ni cerita satu dugaan dalam membesarkan anak2, tiada apa sangat, tapi minggu lepas abg yong hangat dengan isu laptop, so memang abg amir dok berkira2 la nak beli kat depa tapi PC, bukan laptop. Selain soal duit, (actually duit is not a big issue) abg amir dok justify keperluan beli komputer untuk depa ni. Pada umur yg masih muda, penting sangat ka depa ni kenal komputer... untuk apa depa ni perlukan komputer... adakah mereka akan salah guna komputer (paling merisaukan)... dan tak kurang penting, berapa lama laa hayat komputer tu nanti... benda bukan murah.
abg amir ingat masa first time memiliki komputer dulu, masa masih student di UK, memang ada keperluan untuk kerja2 study, disamping main games. Dan hampir 60% daripada kegunaan komputer abg amir masa tu, ialah main games. Guna untuk study mungkin 10-20% aje. Dan bila difikirkan balik, 10-20% usage on sutdy tu dah justified untuk memilik komputer, sebab tanpa komputer, kerja2 study tu mungkin terencat atau tidak sempurna. lagi pun dah cuma banyak tu je keperluan komputer untuk kegunaan akademik, nak buat camna...
laptop mama dia pun dok guna cari teka-teki kat dlm internet je... last week abg yong ada assignment bahasa inggeris (BI), kena describe attires (pakaian) dalam BI. dia minta tolong abg amir, jenuh jugak lah kita pun nak describe in proper words. akhirnya abg amir dapat idea, buka laptop, tolong dia search wikipedia dan online dictionary untuk definition/description attires tu semua. so memang tinggi lah standard BI dia - untuk seorang budak melayu, yg hanya cakap loghat melayu penang (not even baku), sekolah di mana 99.99% peratus adalah budak melayu, dok dalam kampung melayu. anyway bukan bermaksud nak menipu dengan tahap bahasa yg begitu tinggi, tapi dah itu yg ditulis dalam internet. So abg amir kata kat dia, terus-teranglah dgn cikgu yg muhammad guna internet utk kerja rumah ni.
Dua perkara abg amir dapat dari insiden2 di atas, justification untuk beli komputer kat dia walaupun peratusan kegunaan yg berfaedah mungkin rendah, dan sekurangnya dapat ajar dia guna komputer untuk pembelajaran dia, hopefully menarik minat dia. Cuma yg masih membingungkan ialah adik2 dia yg dua orang lagi tu, apa komputer tu pada depa, mainan ka... satu mesin yg mahal ka... just another tv ka... luqman memang lekat depan komputer je bila balik kampung, tak kiralah KL ka, alor setar ka...
Anyway ni satu clip yg sempat dirakamkan tanpa dirancang. actually abg amir nak test samada camera abg amir boleh display life preview on tv, macam kedai2 selalu buat. so bila nampak muka depa kat tv, maka tergedik2 lah mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
haha,hampir tergolek2 mkndak tgk video tu!
ya,pasai keperluan beli pc tu,em,rasa2 utk umur2 mcm depa 3 org ni,macam tak perlu sgt lagi kot.tp,kalo nk beli gak,mmg kena ada rules boleh guna bila etc,kalo tak melekat ja lh luqman tu ha kt dpn komp tu.lani 70% kegunaan laptop kt sni,internet,30% studi,tp boleh kata 50-50% gaklh sbb internet diperlukan utk studi juga.games?syukur,laptop ni tak boleh main games yang dasyat2(tak support),kalo tak duk main gaklh kot:)
Amboi2 beraksi 3 hero tu. geli hati mak ngah, dok tersengeh sorang2 kat lab ni.
Zaman berubah, dulu mak ngah lahir takde lagi PC, darjah 4 baru kenal komputer. Lepas tu zaman budak2 lahir2 dah ada PC, lepas tu pulak zaman lahir dah ada internet. Lepas tu pulak, lahir2 dah ada broadband. La ni dah zaman budak sekolah rendah pakai komputer buat keje sekolah. Tak pa la tu, mama abah boleh monitor.
tula mencabar zaman la ni nak didik anak2. hopefully kami dapat monitor betul2 penggunaan komputer utk hero2 ni. antara ber3 ni, luqman paling addicted to komputer. muaz paling tak berperasaan sgt dgn komputer. boleh nampak beza character mereka, muaz lebih sikit soft skillsnya.pandai nak bermanja, pandai nak ambil hati org. luqman kurang sket bab ni. muhammad tengah2 rsnya. mencabar2, td pg muhammad tanya akak: "awat manusia mati, dia tak kekal? "
waduh... soalan dia mmg mencabar nk jwb. kena mula dgn, 'panjang ceritanya'....:D
Post a Comment