Wednesday, March 31, 2010

ambillah ia sekadar bekal pengembara

Alhamdulillah tiap selasa malam kami sekeluarga jika tiada apa mengikuti kuliah mingguan dari Dr asri(kitab umdatul ahkam) di institut Al-Qayyim. Sekarang ni membincangkan tentang bab munakahat, eddah secara spesifiknya. Tiga hero kurang memahaminya. Sekejap2 menganggu mama dengan pelbagai soalan. Biasanya mama akan siapkan bekal air, makanan dan buku2 aktiviti buat mereka. Satu hobi luqman, beli pen cenderahati inst Al-Qayyim. Selalu minta duit kat mama, katanya nak derma kat masjid ni mama, banyak pahala tau. Dia teruja membeli pen dan memasukkan duit di dalam kotak sendiri tanpa penjual :).
Semalam muqadimahnya Dr asri menceritakan pengalaman mengerjakan umrah baru2 ni. katanya zaman sekarang ramai orang sudah mampu. Namun pelbagai macam ragamnya jemaah ke sana. Moga jika kita dijemput ke sana, hati kita benar2 ingin dekat padaNYA. Diselang seli pula dengan penceritaan betapa tingginya iman umat islam dahulu( cth imam as-syafie, ibnu abbas), keyakinan mereka yang tinggi pada ALLAH dan rasulnya menyebabkan doa mereka mustajab. `Ikramah meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas apabila minum air zamzam berdoa (ertinya): "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepada-Mu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." Diceritakan, Ibnu Abbas ialah sahabat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua. Oleh itu bagaimana iman dan keyakinan kita tatkala kita meminum air zam2 dan berdoa padaNYA.
Kemudian Dr asri bersambung bercerita tentang kehidupan dunia yang sementara berdasarkan Sabda Nabi s.a.w: "Beradalah engkau di dunia ini seolah-olah engkau itu seorang dagang atau pengembara." tatkala baginda menasihati ibnu umar r.a. Ulas Dr asri, ambillah dunia sekadar bekalan pengembara. Dr asri memberi contoh, bagaimana kita berhutang ratusan ribu atau jutaan membuat rumah yang besar dan indah walhal islam menyuruh kita membelanjakan harta kita kepada islam. Berapa banyakkah dah kita ambil dunia ini.....
”Ya Tuhan kami,ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”(3:147)

Friday, March 26, 2010

Bulan tiga ni musim bola hero2 kecuali luqman. Muhammad Torres masuk team bola sekolah pmtg pasir, Muaz Kuszcak baru terpilih jadi goalkeeper tadika pasti dia. Luqman Ronaldo gantung boot jap, tiada kejohanan utk budak darjah satu. Team sekolah Muhammad terkandas peringkat semi-final, utk liga permatang pauh-bukit mertajam-seberang jaya. Muaz Kuscak masih baru training, actually Muaz volunteer utk jadi keeper. Ni gambar muaz tengah training, gambar kamera handphone je. Yg kecik kemetot tengah2 gawang gol tu lah muaz, jegil2 lah mata tu nak tengok... soundtrack clip ni suara itik angsa, training pun belakang rumah orang kampung

Thursday, January 7, 2010

2010

salam tahun baru pada semua. Pantas sungguh masa berlalu. Pengajian mama pun sudah berlalu setahun. Doakan masa2 mendatang yang bakal mama lalui diberkati, diberkati usia, diberkati kerja2 penyelidikan yang dilakukan, diberkati tugas2 rumahtangga yang dijalankan.
Alhamdulillah luqman memulai persekolahan barunya dengan tenang. Nampak luqman mudah menyesuaikan diri berbanding abang yong dahulu. Hari pertama rehat di sekolah, licin pinggan nasi lemaknya. Luqman memang tidak menolak rezeki. mama pula yang takut luqman jadi montel nanti, hehe..Malam2 pun dia ingat homeworknya.
Abang yong pula memulakan persekolahan tahun ni dengan menjadi pengawas sekolah. Hari pertama dia ditugaskan menaikkan bendera ketika perhimpunan pagi. Hari kedua kedengaran ngomelan dia, penat juga jadi pengawas, kena marah pun ada. Moga abang yong terus berkhidmat dengan penuh amanah kerana ALLAH, bukan kerana sijil semata2.
adik muaz dah sembuh sepenuhnya dari bersunat. Hari pertama kelihatan berat nak ke sekolah. Dia kata takut kawan tertendang "nonen" baru dia nanti sakit pula. sebenarnya dia seronok bercuti, malas nak kembali ke sekolah. Alhamdulillah setelah dipujuk dia ok ke sekolah.
okes, lets move on. All the best. May ALLAH bless ur life.

Thursday, December 17, 2009

magic by muhammad

minggu ni 3 hero berada di alor setar. Jumaat lepas muaz selamat disunatkan. Namun sehingga hari ini, dah 8 hari katanya masih berkain pelikat dengan pendedahan depannya. Alhamdulillah ketiga2 hero mama berani. Di usia 5 tahun semuanya telah bersedia untuk disunatkan. Cumanya 3 hero mama kurang sikit sifat kemaluannya. Mungkin mereka masih kecil belum lagi punya sifat malu yang tebal, sifat takut dan kesakitan masih tebal.
Sunyi pula dirasakan malam2 tanpa 3 hero. ada mereka mama pastinya tidak henti2 bercakap. Satu tinggalan karya dari abang yong benar2 membuatkan hati mama terhibur. Abang yong memang kelakar orangnya dan suka sangat perasan akan kehensemannya(yang dinyatakan dalam nada lawaknya). Rupanya macam2 aktiviti mereka buat dengan handphone mama. salah satunya yang mencuit hati mama adalah karya magic dari abang yong seperti di bawah.

Cuti sekolah dah hampir ke penghujungnya. Mama sedih juga cuti kali ni mama tidak dapat membuat perancangan untuk membawa 3 hero jalan2. Mama ke melaka tempoh hari atas urusan menghadiri konferen pun mama berat untuk membawa mereka bersama. Mama ingin memberi tumpuan pada kerja penyelidikan mama. sehingga ke saat ini mama masih lagi terikat dengan kerja. Doakan ya mama dapat sempurnakan dalam minggu depan, kemudian mama akan cuba cari masa untuk bawa 3 hero jalan2, Insya-ALLAH.

Wednesday, November 25, 2009

syukur

Pantasnya masa berlalu. Syukur padaMU Ya ALLAH atas nikmat kehidupan ini. Teringat kata2 ustaz di TV malam tadi, ALLAH sangat menyayangi kita. Ada dimintaNYA kita membayar di atas segala yang diberikan pada kita??? Ampunilah daku seandainya daku lalai dari mensyukuri nikmatMU, Ya ALLAH.
Mama seronok menonton khabar haji di Astro Oasis sekarang. kerinduan pada ibadat haji/mekah/madinah tidak pernah surut, malah makin bertambah. Benar, Haji merupakan gambaran perjalanan akhirat. Mama doakan rakan2 dan saudaramara yang menyahut panggilanNYA dan menjadi tetamuNYA kali ini memperolehi haji mabrur.
Cuti sekolah sudah bermula. Alhamdulillah belum lagi kedengaran bunyi2 kebosanan dari 3 hero mama. Tiap hari ke rumah pengasuh, mama lihat 3 hero dah siap plan apa aktiviti mereka. senang mama tak payah plan. Di usungnya raket badminton, chess, senapang, water color, beg sekolah. Pagi tadi muhammad minta duit pada mama, katanya nak makan roti canai kat kedai kopilah mama. mama nak belikan dia tak mahu, katanya nak makan di kedai sambil sembang dengan kawan. amboi, ni nak lepakkinglah ni. Tak pelah, mama izinkan. Insya-ALLAH 4 -11 dec ni muhammad akan menyertai Kem Hafazan Quran di masjid tak jauh dari rumah. Alhamdulillah dia nampak OK sebab ramai kawannya di taman turut serta. Mama pula akan ke Melaka untuk conference kemudian 11 dec muaz manja akan bersunat!!!. Moga akhir dec mama dapatlah cuti sekejap nak bawa 3 hero jalan2.
Sekarang musim sakit mata rasanya. 3 hero sakit sekejap saja, 2 hari sudah baik. mata mama dah seminggu kemerahan, mama tak dapat nak cuti rehat. Masih lagi ke makmal dan menghadiri bengkel dengan mata merah ni. Hari ni abah pula kena jangkit. Hmmm macam nak kena raya di penang saja ni. Tak pelah apa dan dimana2 pun. Selamat menyempurnakan ibadah korban dan moga kita menjadi hambaNYA yang lebih bersyukur.

Tuesday, October 6, 2009

raya 1430H

gambar raya buat tatapan mak ngah dan pak teh di rantauan.

ni aktivti lapang 3 hero di KL
Bersama opah n tok ayah di KL

opah n tok ayah tgh belajar anyam ketupat palas dari abah, hehe..

Buah anggur tanaman tok ayah

3 heros n sepupus di Alor Setaq

Baby nur aisyah( anak ke 3 ayong wahida) bersama kakaknya nur aliah

mama n 3 heros 1st day raya di alor setaq

Mulanya mama bela 7 ekor ikan dalam balang ni, malangnya semua dah meninggal dunia. abah membela kaktus pula. kreatif jg abah

baby pak njang faiz, muhammad anas, bulat sangat muka, matanya badannya. berkat susu ibu.

Monday, October 5, 2009

riba

3 hari terakhir cuti raya di KL, mama sempat menonton program tanyalah ustaz di TV9, kali ini Ustaz zaharudin menceritakan tentang isu jual beli dan kewangan Islam. Ustaz benar2 pejuang dalam isu ini. benar2 ingin membantu kita semua keluar dari dosa besar ini. Mama benar2 tersentuh dan takut apabila ustaz menceritakan pasal Riba di dalam pinjaman dan credit card. Riba satu dosa besar, namun dosa besar ini kadang2 tidak kita takuti dan geruni sebagaimana dosa besar lain seperti membunuh , berzina etc. Alhamdulillah sebenarnya pada zaman kita sekarang telah banyak khidmat kewangan islam yang disediakan. kita memang boleh keluar dari dosa ini. Moga ALLAH menerima taubat mama dan mengampuni mama. Percayalah, Jika kita benar2 ingin keluar dari dosa ini dan benar2 dambakan redha ALLAH di dalam kehidupan kita, ALLAH pastinya membantu dan memudahkan kita. Alhamdulillah minggu lepas selepas mama selesai melangsaikan penuh hutang pinjaman kereta mama(2003 mama beli kereta, tidak mama terfikir pasal ni dulu, jahilnya mama, ketika itu hanya fikir ingin interest paling rendah), airmata menitis mengenangkan dosa dan moga ALLAH memberikan keampunan pada mama. hari yg sama juga mama memohon kad kredit islam dari maybank islamic. urusan dimudahkan. sebelum ini mama menggunakan citibank creditcard, mama ingat jika mama sentiasa membayar penuh setiap bulan, mama tidak terlibat dgn riba, namun kata ustaz, jumhur ulamak menyatakan itu juga riba kerana kita membantu operasi bank konvensional itu.
Hakikatnya judi dan Riba, kedua-duanya adalah dosa besar. Namun dari kategori dosa besar, tiada dosa besar yang Allah gambarkan dosanya seperti perang dengan Allah dan Rasul melainkan ianya dosa Riba ...
Allah SWT berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya" (Al-Baqarah : 278)
Imam Malik Bin Anas rh pula berkata :
Ertinya : "Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya" (Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 )
Allah SWT berfirman :
Ertinya : "Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah" ( Al-Baqarah : 276 )