Wednesday, August 27, 2008

sakit

selasa semalam mama pergi klinik gigi. mama ingin bersihkan gigi dan cabut gigi geraham bongsu mama yg telah patah. Alhamdulillah geramah bongsu mama berjaya di cabut. Semasa di cabut tidak sakit sebab kesan ubat bius. Tapi selepas kesan ubat bius hilang, masya-ALLAH sakitnya tempat dicabut dan rahang pipi mama. Semalam mama datang kerja dgn kesakitan yg masih berdenyut2. hari ini pun masih lagi terasa. Mama rasa slps sakit bersalin, sakit gigilah yg paling sakit. Ini baru ujian di dunia, Ya ALLAh ampunilah dosa mama. Moga kesakitan cabut gigi mama akan hilang segera. Adik muaz sekarang sudah pandai menggunakan telefon di rumah. Selasa semlm dia ada telefon ke telefon bimbit mama. Tapi mama tidak menjawabnya. Semalam dia mengungkit keengganan mama menjawab panggilan telefon dia. Di katanya: "Awat hari tu adik telefon mama , mama tak jawab? mama sakit gigi ka? tak pa lepas ni adik tak mau dah urut mama bila mama pening". Marahnya dia mama tak layan panggilan dia. malam tadi mama tidur awal slps memakan pain killer. Kedengaran adik bertanyakan abah: "Awat mama tu panggil abah abang? Sebab mama lagi rendah dari abah ka?". lawaklah adik nih. Cerita tentang sakit ni, mama teringat kawan mama, Untie Sya tengah menghadapi ujian agak besar dr ALLAH. Untie sya ini 2 tahun lepas diserang kanser payudara stage 3 dan telah menjalani pembedahan membuang sebelah payudaranya. Alhamdulillah untie sya makin sihat dan mama tidak pernah lihat muka untie sya dalam kesakitan. untie sya sentiasa nampak kuat dan rajin bekerja. Minggu lepas kami diberitahu di dalam mesyuarat fakulti, untie sya bercuti sakit selama sebulan. mama agak terkejut. Rupanya semalam mama dapat tahu untie sya sakit semula. kali ini kanser menyerang bahagian paru2nya. Katanya dah stage 4. mama harap semua orang dapat mendoakan ketabahan dan kesembuhan pada untie sya.
luqman masih di alor setar. dah hampir seminggu lebih dia di sana. Insya-ALLAH esok luqman kembali ke penang. mesti makin bulat hero mama sorang tu. Tok kata dia lalu makan. Muhammad cerewet sikit pasal makan. tu agaknya dia kurus sikit. hujung minggu lepas kami ke taiping ada kenduri anak sepupu tok ayah. Pasangan kepada pengantin lelaki itu adalah orang indonesia, aini swastika. Muhammad kata: "syoklah pengantin lelaki tu isteri dia orang indonesia, dia boleh pi makan angin ke indonesia. Muhammad nak kahwin dengan perempuan inggerislah mama. Cantik dan boleh muhammad pi jalan jauh sket. Muhammad rasa abah tu dulu pi England sebenarnya nak cari perempuan inggeris tapi dia silap terjumpa mama pula". amboi2 memandailah hero sulung mama ni bercita2 nak kahwin omputih pula.

6 comments:

Amalina said...

Ya Allah ya tuhan, lawak betulla conversation hero2 dgn mama abahnya. Mmg pecah perut mak ngah gelak (gelak dlm je, tgh baca kat lab).
Semoga sahabat kak Alhan kuat dan tabah menghadapi sakitnya tu. Semoga yang terbaik juga buatnya. Wallahualam.

Missa said...

Anak sulung cik Al nie..pandai betul la..nak carik org yg boleh potong kuku dia la...nak omputih la...manala dia dapat idea omputih tu lawa...mama dia tak omputih pun comel..:)
Semoga kawan Cik Al tabah tempuhi dugaan dari Allah dan semoga dapat kembali bertugas...

alhan said...

muhammad tu mmg camtu loyar buruk sket dia, terkenan bapanya. muaz n luqman pun nampak dah ada ciri2 nak jd mcm abg dia jg. ms kenduri tu jg, opah tanya muhammad awat tak mau makan nasi minyak(dia ambil nasi putih), di jawabnya: tak mau jd org minyak :). depa ni mmg mcm org tua conversation depa. kekdg bahaya jg takut depa terlaser kat org.teringat dulu muhammad jumpa bapa pak ngah edzrol tgh merokok, dia kata "nak mati cepat ka merokok".
idea kat TV kot missa. tapi dia suka nonton cerita indon n melayu. pelik sket hero sulung nih, hero melayu terakhir....

bomam said...

salam alhan,

akak terkejut ngn apa yang alhan cakap pasal kesihatan sya...

kesian sungguh kat sya..
akak doa semoga dia sihat cepat sembuh. sya memang sorang yang tabah...

kalau alhan jumpa dia, sampai salam akak kat dia..

alhan said...

okes akak. Insya-ALLAH. weekend semlm sya gi berubat alternatif dekat ustazah di utara perlis.Doc suruh segera buat kimoterapi. jumaat lepas dia ke hospital di ambil darah. la ni tak tahu apa updatenya lagi. memang sya tabah. last week pegi visit dia, dia batuk tak berhenti.kesian, nampak dia letih melayan tetamu. sebenarnya sbl dpt detect kanser dia recur ni sya kena batuk selama sebulan tak baik2 wpun telah ambil antibiotik. kemudian doktor x-ray dan buat ct scan nampak dotted pd paru2 sya. Moga sya segera sembuh, ameen.

alhan said...

silap ustaz bukan ustazah