berkesempatan berjumpa dgn prof kali ni. Selasa pagi mama dgn rakan ,untie ifa menjemput prof di airport alor setar. Seronoknya sepanjang perjalanan kami mendengar cerita dan nasihat dari prof. Semalam ptg sempat mama mengikuti ceramah haji prof in live. Memang syahdu.Rindunya mama pada tanah suci Mekah...
Pagi tadi mama suspen n nervous memikirkan bagaimana perjalanan program. sampai pukul 745, mama lihat di depan dewan kerusi2 berselerak, belum disusun. Alhamdulillah ada makcik cleaner di situ yang sungguh baik hati, memanggilkan kawan2nya membantu mama menyusun kerusi. Alhamdulillah program berjalan lancar. 4 jam prof bercakap, mama tidak terasa masa berlalu. kesian prof, kekeringan tekaknya. esok prof meeting di shah alam. isnin prof ada program untuk pelajar seluruh johor. Alhamdulillah mama mendapat komentar positif dari rakan2 sebaik program berakhir. Terima kasih mama rakamkan pd rakan2 mama yang telah membantu mama, ifa, k.irni, k.rin, k.lila. habis jualan buku travelog haji dan PhD kecil tapi signifikan yang kami jual. Terima kasih prof yg begitu pemurah memberi diskaun yang banyak.
Terima kasih semua....

Monday, June 16, 2008

Happy birthday to Muaz & Muhammad


Semalam, 16 Jun dan hari ni 17 Jun , muaz dan muhammad menyambut beday mereka ke 4 thn dan 9 thn. Mula2 mama ingat nak buat je kek coklat sendiri, tapi adik muaz nak kek ada gambar spiderman, muhammad pula nak bw kek dan pack coklat+keropok+sumi kat kawan2 dia di sekolah. Last2 mama decide mama beli jelah satu kek dan letakkan nama kedua2 hero mama. kita makan sekeluarga saja. nanti yek abg yong, mama buat kenduri kesyukuran utk class abg yong.

Malam tu kalut 3 hero nak buka tengok kek mama beli. suspen mama, biasalah di dalam kekalutan nanti abis jd lain pula rupa kek tu nanti. mama beli kek org tgh main bola sepak. teruja hero2 nak ambil pemain2 tu. sorg chup keeper, sorg chup stricker etc. last2 selamat jg kek tu di potong dan di makan. abg yong n abah mkn byk jg. adik muaz ambil pemain bola tu je.


malam2 mama lipat kain kat bilik belakang, abang yong suka datang duduk dekat mama. waktu nilah dia selalu bertanyakan soalan2 pd mama. Ada juga kekadang mama suruh dia ke depan tengok TV dgn abah. Dah habis lipat kain mengikut dia mama ke depan pula. mama suruh dia belajar kepit kuku sendiri. kekadang mama tak sempat. dia cuba belajar semalam tapi tak berjaya. dituduhnya pengepit kuku mama tumpul. mama katalah takkan sampai besar abang yong nak suruh mama kepitkan kuku. Aa dia kata, nanti dia kahwin dia nak suruh isteri dia pula! sabar jelah hero sulung mama ni.

Sunday, June 15, 2008

family day FKE di Pendang Lake Resort

sabtu dan ahad semalam, 14 dan 15 Jun 2008, kami ke Pendang Lake resort. fakulti mama menganjurkan hari Keluarga. Sabtu pagi mama bangun awal menyediakan kek coklat utk di bawa ke pendang dan menyiapkan beg. abg yong perli, mama ni tau buat kek coklat ja. kek lain tak reti ka? hehe.. tak reti.
Dalam perjalanan, adik muaz dan luqman asyik bertanyakan kita nak ke mana, hotel ka? Tak larat nak menjawabnya selagi tak sampai. Pukul 11 kami sampai di resort tu. Ok juga resort tu, mmg sesuai utk buat aktiviti sukan atau rekreasi. ada tasik di situ. boleh memancing. seronok jg tengok org memancing dan terus bakar ikan kat tepi tasik tu. Kami check in dan terus berehat. mama paling pening kepala dalam bilik hotel ni. hero2 mama tak boleh duduk diam. asyik nak bergomol je. kejap lompat naik katil, kejap terjun ke bawah. pening kepala dibuatnya.

Pukul 2 baru program in-door games dan our-door games bermula. Luqman dan muhammad tak sabar nak masuk pertandingan. Tak ramai sgt keluarga FKE, ramai yg masih bujang. oleh itu kesemua acara , luqman n muhammad masuk dan jadinya kebanyyakan acara depa menang. pertandingan pertama tiup belon sampai pecah. muhammad dpt juara n luqman no 3 rasanya. sian kat adik muaz. dia tiup tak besar2. last2 dia pi kat abah kata nak belon lain, belon dia byk air, hehe.. dia pi tiup air liur rupanya masuk dlm belon.
banyak juga acara luqman n mudammad masuk, makan buah tembikai, cari gula2 etc. adik muaz slow sikit, dia hanya menang satu acara shj. Hari ahad tu dia tak mahu main dah. Ahad tu hanya sukaneka utk org dewasa. luqman tension. dia dah ready bgn awal pagi ingat nak menyertai pertandingan lg dia kata. ada satu acara tu utk suami isteri, suami kena tutup mata dan mencari isteri. waktu tu abah tak ada, tgh rehat kat bilik. bila pakcik pais ni tanya(pd pasangan suami isteri) siapa volunteer nak masuk acara tu, luqman terus jerit, " luqman nak masuk, nak jadi suami mama!!!" . sabar jelah luqman ni. at last ada satu acara dewasa ni, untie lily ni ajaklah luqman join jg since dia punye beriya nak masuk pertandingan jg.
Luqman dan untie lily

Masa games2 ni, luqman asyik berlawan cakap dengan sorang budak perempuan ni, namanya Yasmin. Mereka berdua sebaya. Ahad tu tiga hero bangun awal, bila kami dah habis breakfast, kami tunggu di dewan tu sementara semua hadir utk program sukaneka pula ahad tu. Ketika nampak mama yasmin datang, luqman tanya "yasmin tak bangun tidoq lagi ka?". Lepas tu kawan2 mama tanya, yasmin tu siapa. Selamba luqman menjawab: yasmin , budak yang suka cakap berlagak tu. walhal dia pun 2x5 je. Masa sesi last bergambar beramai2 tu, luqman dok sebelah yasmin, tetiba dia cubit pipi yasmin, punyelah yasmin tension, terus cubit balik pipi dia. nakal sungguh anak mama sorang ni.
luqman tgh berkonfrantasi dengan yasmin(baju n seluar pink)
sebelum balik, acara penyampaian hadiah. luqman n muhammad byk menang acara. Petang kami balik ke alor setar. weekend depan tok akan ke rusia, kami tak dapat nak hantar tok, jadi kami balik terus ahad semalam jumpa tok dan mengucapkan selamat jalan dan bercuti pd tok.