mama tertarik pada artikel tulisan saifulislam berkenaan dengan rumahtangga cara dulu dan sekarang. tersentak membaca, memang kena pada diri, begitulah kita ibubapa kebiasaannya bila anak buat perangai baru di beri "perhatian" bila anak baik kita ambil kesempatan sibuk dgn urusan kita. di situlah salah kita memberi perhatian tidak pd waktunya. Bagus saranan abu saif tu agar kita "seek first to understand than to be understood" di dalam mendidik anak2 ini, disarankan kita belajar memahami anak2 kita dan melihat dari perspektif mereka(see from their point of view). maafkan mama n abah ya, hero2 mama.
mama teringat luqman, luqman ni hero yg agak aggresif n semulajadi suaranya kuat(macam suara ramli sarip tu). Dia jika bercakap memang dengarlah satu kelas tu. tu yg tidak dpt mama bygkan dia di sekolah macam mana, suara kuat dan dia suka bercakap!.memang mama n abah selalu juga tegur minta dia slowkan volume dia. terutamanya apabila dia berckp didlm kereta, abah tgh memandu, betul2 mulut dia tak jauh dari telinga abah, hmm kesian selalu kena marah dgn abah pasal volume high ini. Sebetulnya mama dan abah kena redha pd anugerah semulajadi luqman ini, bukan dia saja2 nak cakap kuat. dan satu lagi mama perasan dia kalut( yg ni memang keturun mama, hehe...). bila dah kalut jadinya selalu "loqlaq"(careless) orang utara kata, hehe...hmmm selalunya bila dia loqlaqlah mama n abah selalu marah. Insya-ALLAH selepas ini mama akan cuba bersabar dengan luqman. Semalam luqman kata dia ada homework membaca. Dimintanya mama bacakan hadis 1-10 dari buku tu. kemudian dia terangkan pd mama, hehe(kelakar siap bg example cara dialah). sebelum ini, dia ada ceritakan pd mama hadis 6 menceritakan tentang...., mama terkejut dan tersenyum, aih takkan tadika belajar hadis dah. rupanya memang betul luqman di sekolah ada belajar hadis. kebanyakan hadis2 ini intipati yg disampaikan menceritakan perihal akhlak yang mulia. Pagi tadi masa nak keluar ke tadika, mama pesan pada luqman belajar kat sekolah jangan main, dia jawab tak mau, nak bawa mainan pi sekolah. Dia kata syurga kat bawah tapak kaki dia!!. adusss memandai dia ubah hadis semalam yg mama bacakan yg mengatakan syurga di bawah telapak kaki ibu(maksudnya kena dengar cakap ibu). Bila puasa masa hujung minggu, jika lapar,dia kata: Kami nak makan ayaq liuq(air liur) dan makan angin! sambil dibuat mulut spt mengunyah. beberapa kali mama suspen, ingat mmg dia tengah makan, rupanya dia mengunyah ayaq liuq. Terutamanya ketika dibuatnya mulut mengunyah selepas membuka peti ais, :).
4 comments:
wahh..dasat lah dah blaja hadis. suspek btul. n bijak betul mengaplikasi (walaupun ada yg sesuka hati)hehe..
terkena jgk la.tetambah bulan puasa ni syaza terabai.kalo free je ema jahit manik.aritu siap komplen kat maksu, mama jahitt saje.haha.
assalammualaikum mama..sihat ka?..sbnqnya dh lama makjang follow blog mama nie, since last year lg, time dok belajaq dl...teruja sgt bila ada entry baru...nie la salah satu rutin makjang di kala ada masa lapang..hehe..personally, makjang suka dgn telatah hero2 nie..masing2 dgn karakter tersendiri..alhamdulillah la nie baru berpeluang utk sikit2 mengenali secara real hero bertiga..erm, apa yg makjang observe, luqman nie memang lasak sikit..seorg yg sgt telus tika berbicara..dia luahkan apa ja yg dia rasa masa tue..wallahu'alam
makjang pun dh baca artikel kat saifulislam, menarik kupasan dlm artikel tue, serba sedikit membuatkan kita sedar n belajar dr pengalaman org...moga setiap ilmu yg kita dapat memberi perubahan yg lebih baik buat kita dan org lain di sekiling, ameen..
between, insyaAllah pakjang ngn makjang blk kedah jumaat mlm nie..plannya lps terawih kami bertolak blk..doakan perjalanan kami ya n iA nanti kita jumpa kat kedah...
betul tu alhan, k.ilah pun sama! terkena batang hidung sendiri. Kita kena recheck ourself selalu supaya tidak tersasar di dalam mendidik anak-anak, kerana mereka adalah cermin kita sendiri.
amboi rajinyee mak lang jahit manik. buat bisnes ke mak lang?
w'salam aini. tq visiting blog 3 hero ni. aini pun nanti ada nak mesti tak sunyi dgn keleteh mrk. adik muaz selalu teringat kat mak njang, isteri pak njang faiz. akak kt raya nak balik KL, dia ajak pi rumah pak njang, nak jumpa mak njang, hehe dia nak kahwin dgn mak njang dia kata.okes jumpa raya nanti, kami raya ke3 balik as.
betul k.ilah kena selalu muhasabah diri, kena sabar.
Post a Comment