Tuesday, April 15, 2008

happy birthday abah

happy birthday to abah. Hari ni genap umur abah 34 tahun. dah tua dah abah. Semalam petang balik dari kerja mama terus ke kedai kek belikan kek birthday untuk abah. Hujan lebat sungguh ms tu.
lepas tu mama rushing balik rumah dan ajak abg yong ke kedai belikan kad untuk abah.

mula2 mama plan nak ke sunway carnival. jauh sgt pula dan dah dekat maghrib. akhirnya mama ajak abg yong ke kedai tak jauh dari rumah sahaja. abg yong kata kita belikan hadiah pen kat abah. so abg yong pun pilihlah 3 pen, dia kt dr dia, luqman n muaz kpd abah. lepas tu kami pergi ambil luqman dan muaz. dalam kereta berebut dua org tu nak menulis kat kad abah tu dan nak lukis muka org senyum.
mama pesan kat 3 hero, esok pagi kita bg kad dan hadiah kat abah. balik rumah 3 hero tak sabaq nak tengok kek mama belikan. mama warn sekali lg jgn bgtahu apa2 kat abah. tgh mama mandi, abah balik dr kerja. Terdengar mama, luqman dan muaz jerit" abah, ada kek utk abah". muhammad frust terus bagitahu mama, adik2 dia dah pecah rahsia :). Pagi td sebelum pergi kerja mama keluarkan kek dan kami makan bersama. muhammad tak sabar dr subuh lg tanya mama bila nak mkn kek dan bg hadiah kat abah.
adik manja tgh sedih kena marah. tu yg masam je muka dia mkn kek...
sejak dua menjak ni, muaz dan luqman dihantui dengan cerita askar. ni penangan abah depalah yg download cite askar & burn kat CD. berulang kali hero ber2 ni menonton cite askar. selalu diorang berdua ni perasan jd askar. ahad bebaru ni mama ke Uitm sekejap, hero ber2 ni bw senapang. sampai uitm ja terus cari tiang dan bersembunyi dgn mengendong senapang dan nampak je student(org jahat kata depa) lalu lalang terus menembak. ada sekali tu, mama dok bilik belakg mengosok baju. hero berdua main askar: terdengar luqman kata jom kita tembak org jahat kat bilik belakang, kemudian adik menyampuk " kita tak boleh tembak org pompuan". sahla org jahat depa nak tembak tu adalah mama :). penuk aksi sungguh mereka menjadi org askar.
abg yong beriya nak laptop. weekend semlm ada PC fair dekat bertam. Sabtu sbl kami bertolak siap ajak abah dia singgah tabung haji dia nak ambil duit simpanan dia nak beli laptop. mama tanya nak buat apa laptop? dia kata nak cari teka teki, nak main game , nak tengok video kat you tube. jeles tengok mama ada laptop kot. ahad tu siap tanya mama, dah decide ka mama nak beli laptop yg mana sbb sabtu tu mama ambil pamplet n flyer byk2. hish beriya sungguh dia nak laptop. mmg mama n abah plan nak beli komputer. laptop rasanya tak robust utk anak2 mama yg tak reti dok diam ni. bersabar ye abg yong..
ni gambar muaz tgh gunting rambut. dia nak jd org askar. kena rambut botak dia kata...

3 comments:

Amalina said...

Salam,
Abah dia, dari kecik sampai tua minat tak berubah. Sampai waris kat anak2. Ceee, pandai adik manja, tak boleh tembak org pompuan. Betul la tu. Haih, cutenya bayang gelagat hero3 tu.
Abg Yong nak laptop, mak ngah recommend macbook. Mak ngah guna macbook skrg, Idiot proof, heheh.

Unknown said...

hepi belated birthday abah hero2.semoga ceria2 selalu bersama mama n hero2.
comei kad utk abah hero2 tu.tak dpt tgk dgn jelas apa yg hero2 tulis.tp,tgk lukisan2 tu,comei sungguh,pandai lukis 3 hero ni noh.adik manja nampak hensem dengan potongan rambut baru:)
abg yong,makndak ada teki-teki utk abg yong,nnti makndak kol.

alhan said...

macbook mahal. akak pun hr tu teringin jg nak beli macbok. tp abg mir kt takut tak biasa pula nanti. comel macbook tu. last2 akak beli sony vaio. berat sket.
hari ni abg yong nak pegi sekolah ada jualan buku2. dia nak beli buku teka teki :).