Monday, May 5, 2008
Kolam Air panas baling
Wednesday, April 23, 2008
computer or no computer...
abg amir ingat masa first time memiliki komputer dulu, masa masih student di UK, memang ada keperluan untuk kerja2 study, disamping main games. Dan hampir 60% daripada kegunaan komputer abg amir masa tu, ialah main games. Guna untuk study mungkin 10-20% aje. Dan bila difikirkan balik, 10-20% usage on sutdy tu dah justified untuk memilik komputer, sebab tanpa komputer, kerja2 study tu mungkin terencat atau tidak sempurna. lagi pun dah cuma banyak tu je keperluan komputer untuk kegunaan akademik, nak buat camna...
laptop mama dia pun dok guna cari teka-teki kat dlm internet je... last week abg yong ada assignment bahasa inggeris (BI), kena describe attires (pakaian) dalam BI. dia minta tolong abg amir, jenuh jugak lah kita pun nak describe in proper words. akhirnya abg amir dapat idea, buka laptop, tolong dia search wikipedia dan online dictionary untuk definition/description attires tu semua. so memang tinggi lah standard BI dia - untuk seorang budak melayu, yg hanya cakap loghat melayu penang (not even baku), sekolah di mana 99.99% peratus adalah budak melayu, dok dalam kampung melayu. anyway bukan bermaksud nak menipu dengan tahap bahasa yg begitu tinggi, tapi dah itu yg ditulis dalam internet. So abg amir kata kat dia, terus-teranglah dgn cikgu yg muhammad guna internet utk kerja rumah ni.
Dua perkara abg amir dapat dari insiden2 di atas, justification untuk beli komputer kat dia walaupun peratusan kegunaan yg berfaedah mungkin rendah, dan sekurangnya dapat ajar dia guna komputer untuk pembelajaran dia, hopefully menarik minat dia. Cuma yg masih membingungkan ialah adik2 dia yg dua orang lagi tu, apa komputer tu pada depa, mainan ka... satu mesin yg mahal ka... just another tv ka... luqman memang lekat depan komputer je bila balik kampung, tak kiralah KL ka, alor setar ka...
Anyway ni satu clip yg sempat dirakamkan tanpa dirancang. actually abg amir nak test samada camera abg amir boleh display life preview on tv, macam kedai2 selalu buat. so bila nampak muka depa kat tv, maka tergedik2 lah mereka.
Tuesday, April 15, 2008
happy birthday abah
Friday, March 28, 2008
Muhammad terlanggar hantu
Friday, March 21, 2008
Moga ALLAH memberikan yang terbaik untuk kita
Minggu lepas cuti sekolah selama seminggu. Abg yong ke KL selama seminggu. Luqman pula di Alor setar. Adik muaz manja, di penang dengan mama dan abah. Hujung minggu semalam kami ke KL ambil abg yong. Sekejap sgt ke KL. Rasa tak puas berada di sana. Abah sekarang dah tiada cuti. sampai di KL abg yong semangat ajak luqman n muaz ke swimming pool dekat selayang. Lepas makan t/hari kami ke swimming pool tersebut bersama dengan tok ayah, mak lang shima dan syaza yang aktifnya. Malamnya kami ke rumah mak lang makan malam. Esoknya ahad, lepas zohor kami dah kena bertolak pulang ke Penang.
Semalam cuti maulidur rasul. mama ke rumah anak yatim Yakin Al Wadi di kupang , baling. Mama memang teringin nak mengikuti program begini. Kebetulan ada pelajar farmasi menganjurkan program khidmat masyarakat ini, mama menawarkan diri untuk menjadi pengiring. Abg yong teruja nak ikut mama. Tapi bila mama memikirkan takut pula nanti anak2 yatim tu sedih melihat abg yong memanggil mama , mama. memang anak2 di rumah ini agak sensitif perasaannya terutamanya yg masih kecil. Di rumah itu terdapat lebih kurang 50 org penghuni yang terdiri dari umur 5 tahun sehinggalah 17 tahun. Keadaan asrama mereka agak dhaif juga sebab terpaksa bersesak. Kemudahan dewan makan pun agak dhaif juga. Surau mereka Alhamdulillah nampak OK dan selesa untuk mereka solat dan belajar. Mama suka melihat akhlak anak2 ini. sebelum masuk waktu sudah bergegas utk solat. sekejap shj mereka bersiap. Tidak berlengah. Terus ke surau dan menghampar sejadah. kemudian solat jemaah bersama. Alhamdulillah prog yg di atur oleh pelajar UiTM dapat menceriakan anak2 di rumah ini walaupun hanya sekejap kami bersama mereka. Sampai di uitm , abg yong terus bertanyakan gambar2 anak yatim. teruja dia nak melihatnya. Insya-ALLAH , abg yong besar sikit mama bawa nanti jika ada lagi prog begini.
Sunday, February 24, 2008
mama seronok menerima tetamu
Sabtu semalam pula mama menerima kunjungan kawan2 mama dari Silterra. Kalut mama dari awal pg menyediakan lunch utk tetamu sambil di'bantu' 3 hero mama. Lepas maghrib kami bergegas keluar ke airport utk mengambil abah. Alhamdulillah abah kata interview berjalan lancar.
Hari ni pula kami menerima kunjungan untie noni n uncle roy sekeluarga. Seperti biasa hero2 mamalah yg paling kalut menyambut tetamu. Kali ni adik n luqman menyambut tetamu dgn tembakan senapang yg baru dibeli t/hr td dekat sunway mall. Mereka tekun menembak alia n afiq. Kesian alia n afiq terkejut dgn gelagat luqman n muaz ni. Sejak dari mall lagi mereka sibuk menembak orang. siap dengan gaya berperang mereka... mcm abah mereka suka tengok cerita perang..
Thursday, February 21, 2008
happy 5th birthday to luqman
Pagi td mama kalut sikit. sebab abah tak ada. Abah sekarang dekat Adelaide, Australia tengah berinterview. Mama harap semua tolong doakan yg terbaik buat abah ya. Doakan yg terbaik buat kami sekeluarga. Terima kasih abah....
Luqman paling awal bangun pg tadi. Mama bangun pukul 530 tu dia pun terus bangun mandi dan bersiap. Bersemangat dia nak ke sekolah pagi ni. Abang yong seperti biasa nak kena kelui beberapa kali baru bangun. Nampak dia solat lama pagi ni. Berdoa utk abahnya kot. Adik muaz pula nak susu milo dulu. Lepas tu nak mama jiruskan mandi. manja sungguh. Rupa2nya setiap pagi abah hantar adik ke sekolah kena duduk dulu dengan adikdekat kerusi menunggu depan tadika adik. Tadi adik ajak mama duduk dulu. Saja duduk sambil bersembang2. Selepas beberapa ketika baru adik bersedia nak masuk ke kelas . Waktu tu cikgu pun datang greet dia :).