semalam weekend yg agak meletihkan. sabtu lps subuh aktiviti biasa kami ke mengkuang dam utk menyihatkan badan. Mengkuang dam berkabus tebal hr tu. Sejuk dan nyaman. Abah berlari dgn luqman meninggalkan mama n abg yong n muaz. mama berlumba2 dgn mereka. lumba jalan laju.
3 hero berehat dipertengahan jalan
manjalara
slps jog kami ke tepi tasik memberi ikan makan roti gardenia. adik muaz siap bacakan doa sambil berkata, jgn gaduh2 rebut2 semua dapat makan :). seronok lihat ikan berkerumun mendapatkan roti yg dibaling.
rasa macam nak kaut letak dlm akuarium
slps zohor kami ke sunshine pulau pinang utk shopping. abah dpt vouvher rm400. so mama ajak abah spend utk bahan dapur. penuh 2 troli. yg tak tahan tu hero2 asal ada org bg minum percuma mesti depa nak rasa, teh, susu, kopi pahit jenama apatah depa nak jg. tensen mama, yg tak sedap depa passkan kat mama suruh habiskan. yg sedap(cadbury choc 3 in 1) depa dok ulang minta lagi, mama yg malu. petang kami singgah C4 pula nak belikan kasut. Plan asal nak beli utk adik muaz sj sbb selasa ni dia ada visit to balai bomba. adusss hingaq kat kedai kasut bata tu. suara paling kuat spt biasa luqman, sibuk nak kasut ada lampu + stokin. malu mama kat org sekeliling yg tersenyum melihatkan gelagat 3 hero.
luqman bersama kawan2 d dalam khemah
ahad awal pagi luqman paling awal bgn bersiap. luqman ada hari sukan. Berkali2 luqman ckp, kena mandi, makan, berak, kencing siap2 kat rumah. pukul 8 kami keluar sekeluarga ke pdg kg kota. luqman bersemangat sungguh nak bersukan.
acara pertama, lari dalam gelung
acara pertama , lari dlm gelung berkumpulan, kumpulan luqman dpt no 4. peserta yg terakhir selamba rock berjalan lenggang, tensen luqman n kwn2 sekumpulannya yg berhempas pulas mendahului. luqman akhirnya berjaya menjadi pelari pecut terlaju dlm lari 70 m. hero2 mama ni laju juga larinya. abg yong dulu pun mengunguli jg lari pecut. lps ni tengok adik muaz pula. adik muaz nampak x selaju abg2 dia dua org tu.
get set ready n go!!!!
luqman menuju garisan penamat
luqman juara pecut 70m
mama masuk bowling buah kelapa. hehe...satu pun x jatuh. abg yong kata mama memalukan je, hehe....adik sbl mama baling lg dah kata: mama mesti kalah. ni mesti doa adik nih.
mama membaling kelapa.....hehe satu pun tak kena
round 1 abg yong mendahului di depan
round 2 kwn abg yong dah pancit
abg yong masuk lari kereta sorong berpasangan. round pertama abg yong laju ditolak kawan. kuat sungguh tgn abg yong berlari2. unfortunately round ke2 kwn abg yong terpeleuk n sat2 kereta sorg terbabas. akhirnya mrk mendapat tempat ke3. abg yong agak frust kerana dia berusaha keras round 1 tetapi kwnnya pancit round ke2 tu. hr ni abg yong demam agaknya di'dera' tolakan laju kereta sorg semlm.
acara utk adik muaz, kutip gula2 n ais pop
6 comments:
rajin adik muaz berdoa, :). dingin nampak dam berkabus tu. aiyyo, sini kalau musim panas tu, pagi petang siang mlm panas, atas bukit pun panas. takdela nak berkabus2 pagi2.
athletic juga hero2 ni, serba boleh. mak ngah tumpang bangga boleh? :D.
summer malam tak sejuk ka kat sana? ingat panas siang je. kat sini jerebu la ni. indonesia bakar hutan lg.
tula depa nampak aktif. abah dia rsnye kaki bangku(hehe jgn mare....). luqman tak sangka juga. badan berisi lari laju. abg yong understoodlah sbb cekeding. muaz tak tau lg. nampak mini je dia, hehe...
ehem ehem.. berisi2 pun bley lari laju tau.. mak lang ni atlet jgk dulu zaman sekolah, tak la kurus sgt pun..hihi.. tapi la ni tgk badan pun tau. laju makan je.hehe.
tahniah luqman menang pecut!tererlh ank sedara makndak ni,bangga makndak:)
heran jg depa ikut sape atheletic. mama n abah x atheletic langsung. depa ikut mak lang shima, pak teh fikri n pak usu fahmi rsnya.
yang mini tu yang selalunya nak menyerlah tu, :D.
sini panasnya aduuh nak nangis. kalau jln kat luar tu, cam terbayang2 kat padang masyar lagi panas camnela nak thn:). Mmg sakit ubun2. Panas kat sini mmg sampai letih2, lenguh2 badan. Tapi mungkin Kyoto je kot, pasal dikelilingi bukit, haba tak lari. Negeri lain cam tak la teruk sgt.
Post a Comment