Wednesday, September 3, 2008

puasa

Alhamdulillah terasa seronok memasuki ramadan ini. Azam mama moga ramadan kali ini mama mampu khatam membaca Al quran dan terjemahannya. Mama selalu teringat di mekah dan madinah dahulu, dlm ms 1/2 jam atau 45 min mama dpt membaca 1 juz. Alhamdulillah ms ke haji tempoh hari mama dpt khatam 4 1/2 kali. Nikmat membaca ayat2 suci ALLAH tidak dpt nak digambarkan. Ya ALLAh mampukanlah mama Mama teringat insiden di mekah dahulu, mama kena ulcer di dalam mulut, ketika itu terasa sedih sgt, setiap saat berdoa pd ALLAH agar disembuhkan segera ulcer itu agar mama dpt membaca Al-Quran dgn lancarnya. mama ke klinik mengambil ubat, doktor menulis nama ubat ini pd satu kertas kecil, katanya Insya-ALLAH ok utk sembuhkan ulcer tetapi di klinik tabung haji tiada bekalan ubat ini. mama pun simpan keratan kecil kertas itu tanpa membaca nama ubat itu. satu hari tu mama terasa sakit sgt2 ulcer tu, abah terus ke farmasi mencarikan ubat utk mama tanpa mengetahui nama ubat yg doktor tuliskan itu. Mama amat terkejut apabila abah balik membawakan ubat(Kenalog in orabase) yg sebiji mcm yg tertulis di kertas oleh doktor itu. Alhamdulillah slps sehari mama guna ubat itu, ulcer mama pulih. ALLAH MAHA PENYAYANG, ALLAH MAHA MENDENGAR.
Tahun ini mama merancang untuk mula mengajar luqman n muaz berpuasa. Target mama hanya ingin mengajak mereka berpuasa di hujung minggu. mama rasa susah juga luqman ini berbanding abang muhammad dahulu. Muhammad dahulu senang sikit nak di ajarnya. 5 tahun dia sudah mula berpuasa wpun tidak cukup 30 hari. Mama nak lihat hujung minggu nanti macam mana. teringat beberapa hari sebelum ini muhammad tanyakan mama, " mama , k.ngah(anak jiran) dia kena penyakit pirate, mama tahu tak penyakit tu macam mana?". Ntah tak pernah dengar pun. pirate tu bunyi macam lanun je, ke pirate cetak rompak. hat tu jelah yg mama tahu, ke dia kena penyakit meniru. pagi tadi mama tanya dia, ija(adik pd k.ngah) puasa tak? Dia puasa, cuma k.ngah tak puasa, dia kena penyakit pirate. kesian kat dia mama. :) He he mama tersengih, la rupanya k.ngah tu kena penyakit period!!! hish muhammad ni silap dengar kot. Lepas tu mulalah dia tanya mama kenapa ALLAH bagi keistimewaan pd org perempuan dgn penyakit period tu sebulan sekali.
satu malam mama tgh terawih, dua hero(luqman n muaz) ada bersama. Semasa sujud terakhir tu mama sujud lama, berdoa pd ALLAH. tiba2 terdengar dua hero datang hampir kepada mama. " mama kita mati ka? dia tak bangun2 lagi ni. kita angkat lah kepala mama" :) aduss mama tak kusyuk dah waktu tu terus bangun dari sujud. " ha mama kita tak mati lagi, dia hidup :)."

10 comments:

Unknown said...

hahaha,last part sgt menggelikan hati!
brapa lama luqman n muaz posa hari 1st?
selamat beramal di bln mulia ni.doakn makndak dpt khatam AQ gak.thn ni rs lembab skit.kalo kt rusia dulu,setiap waktu sempat ambiq masa baca AQ.moga sama2 x siakn2 masa yg tinggal..

Amalina said...

HAHAHA, mmg lawak takleh thn. Seblm2 ni boleh gelak dlm perut lagi, this time mmg gelak terus sorang2 kat lab ni. Ada2 aje 2 org hero kecik ni... tapi concern betul diorang, risau sgt tu. Syg kat mama dia.

Amalina said...

Semoga dapat byk lakukan ibadat Ramadhan tahun ini, amin.

mama syaza said...

byk dah ilmu amad tentang wanita ni..semakin dewasa..hehe
selamat berpuasa..

alhan said...

hero2 tu mmg kelakar dan byk cakap. posa2 ni penat jg nak layan depa yg senantiasa byk ckp.
Insya-ALLAH moga kita dpt melipatgandakan amal ibadat di bulan mulia ini. depa posa yangyuk je mak ndak. time nak susu depa tak posa.
mmg dah byk ilmu dia ttg wanita. sahur td dia tanya mcm mana kejadian manusia. dia kata dia lihat buku(sains agaknya) baby di dalam perut ibu. jenuh abah dia explain ttg kejadian manusia dr seketul darah ....

~albazrah~ said...

heheh... lucu betoi.

ctnoni said...

mencabar jgk kan nak ngajar anak2 supaya puasa...si Alya ni pun belum posa lagi...sy nak ajar dia posa memula tu separuh hari...first day try ok la...tengah hari baru dia mkn...tp second day dah tak jln..teacher dia kata dia selamba jer pi ikut bebudak lain sarapan pagi...bila sy tny "knp kakak mkn, kakak ckp nak posa" dia ckp dia lapar....at last ayah dia kata tak pe la...dia baru 6 thn...nanti Darjah satu dia paham la kot....wonder mcm mana awak latih muhammad posa?kongsi la sikit?

alhan said...

Untuk muhammad dulu, ada sepupu dia nama aisyalhani(anak hafiz n hafizah), dia umur 5 thn dah puasa penuh.La ni,isnin n khamis pun dia puasa sunat(sebaya muhamammad). so sy jdkan aisyalhani tu modelnya. satu lg sbb sy hantar muhammad ke PASTI. bulan puasa PASTI tidak sediakan makan masa rehat. jd senanglah nak monitor puasanya. bila hari sekolah babysitter tlg pujuk. lama2 ok. utk luqman n muaz, sy bg depa nonton CD upin n ipin. Alhamdulillah Cd tu byk jg pengaruhi depa memahami erti puasa ini disamping sy mengexplainnya. Alhamdulillah weekend semalam depa puasa cukup. saya pula yg kesian esp pd muaz yg mini shj saiznya. risau takut tak cukup zat. moga ALLAH memelihara mrk

Amalina said...

seronok kak alhan pi haji, boleh concentrate ibadah camtu. Mudah2an ina n edzrol murah rezeki dapat pi masa muda dan sihat. terharu dan kagum bila apa yg kita doakan dapat/ dimakbulkan kan? Alhamdulillah.

alhan said...

Insya-ALLAh akak doakan utk ina n edzrol.memang pergi haji kebykkan masa kita beribadah pd ALLAH. terasa nikmat beribadah di tanah suci. bila balik ke msia, kena kuat melawan hawa nafsu. Iman turun naik. kena dibajai selalu dengan benda2/aktiviti yg mengingatkan diri pdNYA. moga setiap yg dilakukan adalah ibadat pdNYA.Akak yakin pd kekuatan DOA.ALLAH MAHA MENDENGAR. kalau boleh dlm setiap apa yg dilakukan hati senantiasa berdoa.Bukan hanya doa ketika di tikar sembahyang shj.