Thursday, October 30, 2008

rindu

Minggu ini kita telah memasuki bulan zulkaedah. Di bulan ini, umat-umat islam seluruh dunia yang telah menerima "kad jemputan" istimewa bagi menunaikan ibadah haji pastinya telah bersiap sedia untuk berangkat ke tanah suci mekah dan madinah. Mama doakan moga mereka beroleh haji mabrur, ameen. Dua hari yang lepas mama terserempak rakan mama , k.tengku muhaini dari jabatan matematik. Seronok dia bercerita akan gembiranya hati dia dapat menjadi tetamu ALLAH tahun ini. Katanya di ikutkan gilirannya pada tahun 2015. Dia membuat rayuan berkali2, Alhamdulillah dia dapat kali ini. Mama dulu pun mendaftar dengan tabung haji tahun 2000 dan diberikan giliran pada tahun 2010. Alhamdulillah pada 2007, mama majukan rayuan ingin ke sana bersama2 abah diterima. Di ingati semula, mama memang berniat, sebaik shj kahwin mama ingin mengajak abah mendaftar haji. Niat di hati ,Insya-ALLAH dalam 10 tahun lagi moga mama di jemput. Alhamdulillah ALLAH makbulkan hajat mama itu, memang benar 10 tahun kami berkahwin kami sama2 menjadi tetamuNYA di sana. ALLAH Maha Mendengar...
mama seronok melihat rakan2 dan saudara yang akan berangkat ke tanah suci mekah dan madinah. Melihat mereka pastinya mama akan teringatkan mekah dan madinah. Setiap kali teringat, mama akan membuka album gambar2 di sana tempoh hari. Mama rindu.....rindukan solat dan sujud di dataran depan kaabah(sejuk), rindukan tawaf mengelilingi kaabah dan kemudiannya minum air zam2, rindukan saat2 berdoa di depan multazam dan tempat2 lain yg mustajab, rindukan saie dari safa ke marwah, rindukan padang arafah, rindukan mina, rindukan bertadarrus di masjidil haram dan masjid nabawi, rindu ingin solat di raudhah....paling mama ingati tawaf selamat tinggal, 7x pusingan tidak berhenti2 air mata mengalir, mulut melafazkan syukur padaNYA dan zikir padaNYA. Ketika itu dataran memang agak lengang dari hari2 sebelum itu. Selesai tawaf, kaki memang terasa berat ingin bergerak pergi...mama sangat merindui mekah dan madinah. mama pernah ke UK, San Francisco, Los Angeles, paris, munich, austria yang cantik dan indah tempatnya. Tetapi tiada rasa rindu seperti mana mama rasakan sekarang...Doakan mama akan dijemput lagi ke sana. Mama doakan ALLAh akan menjemput insan2 yang hati mereka sangat ingin ke sana. Moga mereka menjadi tetamuNYA yang sungguh istimewa.

Di dalam masjid nabawi


Gua hira

dari kaki bukit, jabal nur, di sebalik sana terdapatnya gua hira

Di jamrah, tempat melontar

kami bermabit di muzdalifah selepas mengutip batu

wukuf di arafah

menuju ke bukit marwah

dari bukit safa

senja di masjidil haram

di depan kaabah mengadap hijir ismail dan pancur emas
rindunyeee mama...

Tuesday, October 28, 2008

fobia open house

hujung minggu semalam hujung minggu yang amat memenatkan. kami sekeluarga diserang cirit birit dan muntah2. Sabtu pagi luqman dan muaz muntah2 dan cirit. Mama mula suspek nata de coco yang dihidangkan oleh abah pada mereka. mama sekarang agak takut dengan barangan "made in china". mama tanyakan pada abah nata de coco tu dari mana? abah pula tak perasan. mama tinggalkan 3 hero bersama abah selama 2 malam. Dari rabu hingga khamis mama dan untie irni ke kuantan mengendalikan bengkel pada pensyarah di kolej polytech MARA. seronoknya tiba di KPTM yang tenang dan penuh pohonan rimbun. Terasa bekerja disitu tenang dan tidak terkejar2 seperti di pulau pinang. Mama tiba di rumah sudah pukul 1130 malam menaiki bas tambahan dari KL disebabkan bas ke penang dari kuantan telah habis.

peserta kusyuk mendengar syarahan

mama dan untie irni menginap di rumah pakcik anuar, pencinta bonsai

Sabtu, abah dapat jemputan open house di rumah uncle yusuf di pulau pinang. Mama ajak abah ke queensbay dulu, mama ingin ke kedai buku "BORDERS" untuk menghadiahkan muhammad buku di atas usaha dia mengulangkaji pelajaran sebelum peperiksaan tempoh hari. Kali ini mama ingin rewards usaha muhammad. Muhammad memilih buku "magic" walaupun mama kurang berkenan dengan buku tersebut. muhammad ni memang kurang berminat membaca buku. jika ke kedai buku, yang dicarinya bukan buku, tetapi mainan terutamanya mainan yang perlu di "assemble". nak jadi engineer agaknya anak mama sorang ni. muaz teruja dengan buku yang ada bunyian. luqman tiada perasaan sangat, dia rambang mata melihat banyak buku2 warna warni. untuk luqman dan muaz mama yang pilihkan walaupun mahal mama puas hati. luqman dan muaz enjoy melakukan aktiviti interaktif di dalam buku tersebut, coloring, writing, games, mazes, puzzles, tangrams etc. mama sukakan BORDERS ni sebab banyak pilihan buku untuk kanak2 kecil. abah pening sebab banyak sangat bukunya. sehingga december 2008, pembelian buku di BORDERS menggunakan citibank credit card akan mendapat 15% diskaun. Ini yang menariknya.

buku2 belian mama pada luqman dan muaz

di open house uncle yusuf

Ahad kami mendapat 4 jemputan, kenduri kahwin anak jiran, open house soto untie rin dan kenduri akikah anak kawan abah pada tengaharinya. kelihatan muhammad seperti tidak sihat. Balik dari 3 kenduri tersebut muhammad mula muntah2 dan cirit. luqman dan muaz sudah sihat ketika ini. malamnya jiran kami pakcik non menjemput makan dirumahnya. ketika ini mama dan abah pun sudah merasa lain macam. isnin hari mama mendobi cadar2 selimut dan tilam akibat muntahan anak2 mama. penatnya mama. abah kata dia dah fobia dengan open house. bukan salah makanan yang dihidang, salah kita sebab makan berlebihan, hehe....

Saturday, October 18, 2008

"pulser par la mer"

Pagi ahad ni (tarikh posting ni semalam, sebab ikut masa US - lewat sehari), kami pi jogging kat pantai Robina (tajuk posting ni ialah jogging di tepi laut, dlm french), pantai ni setentang dengan Gurney Drive, di 'tanjung' - boleh nampak 'tanjung' dari pantai ni. Masih beraya lagi di malaysia ni, walaupun raya sebenarnya sehari sahaja, nama pun hari raya Eidul Fitr, bukan bulan raya Eidul Fitr. Tapi ye lah, malaysia... raya sakan.
Malam semalam pun, kejiranan kami buat majlis raya, sehari dua ni asyik makan je. tu yang decide pagi ni kena riadah sikit. memang sikit, tak berpeluh pun, perut masih sarat. Aktiviti riadah kami ni diakhiri dengan acara kemuncak... makan! he.. he.. he.. breakfast je. teringat ketika harga beras melambung tinggi beberapa bulan yang lalu, dalam satu khutbah jumaat, khatib telah berkata (atau lebih tepat menyindir jemaah), yg maksudnya lebih kurang... kita umat islam dah dilatih berpuasa, tapi bila harga beras naik, kita menggelabah. kenapa kita tidak berpuasa sahaja... contohnya isnin dan khamis sebagai langkah balas menghadapi kenaikan harga beras. itulah bila agama tidak di hati, sekadar ritual yang tidak dihayati, astaghfiruLlah.

Kat tepi laut ni, kami main baling batu, bagi dia loncat atas air. Abah dapat bagi dia loncat 3 kali, tapi gagal dirakamkan, lepas tu buat tak jadi dah. balingan Muhammad je sempat dirakamkan. sambil jalan2 tu, luqman dan muaz suka berdiri kat gigi air. akhirnya, selipar luqman terkena air laut dan basah, dia pun konon2 nyelah kesal, selipar dia basah. depa ni banyak sungguh benda yg depa nak buat kat pantai ni, cari ketam dalam lubang (tapi takut), 'analisa' cengkerang2 yang bersepah, muhammad siap terfikir nak cari tapak sulaiman tapi mana boleh... benda tu dok dalam laut. secara kebetulan, kami juga jumpa 'patrick' dan 'spongebob' kat tepi pantai.

sebelum acara kemuncak, acara wajib bagi 3 hero...



Wednesday, October 15, 2008

peringatan

Sebelum raya dan selepas raya ni banyak juga berita kematian diterima di UiTM ini. Moga kematian menjadi peringatan kepada kita yang masih hidup. Mati itu hampir. Kebetulan baru-baru ni mama membaca terjemahan dan huraian surah Al-Waqiah. Surah ini menjelaskan situasi yang akan berlaku pada hari kiamat kelak, di mana bumi akan digoncang dengan goncangan yang amat dasyhat, sehingga gunung-ganang berhamburan dan hancur menjadi debu berterbangan. setelah itu manusia akan dibangkitkan semula dari kematian, mereka akan terbahagi kepada tiga golongan:
1. Al Muqarrabun - dekat kedudukan mereka kepada ALLAH, ketika di dunia mereka berlumba-lumba dan paling dahulu dalam mengerjakan kebaikan.
2. Ashab al-Yamin - menerima catatan amalannya di sebelah kanan. Golongan beriman dan mengerjakan amal kebaikan sewaktu hidup di dunia.
3. Ashab Al-Shimal- menerima catatan amalan dari sebelah kiri. ketika di dunia mereka mendustakan kebenaran yang dibawa rasulullah SAW.
Apabila tiba di perincian balasan dan ganjaran kepada golongan2 ini menitis air mata membacanya. mama teringat , dalam kesempatan mama bersembangan dengan hero2 mama di dalam kereta atau di rumah mama ada ceritakan kepada mereka gambaran syurga dan neraka. Bila muhammad kelihatan tidak bersegera solat selepas azan berkumandang, mama kata pada muhammad tak mahu ke jadi golongan Assabiqun nassabiqun...mereka akan mendiami jannatun naim. mereka ini special tau abang yong ,paling dahulu dalam mengerjakan kebaikan, solatnya mesti disegerakan. teringat mama beberapa hari sudah suspen juga mama dibuatnya, dalam kereta adik muaz tanya mama, bila kita nak mati, adik nak mati hari jumaat. Lepas tu malam tu pula, mama ajak dia solat bersama mama, mama tanya adik doa apa? dia kata doa mati. nak masuk syurga kena mati dulu :).
Pagi tadi hantar luqman ke sekolah, dengan suara kuatnya tu, dia kata: mama pi marah kawan luqman imran tu sat. Dia buat luqman. hmm senyum je mama, apalah yg mrk gaduhkan. Luqman ni senang menjaganya. Dia cepat berdikari. Bangun pagi dia dah tahu apa dia kena buat. Cumanya mama perhatikan dia simple sangat. lepas mandi dan pakai baju, dia tak ada pun peratikan keadaan bajunya dibutangkan ok ke tak. kalau senget dia butang, sengetlah butang tu sampai ke sekolah. rambut mmg confirm dia tak sikat. lepas tu cara dia pakai ketayap pun macam bujal je. ketayapnya senget, rambut di hadapan keluar. agaknya jika ketayapnya terjatuh ke belakang pun dia tak sedar. Kebiasaannya mama dah pakaikan elok2 ketayap tu tapi bila sampai sekolah mama lihat senget balik. mama perhatikan kawan2 sekolah luqman segak je berketayap dengan rambut di sisip. Lainlah luqman ni dari abg muhammadnya yg segak bergaya.

Friday, October 10, 2008

3 hero takbir raya

ini video 3 hero bertakbir raya masa di surau rumah tok Ayah, gombak.

Thursday, October 9, 2008

syawal 2008

3 hero mandi kolam sebelum pulang berhari raya

Eid mubarak dan semoga kita beroleh ketaqwaan. Tahun ni raya pertama kami di Gombak beraya bersama opah, tok ayah dan mak usu. Pagi raya bersemangat 3 hero bangun mandi sunat raya. Muhammad seperti biasa paling sibuk nak menyiapkan dirinya dgn baju melayu, tarbusnya dan sampinnya. lengkaplah dia dipagi raya tu, hero paling hensem dan perasan, hehe.... 2 hero lagi simple je.nasib baiklah sorang je hero mama yg suka berhias. luqman sikat rambut pun tak mahu. Kami ke surau taman selaseh utk solat aidilfitri. Mama cerita pada adik muaz sbl tu, solat raya ada 7 takbir rakaat pertamanya. Dia terus kata tak mahu solat, penat katanya, 7 banyak sgt. Namun pagi raya tu mama perhatikan dari atas surau nampak dia duduk bersebelahan abang2 dia bersolat. Lepas dr solat tu memang dia asyik dok angkat takbir 7 kali. sehingga ke hari ni kekdg dia mengangkat tgnnya byk kali brtakbir. nanti abah postkan 2 hero tgh bertakbir di surau tersebut.
3 hero di surau selepas solat raya



raya di alor setar

lama dah rasanye tak pegang baby...



adik muaz dan mak njang kesayangannya


kami beraya di rumah mak tam di lepai, kedah

luqman tengah membakar ayam

tok ayah dan 3 hero sibuk membakar ayam

kami naik feri untuk kerumah nenek tam di pulau pinang

berbalik pada cerita raya, raya kedua kami ke alor setar. Balik alor setar memang jadual ziarah rayanya padat. Namun mama puas hati ketika inilah kita dpt betul2 berziarah jumpa sanak sedara. Raya ke4 kami ke tepeng untuk BBQ raya. kemudian kami kembali ke penang bersama opah, tok ayah, mak usu dan mak lang shima sekeluarga. Tahun ini turun naik kami beraya, KL-AS-KULIM-GURUN-TEPENG-PENANG. fuh memang penat.

Cuti raya memang memenatkan. mama sampai demam. Alhamdulillah dah baik. Semalam mama ziarah sahabat mama, untie sya di hospital. ziarah kali ini memang benar2 menyentuh hati mama. untie sya tabah. mukanya tenang dan sentiasa melemparkan senyuman. untie sya di uji lagi, belum lagi kanser paru2nya dirawat, doktor menjumpai sesuatu yg baru. untie sya kena TB pula. mendengar untie sya bercerita pengalamannya menerima rawatan kansernya di hospital kerajaan amat menyentuh hati. nasihat mama pada mak ndak wani, nanti bila mak ndak merawat pesakit, rawatlah dgn penuh kasih syg. Berilah mereka harapan, yg pastinya ajal maut di tangan ALLAH. kata2 dan sedikit sentuhan atau hanya senyuman sudah cukup utk mengurangkan beban yg pesakit tanggung. mari kita semua mendoakan agar untie sya segera sembuh, Ameen. Untie sya akan menjalani rawatan untuk TB yg katanya akan berlangsung selama 6 bulan, kemudian akan melalui kimoterapi utk rawatan kansernya. Sesungguhnya dari ALLAH kita datang kepadaNYA jua kita akan kembali....