muaz pula diserang campak sekam. campak ini kelihatan spt ruam. warna kemerahan dibawah kulit. muaz demamnya agak teruk dari abg yong. abg yong cuma 2 hari. muaz sudah melewati 4 hari, on off demamnya. moga manjalara mama seorang ni akan sihat segera. di kala suhunya turun, kelihatan cergas sgt anak mama ni, dikala suhunya naik, muram sahaja.
hujung minggu semalam kami ke alor setar. upacara merisik mak ndak wani. Rombongan bakal pak ndak dari terengganu hadir berkenal2an. luqman memberitahu pada hadirin yg hadir: hari ni tok buat kenduri tak dak pengantin!!! :). mak ndak memakai pakaian biasa sahaja. memang mak ndak 3 hero ni amat simplelah orgnya. Mama tidak dapat bersama ketika upacara kemuncak merisik(perbincangan dan sembang2). Suhu badan muaz tinggi menyebabkan mama keluar membawa muaz ke KMC. luqman semangat menghadapi makanan dgn rombongan merisik. dia makan nasi+kicap!!!. hero kedua mama ni memang hobinya makan. jarang sekali dia menolak rezeki. badannya makin tough n macho sekarang.
semalam sebelum pulang ke penang, abg yong bergaduh mulut dgn luqman. Abg yong seorang yang suka menyimpan barang(cthnya jika dibelikan sugus, mesti dia akan simpan utk esoknye ke atau utk tujuan lain, diberi pd kwn). Manakala luqman n muaz pula akan terus menghabiskan sugus tersebut dgn lajunya. dan satu lagi luqman agak kedekut pd barangnya. Pergaduhan tercetus apabila luqman di lihat mengambil sugus yg disimpan oleh abg yong. Dalam kegeraman tu , terkeluar dari mulut abg yong: "luqman ni dahla tangkai jering , tangan panjang pula tu" . mak ndak menyampuk, tangan panjang tu makna apa? hehe tersilap peribahasa rupanya, panjang tangan. abg yong rajin mengaplikasikan peribahasa yg dia belajar dlm dialognya. tapi bahasa melayu masih lagi antara subjek yang agak lemah padanya.
mama harap 3 hero mama sihat agar kita dapat balik ke KL hujung minggu ini, Insya-ALLAH
5 comments:
alahai siannya adik muaz manjalara. moga adik cepat baik dari campak.
abg yong, wah2 rajin prektik kan peribahasa, bagusnye. luqman comei, mkn jgn tak makan, geram betul muka bulat n mata bulat ni. hugs utk 3hero.
hujung minggu ni cuti panjang ke?
Alhamdulillah mlm td dah tak demam. campak pun dah mula ke muka. moga dia cepat keluar n sembuh. abg yong di kala marahlah byk keluar peribahasa. tengok luqman mmg nampak muka mak ngahnya, gebu je hehe...
hujung minggu biasa sj. cuma pak long ikhwan nak kenduri, kami nak balik. cuti sekolah seminggu minggu depan. nway mama n abah 3 hero x cuti. next public holiday is national day. bersambungan dgn 1ramadan
abg yong bley ganti karam sigh walia ni.. (betul ke eja)..bagus2..
ek elee. mak ngah puji luqman seumpana memuji diri sendiri nampak..haha...
harap2 sumer sihat..bley blk kl.. wendu sumer dah ni..
mak ngah.. jgn jeles.. hang tunggu bln 11 nnt je la..
aaa tullah. mmg ada jg ciri2 mcm karam sigh walia. dia pandai jg buat pantun.
kami pun wendu kat syaza the comelest. td lunch akak g hantar air kelapa(ubat campak muaz) kat rumah b/sitter luqman n muaz, luqman buka pintu dgn senyuman simpulnya tgh mkn coklat belian dr cik jatnya. terus tunjukkan gigi dia kat mama. mcm tahu2 je mama dia nak perli gigi dia.
mama,ayat2 karangan mama makin baguih grammarnya:)
thanx mama n famili sudi blk memeriahkn majlis ringkas ahad lps.
moga muaz cepat sembuh!
Post a Comment