Wednesday, August 6, 2008

abg yong kena demam campak

sudah 2 hari abg yong di pejabat mama. dia kena campak "sekam". badannya seperti naik ruam kecil2 satu badan. semalam mama memaksa abg yong meminum air buah kelapa sebiji. Alhamdulillah berjaya juga dia menghabiskan sehingga banyak kali berulang ke tandas. sehinggakan dia bertanya mama, air kencing kita warna putih tu ok ke mama? sgt oklah tu,Insya-ALLAH. Serba salah mama, nak dihantar ke rumah pengasuh takut menjangkiti org lain. akhirnya mama kena usung ke opis mama. kuarantin dalam bilik opis mama. Dia bawalah beberapa buku latihan. Yang pastinya bila sampai opis, semnagat dia buat, lepas tu mulalah dia nak main game di komputer. katanya otak kena rehat juga. main chess bagus dia kata. otak jalan. satu lagi dia hairan kenapa tak boleh main game di internet. hehe bagus juga UiTM block beberapa website waktu opis, friendster pun tak boleh, you tube pun tak boleh.
luqman merajuk pagi tadi. mama bagi dia duit 50 sen(3 keping duit 10sen+1keping 20sen). dia tak mahu. dia nak duit "lima kosong" yang bulat besar dia kata. mama nak sayang pipi dia, dia sembamkan muka dia di lantai :). geram betul tengok muka penuh dia yg macam muka mak ngahnya.

5 comments:

radzi said...

halamak..kene campak..amad-kurang ensem nanti..hehe.. tp yg ni tak de parut kot.selamat sembuh..
muka mak ngah mmg penuhhh..huhu..

Amalina said...

wah wah wah mak lang, sedap nyampuk, sila sedar dirimu:D.
cian abg yong kena campak. terer ke dia main chess kak alhan? abah dia dulu wakil sekolahkan?
luqman, kita geng comei, hihihi.

radzi said...

ha.. bab comei mak lang join skali..hahah

alhan said...

tula semlm abg yong dah risau takut muka dia berparut. paling dia risau takut kena ejek dgn kamilia tu, hehe...
yg pastinya dia terror dr mama dia. dia ada angan2 nak masuk pertandingan chess rsnye. dia dok tanya abah dia dulu wakil peringkat mana, anak pengasuh(atiqah) dia wakil negeri bertanding chess. dia suka main dgn k.tiqah ni.
betui, mak ngah, mak lang n luqman boleh join group comei :), ayong wahida sorg lg. dia boleh jd pengerusi kelab comei

Amalina said...

alamak dah ada pengerusi kelab ke, baru nk calonkan diri:D.