Wednesday, November 25, 2009
syukur
Pantasnya masa berlalu. Syukur padaMU Ya ALLAH atas nikmat kehidupan ini. Teringat kata2 ustaz di TV malam tadi, ALLAH sangat menyayangi kita. Ada dimintaNYA kita membayar di atas segala yang diberikan pada kita??? Ampunilah daku seandainya daku lalai dari mensyukuri nikmatMU, Ya ALLAH.
Mama seronok menonton khabar haji di Astro Oasis sekarang. kerinduan pada ibadat haji/mekah/madinah tidak pernah surut, malah makin bertambah. Benar, Haji merupakan gambaran perjalanan akhirat. Mama doakan rakan2 dan saudaramara yang menyahut panggilanNYA dan menjadi tetamuNYA kali ini memperolehi haji mabrur.
Cuti sekolah sudah bermula. Alhamdulillah belum lagi kedengaran bunyi2 kebosanan dari 3 hero mama. Tiap hari ke rumah pengasuh, mama lihat 3 hero dah siap plan apa aktiviti mereka. senang mama tak payah plan. Di usungnya raket badminton, chess, senapang, water color, beg sekolah. Pagi tadi muhammad minta duit pada mama, katanya nak makan roti canai kat kedai kopilah mama. mama nak belikan dia tak mahu, katanya nak makan di kedai sambil sembang dengan kawan. amboi, ni nak lepakkinglah ni. Tak pelah, mama izinkan. Insya-ALLAH 4 -11 dec ni muhammad akan menyertai Kem Hafazan Quran di masjid tak jauh dari rumah. Alhamdulillah dia nampak OK sebab ramai kawannya di taman turut serta. Mama pula akan ke Melaka untuk conference kemudian 11 dec muaz manja akan bersunat!!!. Moga akhir dec mama dapatlah cuti sekejap nak bawa 3 hero jalan2.
Sekarang musim sakit mata rasanya. 3 hero sakit sekejap saja, 2 hari sudah baik. mata mama dah seminggu kemerahan, mama tak dapat nak cuti rehat. Masih lagi ke makmal dan menghadiri bengkel dengan mata merah ni. Hari ni abah pula kena jangkit. Hmmm macam nak kena raya di penang saja ni. Tak pelah apa dan dimana2 pun. Selamat menyempurnakan ibadah korban dan moga kita menjadi hambaNYA yang lebih bersyukur.
Tuesday, October 6, 2009
raya 1430H
gambar raya buat tatapan mak ngah dan pak teh di rantauan.
Monday, October 5, 2009
riba
3 hari terakhir cuti raya di KL, mama sempat menonton program tanyalah ustaz di TV9, kali ini Ustaz zaharudin menceritakan tentang isu jual beli dan kewangan Islam. Ustaz benar2 pejuang dalam isu ini. benar2 ingin membantu kita semua keluar dari dosa besar ini. Mama benar2 tersentuh dan takut apabila ustaz menceritakan pasal Riba di dalam pinjaman dan credit card. Riba satu dosa besar, namun dosa besar ini kadang2 tidak kita takuti dan geruni sebagaimana dosa besar lain seperti membunuh , berzina etc. Alhamdulillah sebenarnya pada zaman kita sekarang telah banyak khidmat kewangan islam yang disediakan. kita memang boleh keluar dari dosa ini. Moga ALLAH menerima taubat mama dan mengampuni mama. Percayalah, Jika kita benar2 ingin keluar dari dosa ini dan benar2 dambakan redha ALLAH di dalam kehidupan kita, ALLAH pastinya membantu dan memudahkan kita. Alhamdulillah minggu lepas selepas mama selesai melangsaikan penuh hutang pinjaman kereta mama(2003 mama beli kereta, tidak mama terfikir pasal ni dulu, jahilnya mama, ketika itu hanya fikir ingin interest paling rendah), airmata menitis mengenangkan dosa dan moga ALLAH memberikan keampunan pada mama. hari yg sama juga mama memohon kad kredit islam dari maybank islamic. urusan dimudahkan. sebelum ini mama menggunakan citibank creditcard, mama ingat jika mama sentiasa membayar penuh setiap bulan, mama tidak terlibat dgn riba, namun kata ustaz, jumhur ulamak menyatakan itu juga riba kerana kita membantu operasi bank konvensional itu.
Hakikatnya judi dan Riba, kedua-duanya adalah dosa besar. Namun dari kategori dosa besar, tiada dosa besar yang Allah gambarkan dosanya seperti perang dengan Allah dan Rasul melainkan ianya dosa Riba ...
Allah SWT berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya" (Al-Baqarah : 278)
Imam Malik Bin Anas rh pula berkata :
Ertinya : "Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya" (Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 )
Ertinya : "Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya" (Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 )
Allah SWT berfirman :
Ertinya : "Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah" ( Al-Baqarah : 276 )
Ertinya : "Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah" ( Al-Baqarah : 276 )
Thursday, September 17, 2009
kumpul sijil
hari ni mood nak buat keje dah tak ada. namun mama datang juga buat sedikit keje dan merancang keje selepas seminggu bercuti nanti. Kalu tidak tak ingat apa yg ditinggalkan sebelum bercuti. Dikesempatan ini mama ingin mengambil peluang memohon kemaafan pada semua. Moga segala amal kita diterima ALLAH, moga kita terus beristiqamah, Insya-ALLAH.
Teringat mama pada suatu kisah hero mama, hihi...ada satu hari tu, abg yong balik sekolah beriya menceritakan pada mama:
"hari ni muhammad dapat dah sijil mendapat tempat ke3 pertandingan hafazan ayat Al-Quran tempoh hari. sat gi balik mama tolong simpan elok2. oh ya mama, sijil tadika PASTI dulu mama letak mana? satu lagi, tahun depan mama kena izinkan muhammad jadi pengawas. Jadi ketua darjah tak dak sijil, jadi pengawas ada sijil.muhammad nak kumpul sijil2 ni mama. Penting nak masuk universiti nanti.nak pergi jepun ka nanti".
hihi terus mama ketawa. Adusss sampai ke situ difikirkannya abg yong ni. malam tu mama ceritakan kat abah, abah cite pula pengalaman dia masa di sekolah tu sampai sanggup jadi AJK tandas sebab nak kumpul sijil. hihi muhammad sengih. tak sanggup mama...
Wednesday, September 16, 2009
abg yong
"mama, rabu ni kakak hajar ajak muhammad teman dia shopping di summit shopping mall, boleh dak muhammad nak pi. Pilah mama kata. Hmmmm mama, takkan nak pi dengan tangan kosong, mama bagilah duit sket kat muhammad. amboi, nak berapa? muhammad rasa muhammad nak beli jersi. kalau masuk kedai Al-Ikhsan, seratus ringgit cukuplah kot. fuh terkejut mama. amboi2 nak seratus no. banyak tu, sedekah kat fakir miskin lagi besar pahalanya muhammad. mama meneruskan leteran pada muhammad. Akhirnya semalam mama hulurkan RM50 pada muhammad. Dia menerimanya. Semalam petang dengan senyuman dari dalam kereta nampak muhammad menunjukkan jam dan jaket berhoodnya. fuh terkejut mama tengok warna jaket yg merah menyala. mama tanya awat beli kaler ni? dia kata hat ni ja yg murah mama. tinggal satu ja. Jam adidas ni pun Rm16 ja mama. Lepas tu muhammad belikan mainan untuk muaz dan luqman.
Bila mama teringat kejadian semalam,mama tersenyum, dalam dok berperang mulut dengan adik2nya, abang yong sebenarnya penuh kasih dan sayang pada adik2nya. mama berbangga dengan abg yong semalam. Dengan berbekalkan Rm50 dia dapat membeli keperluannya dan untuk adik2nya. hihi mama tersenyum pula melihat jam adidas muhammad, sebenarnya di jam itu tertulis ABIDAS.
Thursday, September 3, 2009
puasa 1430H
selamat berpuasa kepada semua dan semoga diberi kesegaran, kekuatan untuk beribadah kepadaNYA, semata2 untukNYA di bulan mulia ini. Moga lailatulqadar dapat kita perolehi, Insya-ALLAH.
Tahun ni luqman dan muaz tidak banyak kerenah menyempunakan puasa mereka. Alhamdulillah jarang kedengaran rungutan lapar dari mereka. Luqman belum lagi meninggalkan puasa, muaz hari pertama puasa sempat bertahan sehingga pukul 430 petang dan setakat hari ni hanya 2 hari tidak berpuasa. Mama tidak memaksa mereka terutamanya adik muaz yg kecik kenet tu.
Tahun ni Alhamdulillah mama berkesempatan berjemaah terawih di masjid/surau. hero2 mama sudah besar. Kami berlima ke surau bersama. adik muaz selalunya akan solat isya, terawih ikut moodnya. selalu kelihatan kelibat adik muaz sampai ke surau rolling kat tiang jap, bersandar di dinding, kejap rolling kat lantai kejap duduk.yg pastinya dia mesti ke pintu yg membahagi jemaah wanita dan lelaki untuk check mama dia dok kat saf mana. semalam tersenyum mama melihat gelagat adik nak azan. 2 3 kali sebelum muazzin tiba adik ke depan nak mengazan kejap. Tatkala muazzin dtg, mengazan, adik teruja nak azan bersama2. Doa mama tiap hari agr ALLAH berikan keringanan pd tubuh mama dan juga hero2 mama untuk beribadah padaNYA, berikan kekusyukan, berikan kesegaran dan moga ALLAH menerima puasa dan solat anak2 kecil mama. dan moga puasa menjadikan mereka insan yg lebih baik. Jenuh juga nak pahamkan mrk erti puasa yg sebenarnya.
marilah kita memburu Lailatulqadar. Tatkala menyebut lailatulqadar, hati rasa sayu, mama sangat mendambakannya. moga ALLAH mengizinkan mama dapat merasainya.
Tuesday, August 11, 2009
sukan pasti
mama suspen, kejap lagi ada group meeting yg diadakan every 2 weeks. apa nak di present ni???. result mcm x cantik ja. Doakan yek phd mama lancar n berjaya. Hari ni juga konvokesyen di usm. Seronok melihat graduan2 menerima sijil, hmmm bila yek giliran mama, hopefully tak lama lagilah...
hujung minggu semalam, diadakan sukan tahunan PASTI. kali ini sukan di adakan di padang Taman Ara Indah, di taman kami duduki. Walaupun keadaan padang agak becak kerana sabtu seharian hujan, dan awal pagi ahad tu juga hujan, rata2 kanak2 kelihatan sangat seronok bersukan dan bermain air!!. Kali ini luqman tidak menjuarai lari pecut. Dia menduduki tempat kedua. hehe...kuat makan agaknya(sebelum berlari dia minta mama belikan keropok lekor yg dijual di tepi padang). Luqman memang jarang menolak rezeki. Setiap pagi, apa jua jus buah-buahan yang abah sediakan, dia akan minum sampai habis satu gelas(muaz jenuh nak abis 1 cawan). Kemudian dia akan menikmati breakfast. Kebiasaannya sebelum ke sekolah pastinya dia akan minta mama belikan bekal, nasi lemak, roti canai atau kuih donut sosej. hmmm risau mama melihatkan dia yang suka makan.
adik membawa bola di celah kakinya sambil melompat macam kangaroo
pelari pecut permatang pasir
Abg yong memenangi hadiah utama di acara sukan PASTI kali ini, kipas meja. Yang tersentuhnya hadiah itu adalah dari Allahyarham YB hamdan, adun permatang pasir yg meinggal dunia baru2 ini. YB sepatutnya merasmikan acara sukan kali ini.Tak sangka mama tekaan bilangan kacang di dalam botol yang ditulis abg yong hampir tepat, 3206 biji. Malam tadi walaupun kipas siling dan aircond sudah dipasang, namun abg yong memasang jua kipas meja yg dimenanginya, nostalgic agaknya.
Ahad semalam juga kami menerima kunjungan sahabat lama di southampton dahulu, Dr Asral sekeluarga. wah dah Dr, kawan sekuliah mama dan serumah dengan abah ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)