Thursday, September 17, 2009

kumpul sijil

hari ni mood nak buat keje dah tak ada. namun mama datang juga buat sedikit keje dan merancang keje selepas seminggu bercuti nanti. Kalu tidak tak ingat apa yg ditinggalkan sebelum bercuti. Dikesempatan ini mama ingin mengambil peluang memohon kemaafan pada semua. Moga segala amal kita diterima ALLAH, moga kita terus beristiqamah, Insya-ALLAH.
Teringat mama pada suatu kisah hero mama, hihi...ada satu hari tu, abg yong balik sekolah beriya menceritakan pada mama:
"hari ni muhammad dapat dah sijil mendapat tempat ke3 pertandingan hafazan ayat Al-Quran tempoh hari. sat gi balik mama tolong simpan elok2. oh ya mama, sijil tadika PASTI dulu mama letak mana? satu lagi, tahun depan mama kena izinkan muhammad jadi pengawas. Jadi ketua darjah tak dak sijil, jadi pengawas ada sijil.muhammad nak kumpul sijil2 ni mama. Penting nak masuk universiti nanti.nak pergi jepun ka nanti".
hihi terus mama ketawa. Adusss sampai ke situ difikirkannya abg yong ni. malam tu mama ceritakan kat abah, abah cite pula pengalaman dia masa di sekolah tu sampai sanggup jadi AJK tandas sebab nak kumpul sijil. hihi muhammad sengih. tak sanggup mama...

9 comments:

Hasfazilah said...

bagus lah alhan, dia dah ada target tu...

mama syaza said...

abg mir jadi AJK tandas sbb nak sijil?? halamak.. dasat nye bro. pehtu ni abg yong dah ikut abah dia la ni.. kumpul jgn tak kumpul. kene kasi org impress masa interview..hahah

Amalina said...

wah advance abg mir... awat tak ajar ina kecik2 dulu kumpul sijil, hehehe. Teringat masa jadi pengakap kt sekolah gombak... abg mir tolong lakonkan jadi org gila sbb ina malu gila nak buat.

alhan said...

yg nak tergelak lagi dia suruh saya laminate sijil tu akak. penting betul sijil2 tu pada dia.
tula bapa borek anak rintik.
la tau tau pun cite abah muhammad berlakon jadi org gila.dasat jg abah muhammad ni, hehe...

KSPulau said...

Salam....
Lamaaaa slps sijil diperoleh, kita akan terkenang kembali sejarah sijil tu....nostalgia lama akan menjengah semula...

Amalina said...

salam, kak alhan kabare? lama menyepi.

abu muhammad said...

pembetulan, bukang abg yg jadi AJK tandas, tapi kawan abg. kak alhan ni riwayat hadith tak tepat...

alhan said...

hihi sorry bang, silap dengaq. mmg nak tergelak abis terdengaq AJK tandas tu.
sibuk dgn phd ni, abis mood nak buat benda lain x jd. doakan ye utk akak. peninglah phd ni.Alhamdulillah ada 3 hero tu penghibur pening akak, kekdg penambah pening, hehe..napelah akak buat phd. syoknye ina dah habis.

alhan said...

KSPulau,
ya betul, sijil menyingkap kenangan lama