Monday, December 15, 2008

masjid ubudiah dan adik busuk

Tadi mama bawa abah pergi mengurut dekat pak roi permatang pasir. Alhamdulillah abah kata rasa lega banyak lepas mengurut. Abah diserang gastrik dan sakit belakang badan sejak jumaat semalam. Ditambah pula sabtu abah membantu mama pindah barang ke bilik baru mama di tingkat 2 menaiki tangga yang agak curam. Sakit abah bertambah sakit .Kesian abah dan terima kasih. Selepas penat mengangkut barang,mama belanja abah di nash donut. mama seperti biasa rasa teringin nak makan donut tetapi selalunya hanya 1 donut sahaja berjaya di makan. Adik muaz(lidah melayu tulen abah kata) kurang berminat dengan makanan barat tidak seperti abangnya muhammad. Jika ada muhammad pastinya sudah licin. Luqman, bagilah apa jenis makanan dia akan makan.

pilihan donut dari mama mesti ada coklat2an

Semalam kami ke Kuala kangsar. Abah ingin memenuhi jemputan kahwin rakan sepejabatnya. Dalam abah kesakitan kami ke sana juga. Sampai di kuala kangsar sudah pukul 315 petang. Segan pula kami dibuatnya kerana majlis sudah berakhir. Di Utara kebiasaannya kenduri akan berakhir sekitar 6 petang. Di sini agak awal majlis kendurinya berakhir. Walaubagaimanapun kami tetap di layan dengan makanan kenduri yang enak dan dihadiahkan labu sayong. Selepas itu kami menuju masjid ubudiah untuk solat. Cantik masjid ini. Kawasan dalam masjid kecil sahaja. melihat tiang besar dalam masjid mama teringatkan masjidil haram dan masjid nabawi. Moga mama dan abah masih berkesempatan ke mekah dan madinah lagi untuk haji dan umrah, Insya-ALLAH. Bulan lepas mama ke tabung haji untuk mengupdate buku akaun mama. Setelah berbual dengan pegawai TH itu mama mengajak abah mendaftar haji. Insya-ALLAH gilirannya pada tahun 2021. mama berkira-kira mama akan berusia 45 tahun dan abah 47 tahun ketika itu. Ya ALLAH, kami sentiasa rindukan mekah dan madinah yang barakah. Ibadat haji sungguh istimewa. berada di depan kaabah, berada di raudah, berada di padang arafah sungguh istimewa. Berada di padang arafah menginsafkan diri akan perhimpunan di masyhar, bagaimanakah keadaan diri ini ketika itu dan memandang langit ketika berdoa di arafah terasa ALLAH hampir.

masjid ubudiah, Kuala Kangsar

abah tengah solat, adik muaz golek2

adik muaz busuk bersama mama

Sudah 2 minggu mama agak kesunyian. Muhammad berada di gombak sejak 2 dec, luqman pula di alor setar sejak aidil adha. Tinggallah adik muaz manja boy bersama mama dan abah. Mama suka sangat mencium kepala adik. bau wangi baby atau bau kanak2nya masih kekal. Selalunya selepas mama mencium pasti mama akan berkata" hmmm busuknye adik" . dan selalunya adik muaz akan melenting marahkan mama " adik tak mau kawan dengan mama sebab mama kata adik busuk" .Pagi tadi adik kata dia nak telefon 999 suruh mai tangkap mama sebab kata dia busuk, hehe... Tak bolehlah adik, mama memang suka cakap busuk juga.

3 comments:

mama syaza said...

ya mmg btul. kenduri kat kuala kangsar sgt cepat habis. ema pun dah terkena skali.sampe2..dah habis dah kenduri..
owh.. adik muaz jd anak tunggal la sekejap ye.. tambah2 la manja..
luqman rajin jgk tepon gombak.. rupa2nya dari alor staq aa.. rindu abg dia la tu...
tak sabar tunggu hero2 ni blk gombak next week.hehe.

alhan said...

oo ema pun pernah kena ya. kami sampai tu akak pun bukalah kad jemputan, tengok waktu kenduri sehingga pukul 4. rupanya pukul 3 dah tutup kedai, hehe...luqman tu rajin dok menghabiskan kredit handphone wan dia. dia selalu pau handphone wan dia untuk main game. lepas tu dia rajin dok menelefon gombak(hat tu ja no telefon yang dia hafal, hehe..). ni mesti kes wan dia tak sedar ni.

Amalina said...

ina pun suka bau busuk2 masam nurul. bila cium mesti ckp, hmm busuknya lepas tu cium lagi byk2 kali. kang Afiqah salah faham, bau busuk tu bau wangi ke...