salam tahun baru pada semua. Pantas sungguh masa berlalu. Pengajian mama pun sudah berlalu setahun. Doakan masa2 mendatang yang bakal mama lalui diberkati, diberkati usia, diberkati kerja2 penyelidikan yang dilakukan, diberkati tugas2 rumahtangga yang dijalankan.
Alhamdulillah luqman memulai persekolahan barunya dengan tenang. Nampak luqman mudah menyesuaikan diri berbanding abang yong dahulu. Hari pertama rehat di sekolah, licin pinggan nasi lemaknya. Luqman memang tidak menolak rezeki. mama pula yang takut luqman jadi montel nanti, hehe..Malam2 pun dia ingat homeworknya.
Abang yong pula memulakan persekolahan tahun ni dengan menjadi pengawas sekolah. Hari pertama dia ditugaskan menaikkan bendera ketika perhimpunan pagi. Hari kedua kedengaran ngomelan dia, penat juga jadi pengawas, kena marah pun ada. Moga abang yong terus berkhidmat dengan penuh amanah kerana ALLAH, bukan kerana sijil semata2.
adik muaz dah sembuh sepenuhnya dari bersunat. Hari pertama kelihatan berat nak ke sekolah. Dia kata takut kawan tertendang "nonen" baru dia nanti sakit pula. sebenarnya dia seronok bercuti, malas nak kembali ke sekolah. Alhamdulillah setelah dipujuk dia ok ke sekolah.
okes, lets move on. All the best. May ALLAH bless ur life.
3 comments:
Alhamdulillah. Semoga usaha kak alhan, hari2 dan usia diberkati, amiin. thn ni jadi ka nak pi blajar bahasa arab? hugs utk 3 hero. mak ngah rindu betui dgn anak2 sedara. besaq2 dah semua.
terima kasih di atas doa ina. tak jadi lglah. ingat habis PhD nilah nak start,Insya-ALLAH. di uitm sendiri mmg ada kelas BAnya, malam2.tak lama lagi dah mak ngah nak balik for good. sempat tak attend kenduri anak mak iti feb ni? congrats Dr amalina. bestnye tengok kawan2 yg dah habis.
mak long, tq 4 ur comments. mama afiqah tgh mual2, tak larat.
Post a Comment