Alhamdulillah tiap selasa malam kami sekeluarga jika tiada apa mengikuti kuliah mingguan dari Dr asri(kitab umdatul ahkam) di institut Al-Qayyim. Sekarang ni membincangkan tentang bab munakahat, eddah secara spesifiknya. Tiga hero kurang memahaminya. Sekejap2 menganggu mama dengan pelbagai soalan. Biasanya mama akan siapkan bekal air, makanan dan buku2 aktiviti buat mereka. Satu hobi luqman, beli pen cenderahati inst Al-Qayyim. Selalu minta duit kat mama, katanya nak derma kat masjid ni mama, banyak pahala tau. Dia teruja membeli pen dan memasukkan duit di dalam kotak sendiri tanpa penjual :).
Semalam muqadimahnya Dr asri menceritakan pengalaman mengerjakan umrah baru2 ni. katanya zaman sekarang ramai orang sudah mampu. Namun pelbagai macam ragamnya jemaah ke sana. Moga jika kita dijemput ke sana, hati kita benar2 ingin dekat padaNYA. Diselang seli pula dengan penceritaan betapa tingginya iman umat islam dahulu( cth imam as-syafie, ibnu abbas), keyakinan mereka yang tinggi pada ALLAH dan rasulnya menyebabkan doa mereka mustajab. `Ikramah meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas apabila minum air zamzam berdoa (ertinya): "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepada-Mu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." Diceritakan, Ibnu Abbas ialah sahabat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua. Oleh itu bagaimana iman dan keyakinan kita tatkala kita meminum air zam2 dan berdoa padaNYA.
Kemudian Dr asri bersambung bercerita tentang kehidupan dunia yang sementara berdasarkan Sabda Nabi s.a.w: "Beradalah engkau di dunia ini seolah-olah engkau itu seorang dagang atau pengembara." tatkala baginda menasihati ibnu umar r.a. Ulas Dr asri, ambillah dunia sekadar bekalan pengembara. Dr asri memberi contoh, bagaimana kita berhutang ratusan ribu atau jutaan membuat rumah yang besar dan indah walhal islam menyuruh kita membelanjakan harta kita kepada islam. Berapa banyakkah dah kita ambil dunia ini.....
”Ya Tuhan kami,ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”(3:147)
No comments:
Post a Comment