Thursday, August 14, 2008

pelajar mama

Sebentar tadi mama ke kelas, tiada seorang pun pelajar yang hadir. sedih mama. Rupanya malam mereka di beritahu bahawa semua kelas di batalkan. Pensyarah tidak diberitahu tentang perancangan demo oleh pihak MPP ini. aduss sekarang ni UiTM tgh hot! mama baru merancang pagi tadi ingin memberikan sedikit tazkirah pada pelajar mama. Mama perhatikan krisis sikap pelajar makin teruk sekarang. sikap suka ponteng kelas. belajar setakat di kelas, tidak pernah dtg berjumpa mama, walaupun berkali2 mama berpesan, dtglah ke bilik mama jika ada apa2 soalan atau ketidakfahaman. mama akui kelas mama kali ini kebanyakannya adalah pelajar lemah dan sederhana. tapi pd mama mrk juga boleh menjadi insan yg berjaya. di kelas pertama dulu, mama berkata mama mahu mrk menjadi insan yg cemerlang disisi ALLAH. seingat mama 2003 mama mengajar pelajar2nya lain sedikit. mama masih teringat batch itu, .. firdaus, suhaila, adi abadi, mariam, shahril, jariyani , jariyati etc. mereka golongan pelajar yg sgt matang. amat bertanggungjawab pd pelajaran mrk. amat rajin. Mrk sekarang mungkin sudah berada di alam pekerjaan. mama mendoakan moga mrk menjadi insan yg berjaya di dunia dan akhirat.
Ya ALLAH, berikanlah mama jalan dan panduan untuk mendidik anak2(pelajar2 mama skrg) ini menjadi insan yg cemerlang di sisiMU.

4 comments:

Anonymous said...

alhan, janganlah bersedih! Tugas kita hanya menyampaikan, perubahan berlaku dengan kuasa Allah. Sedangkan tugas Rasul juga hanya menyampaikan kebenaran, hakikatnya untuk memberi hidayah adalah milik Allah.

K.ilah juga memikirkan, penat juga memberi motivasi kepada pelajar, tetapi bila kenang balik, hati menjadi lega, sebab...kita sudah menyampaikan apa yang sepatutnya. Tapi...hati teramat gembira jika ada seorang 2 yang benar2 mengambil iktibar dari apa yang kita cakap. Biar kecil, tapi signifikan!

~albazrah~ said...

Kak Alhan, kenapa pula ada demo kat UiTM penang?

alhan said...

terima kasih k.ilah. betul k.ilah tugas kita hanya menyampaikan. Lamalah pula nak tunggu cuti mid sem break yg dilanjutkan sehingga 27 ogos ni baru dapat bertemu mrk semula.
demo ttg isu uitm(cdgn MB selangor). ntahlah azma, isu ni dah jd bahan politik. kami di permatang pauh. akak dengar dia dianjurkan MPP. tiada arahan pengurusan atasan uitmPP pd pensyarah kata kelas dibatalkan. akak pun pergilah ke kelas td. tunggu punye tunggu tiada seorang pelajar pun yang datang. tu yg sedih tu, sedih memula sbb result test pelajar tidak memberansangkan. ingat nak motivasi depa sikit pg ni.

Amalina said...

tkpela kak alhan, teruskan menyampai tanpa jemu insyaAllah. mmg beruntung kita dgn profesion kita ni, ramai 'anak2' kita boleh jumpa.